Salam semua... terima kasih kepada semua yang selama ini mendoakan kesejahteraan saya. Alhamdulillah saya beransur-ansur sihat namun masih lagi mendapat rawatan doktor. Saya juga telah selesai menjalani radioterapi dan kini mengambil chemo drug (sutent) serta ubat-ubatan lain.
Saya telahpun kembali bertugas & juga memandu ke tempat kerja. Berkat doa dari semua, tak terbalas dengan kata-kata. Hanya kesejahteraan untuk semua di setiap doa yang saya panjatkan kepada ILAHI agar kalian dimurahkan rezeki, diberikan segala kebaikan di langit & di bumi.
Terima kasih untuk semua yang berkesempatan melawat sewaktu saya di hospital, di rumah juga di tempat kerja :) Terima kasih kepada semua penderma. Terima kasih kepada penderma air RX water, stokin (sewaktu saya sakit kaki), yang masakkan laksa Johor, yang masakkan ikan patin sungai pahang, yang belikan personel things, yang tempah baju tak mahu duit, yang bawakkan durian belanda, yang belikan suppliment, yang jadi 'driver', yang sentiasa jadi 'body guard', yang bawak buah, yang beri Al-Quran, buku-buku berunsur agama, air zam zam, air zikir, tuala, biskut & kek, bunga yang cantik, yang masakkan ayam panggang, yang masakkan setiap hari.... dan semuaaaaa yang tidak tertulis di sini...
Terima kasih kepada keluarga yang banyak memberikan sokongan moral, terutama kepada suami tersayang, keluarga mertua, semua adik beradik (Kak Lin, Kak Sue, Didi, Cuky, Ook & abang-abang), mak & bapak dan ipar-ipar. Tanpa kalian mungkin saya tidak sekuat ini.
Doakan saya sembuh sepenuhnya...