Monday, October 22, 2007

Dia dari kaca mata aku...

Daniel...
Itulah namanya... orangnya amat menyenangkan. Berbelas-belas tahun aku mengenali dia, tak pernah pudar sayang aku pada dia. Semakin lama semakin mendalam... tak pernah kurang. Layanan yang dia beri pada aku sentiasa baik. Tidak berpura-pura dalam segala tindak tanduk & matang dalam menangani segala masalah. Sentiasa mendorong aku & memberi aku semangat walau apa situasi sekalipun. Pada aku susah untuk mencari lelaki sepertinya (untuk aku) yang sentiasa menjaga manis muka ketika bersama, tak pernah tarik muka tak tentu pasal & sangat menjaga hati aku. Kekurangan dia hanya tidak dapat berjalan...

Pada aku dia seorang yang pemurah, sukakan & sayangkan kanak-kanak, tidak kedekut & selalu mengingati tarikh-tarikh penting orang lain yang disekelilingnya. Dia juga sangat menghormati orang tua, aku dapat perhatikan sewaktu disekolah lagi. Sangat menjaga adab sopan terhadap orang tua. Walau faham situasi ayah & ibuku, tak pernah sekalipun menyuruh aku berlaku kurang ajar dengan ibu bapa aku. Sentiasa mengatakan yang ibu bapa adalah orang yang terpenting... sentiasa memastikan aku berlaku baik terhadap ayah & ibu.

Dia bukan seorang pendendam. Daniel seorang yang amat ceria, walaupun tidak dapat berjalan. Aku sangat kagum dengan keperibadian dia & pada aku susah untuk mencari lelaki lain yang setanding dia....

Gambar aku sorang-sorang lak...

Tuesday, October 02, 2007

sekadar lontaran kata...


Salam Aidilfitri... dah lama rasanya tak menulis dalam blog sendiri... memang hakikatnya blog kita adalah diri kita sendiri... walaupun blog ini tidak dibuka untuk semua orang tapi mungkin ada juga yang singgah sekadar menjenguk. Walau apapun tujuannya, terima kasih kerana sudi meluangkan masa.

Saya tidak serajin orang lain & tidak mempunyai masa yg banyak untuk menulis, melainkan saya rasa ingin melakukan & sesuatu yang saya rasa perlu untuk dikongsi bersama. Adakalanya perasaan tidak puas hati atau berkecil hati, mungkin tidak sesuai untuk ditulis di dalam blog sendiri. Mungkin juga tak akan ada orang tahu. Ianya lebih sesuai untuk ditelan sendiri.

Biasanya sesuatu yg istimewa atau sesuatu yg kita suka, kita sentiasa berkongsi bersama orang lain. Mungkin itulah diri saya. Tapi saya tidak memaksa orang lain menjadi seperti saya, untuk menulis sesuatu jika orang tersebut tidak meraskan ianya penting bagi dirinya. Mungkin ada perkara lain lebih menarik minat daripada menumpukan perhatian kepada seseorang yang tidak penting untuk anda.

Walau apapun, maaf zahir & batin diucapkan kepada semua. Salam Aidilfitri...