Thursday, November 24, 2005

Sumber Inspirasi...



Kadang-kadang bila aku balik rumah lepas pukul 7, mesti telan air liur sorang-sorang bila tengok rumah aku gelap gelita. Sah adik-adik aku belum balik. Kalau salah satu antara 3 adik-adik aku balik tentunya diorang dah bukak lampu luar walaupun lepas tu diorang keluar balik. Tapi yang membuatkan aku tidak rasa kesorangan sebab ada sesuatu yang temankan aku... 6 kucing-kucing kesayangan aku mesti serbu pintu rumah bila tengok aku balik! Diorang mcm dah biasa tengok kereta satria merah berenti, mesti diorang serbu... itu yg menyebabkan aku amat sayangkan mereka & menganggapnya mcm adik-adik aku jugak.

Satu hari aku akan masak 2 pot susu beras untuk diorang dan 6 ekor ikan untuk satu hari (3 pagi & 3 malam)... belum masuk biskut & sardine utk kucing... aku akan bergilir2 beli makanan kucing dngan adik aku dd. Kadang tu kakak aku yg baru kawinpun tak lokek keluarkan belanja utk kucing2... belum masuk kucing orang lain yg kebulur datang mintak makan... kesiannnkan, akupun gaulkan la jugak... ada jugak yang tumpang tidur tak reti2 nak balik... akupun takde la halau... kesiannn... biarlah, kan!

Friday, September 30, 2005


Ini gambar aku dengan kawan-kawan sewaktu pelancaran buku Trio Resipi Alaf 21. Kitorang ni antara orang kuat jugaklah dalam persiapan ni selain Kak Wan. Kak Saadiah, Abg Lan, Kak Maziah, Kak Ruby & Syreen. Si lembut kat sebelah aku tu namanya, Faizal. Panggilan manja Gee Cantik. Dia ni orang paling kuat untuk promotion & event Alaf 21. Belakang dia Baien pembantu Faizal yang 'setia'. Belakang aku tu adik aku la... si Didi. Menyibuk je budak dua eko kat belakang tu.

Gambar kat sebelah ni pulak gambar aku ngan Norfadilawati atau mesra dengan panggilan Nor. Dia ni memang cantik. Kulit putih bersih. Dia ni baru je abis practical kat tempat aku. Gambar ni diambil selepas party perpisahan. Kat belakang aku tu Syreena, sebaya aku.

Cancel

Sunday, September 11, 2005

Zoo dalam ingatan...

Pagi Julai 0.0.2005, aku, Danny, Jovyn (cousin Danny) & Amad (kawan cousin Danny) dengan gembiranya sampai di Zoo Negara... Wahhh... rasanya lebih 20 tahun tak masuk Zoo! Banyak perubahan positif yang kitorang nampak selain yang negatif. Mula-mula sampai aku dapat rasakan Danny agak tidak selesa bila nampak bas sekolah berduyun-duyun masuk di perkarangan zoo (car park). Tau-tau ajelah dia tak suka orang memerhatikan dia. Katanya macam tak pernah nampak orang! (Tapi aku pahammm... i love u so much!) Pelancong asing dari Saudi agak ramai berbanding mat salleh. Danny sponsor tiket masuk berharga RM10.00 tiap seorang dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak & orang-orang kurang upaya. TQ dear...

Masuk aje kat gate, pekerja yang menjaga gate tu menyambut kami dengan membuka pintu kecil untuk memudahkan Danny melaluinya. Ramai kanak-kanak kindergarten yang cute-cute sedang berjalan sambil berbaris, memegang tangan antara satu sama lain... takut hilanglah tu! Ada yang pakai topeng monyet... ada yang menggalas botol air & ada yang berlari-lari anak mengejar rakan yang meninggalkannya di depan... (kalau aku buat karangan mesti dapat A..heheh)

Comment? Ok la... keadaan agak bersih, tak de la sampah sarap bertabur. Lagi satu, sebelum aku sampai kat zoo aku ingatkan mestilah si Danny ni susah sket nak tengok binatang2 ni sbb ada tembok tinggi-tinggi. Tapi rupanya diorang improved bg membolehkan budak kecik & org kurang upaya enjoy tengok binatang2 tuh. Kalaupun ada tembok tinggi, adala cermin kaca diletakkan kat tengah2 tembok tu biar bebudak boleh go tru tengok...

Kitorang masih ingat kat zoo ada kentucky, la... dah lama rupanya marrybrown take over (betul2 ketinggalan). Semua tempat kat zoo tu Insya'Allahlah, Danny boleh sampai. Tapi nak masuk kat marrybrown tu takder ramp... si Jovyn puas terjerit sorang-sorang tanya kat pekerja MarryBrown tu tk der ramp ke sebab Danny nak masuk restoran tu... sorang pun tak de yang menyahut melainkan pandang kitorang dengan mata terkebil-kebil. Entah diorang tahu ramp tu apa ke tak. Apa lagi, Jovyn ngan Amad la tolong angkat wheelchair Danny naik lantai yang tinggi tu. Nasib baik kat dlm restoran tu ada aircond. Kitorang lunch kul empat lebih! Nasi ayam kat situ tak sedap!!!

Banyak jugak aktiviti kitorang kat situ. Danny sempat beli tebu RM1.00 untuk bagi makan gajah. Pastu main dengan satu orang utan yang friendly bernama Coky... yang frustnyer tak dapat tengok 'show' anjing laut sbb terlambat pastu tempatnyer pun tinggi. Kitorang pegi zoo mengharapkan dapat jumpa RIYADH (anak kawan abang Danny, Nani & BD) yang cuteeeee! Tapi tak jumpa sbb katanya diorang sampai tengah hari jer...

Sempat jugalah kitorang membeli belah kat zoo tu utk zara & Izz (anak abang Danny). Sampai rumah kul enam lebih kurang. Yang penting haritu kitorang enjoy!!!

Wednesday, August 17, 2005

Thursday, July 28, 2005

Mama & Papa


Yang sebelah kiri tu ayah Danny, En. Sharani Abd Ghani. Yang sbelah kanan tu mak Danny... Pn. Sophie. Waktu ni adalah waktu yang sama dengan gambar yang aku ambil kat rumah Auntie June.

Aku ingat lagi lepas bergambar tu, papa ngan mama Danny kena menghadiri satu wedding kat ....? So, party tu antara sepupu-sepupu yang lebih kurang sebaya kitorang, except auntie Danny yang bongsu, Auntie Shiela. Tapi dia ni otak lebik kurang kitorang je...

Wednesday, July 27, 2005

Yummy...

Kalau tanya aku resipi yang aku suka... hmmm... jawabnya bukan nasik! Aku suka makan nasik kalau mak aku sendiri yang masak (lauknya) atau kalau memang kena makan nasik la... spt tengah hari (mcm dah 'program' tengah hari mesti makan nasik!!!). Tapi kalau tak dapat nasik aku tak kisah and lagiii suka lebih-lebih lagi bila aku dapat makanan lain such as western food.

Aku contras sket dengan Danny. Dia mesti nak nasik kalau tengah hari. Kengkadang keluar aku nak makan burger... nanti dia kata tak kenyang, akupun makan la nasik utk teman kan dia. Tapi kalau malam dia memang tak makan nasik. Time keluar malam ngan dia adalah masa yang paling best! Aku boleh mintak apa-apa makanan yang aku suka... Dia memang tak lokek pasal belanja makan. Dia selalu kata & pesan kat aku kalau pasal makanan jangan berkira atau kedekut, makan apa yang aku nak makan, beli apa yang aku teringin... satu pengajaran yang berharga buat aku...

Tuesday, July 26, 2005

Rumah Auntie June, Sri Hartamas

Gambar ini diambil sewaktu ada BBQ party kat rumah auntie Danny kat Sri Hartamas, Auntie June... aku ingat lagi party ni diadakan khas untuk meraikan sepupu danny, Karima yg akan berangkat ke UK. Gambar ni antara gambar-gambar yang aku sayang...

Aku memang suka makan Lamb! Yang bestnya family Danny memang selalu buat family gathering... menu utamanya ialah BBQ... aku akan makan Lamb sampai kenyang, tak ingat dunia! Rasa best sangat makan... tapi kalau tak mengenangkan kat rumah orang aku akan makan lagi sampai puas. Sbb kat rumah orang kenalah control sket.. hehehe

Danny pulak suka makan beef... selain lamb & beef, ada sotong, ikan, cocktail sosej, kentang dan side dishesnyer pulak adalah auntie-auntie atau mak Danny contribute potato salad, mee/spagetti, nasik lemak & nasik goreng. (Hmmm... macammana tak gemuk!)

Saturday, July 23, 2005

Baju kuning

Gambar yang kanan sekali tu aku kasi mood... biarlah nampak lain sket! Yang kiri ni aku tengah mengantuk, kengkawan aku snap gamba. Bolehlahhh posing jap.

Baju kuning yang aku pakai ni ialah baju pertama aku datang rumah danny waktu raya. Nampak sopannn je... hehehe.

Masa raya tu Danny pun pakai kuning!!! Danny hadiahkan aku 'opit kucing'. Sampai sekarang 'opit' tu ada lagi aku simpan. Dari bulunya kaler putih sekarang dah klabu. Baju kuning ni sekarang aku dah tak selalu pakai (dah sendat...iskkk). Hmmmm.......
Ini gambar aku kat office. Tapi bukannya kat meja aku, aku tumpang meja member aku, Kak Ruby. Gambar ni aku sajer je black & whitekan... chewahhhh... nak nampak klasiklah katakan!

Biasalah... tiap-tiap hari jumaat aku akan duduk kat meja Kak Ruby untuk buat web. Sampai lewat malam biasanya aku duduk kat situ... sorang-sorang. Kalau ada geng Comic dept. dekat sebelah dept aku, berteman jugaklah aku malam tu... tapi adakalanya bila aku check.. seko orang pun tak de...bila turun kat grafik dept, makkk oiiii dah tak de orang, gelap! Akupun apa lagi mulakan langkah seribu. Kalau adalah orang nampak aku pada waktu tu, memang diorang tau yang aku tengah ketakutan... mesti diorang gelak,lah!

Bila turun kat car park... satu hal lagi kalau sport light kat car park tu tak idup! Aku jalan laju semacam tak toleh-toleh lagi. Takut jugak mana tau ada orang ikut... kalau 'bukan orang' aku seram... mintak dijauhkan!

Friday, July 22, 2005

Jabatan Grafik, Karangkraf

Ini lah muka aku kat tempat sendiri... gambar ni diambil dari bawah, tu yang nampak gemuk sket! (waaaaaaaa....). Aku selalu kata aku dah gemuk. Orang yang biasa ngan aku kata aku berisi. Tak kiralah, tapi danny kata aku steady lagi! tu yang tak tahan tu. Tapi kadang-kadang dia gurau gak kata aku gemuk! (%£&&%%^$) sajaaa... nak aku marah la tu!

Tak kiralah aku gemuk ke, kurus ke... janji aku happy & sihat. Cuma aku tak naklah gemuk sangat. Sbb aku ni agak 'serama' (ye ke?) Aku happy ada boy friend yang betul-betul sayang kat aku, bagi aku semangat & confident...

Thursday, July 21, 2005

Pantai Remis... menggamit kenangan


Ini adalah gambar aku dengan Ahmad Daniel Shah, atau Danny. Masa ni kitorang berada kat Pantai Remis Selangor... saja jalan-jalan ambil angin. Danny tak bawak wheel chairnya, so tak dapatlah kitorang keluar dari kereta. Pulak tu hujan turun rintik2. Pehhhh... romantik!!! Tapi kitorang tak buat apa-apa... sekadar berborak, makan-makan &.... tidurrrrr.

Untuk memastikan tak ada orang menaruh syak, kitorang parking betul2 sebelah makcik jual rojak buah. Adalah dua tiga kali kitorang beli rojak tu... siap tu delivery lagi!!! main hulur duit dari dalam kreta. Cuaca panasss... angin masa ni pun tak banyak.

Makan tengahhari aku yg beli. Kitorang pekena nasik ayam. Boleh lahhh... dahlah pantai remis ni susah nak cari toilet. Toilet ada tapi air tak ada. Nasib baik perut aku tak meragam masa ni. Bukan nak kata apala... tiap kali kitorang keluar mesti aku akan pegi toilet. Siannn si Danny kena tunggu aku! Thanx sbb memahami.

Saturday, July 16, 2005

Welcome To My Site

Semoga anda semua terhibur dengan apa yang dipersembahkan...

Friday, July 15, 2005