Pagi Julai 0.0.2005, aku, Danny, Jovyn (cousin Danny) & Amad (kawan cousin Danny) dengan gembiranya sampai di Zoo Negara... Wahhh... rasanya lebih 20 tahun tak masuk Zoo! Banyak perubahan positif yang kitorang nampak selain yang negatif. Mula-mula sampai aku dapat rasakan Danny agak tidak selesa bila nampak bas sekolah berduyun-duyun masuk di perkarangan zoo (car park). Tau-tau ajelah dia tak suka orang memerhatikan dia. Katanya macam tak pernah nampak orang! (Tapi aku pahammm... i love u so much!) Pelancong asing dari Saudi agak ramai berbanding mat salleh. Danny sponsor tiket masuk berharga RM10.00 tiap seorang dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak & orang-orang kurang upaya. TQ dear...
Masuk aje kat gate, pekerja yang menjaga gate tu menyambut kami dengan membuka pintu kecil untuk memudahkan Danny melaluinya. Ramai kanak-kanak kindergarten yang cute-cute sedang berjalan sambil berbaris, memegang tangan antara satu sama lain... takut hilanglah tu! Ada yang pakai topeng monyet... ada yang menggalas botol air & ada yang berlari-lari anak mengejar rakan yang meninggalkannya di depan... (kalau aku buat karangan mesti dapat A..heheh)
Comment? Ok la... keadaan agak bersih, tak de la sampah sarap bertabur. Lagi satu, sebelum aku sampai kat zoo aku ingatkan mestilah si Danny ni susah sket nak tengok binatang2 ni sbb ada tembok tinggi-tinggi. Tapi rupanya diorang improved bg membolehkan budak kecik & org kurang upaya enjoy tengok binatang2 tuh. Kalaupun ada tembok tinggi, adala cermin kaca diletakkan kat tengah2 tembok tu biar bebudak boleh go tru tengok...
Kitorang masih ingat kat zoo ada kentucky, la... dah lama rupanya marrybrown take over (betul2 ketinggalan). Semua tempat kat zoo tu Insya'Allahlah, Danny boleh sampai. Tapi nak masuk kat marrybrown tu takder ramp... si Jovyn puas terjerit sorang-sorang tanya kat pekerja MarryBrown tu tk der ramp ke sebab Danny nak masuk restoran tu... sorang pun tak de yang menyahut melainkan pandang kitorang dengan mata terkebil-kebil. Entah diorang tahu ramp tu apa ke tak. Apa lagi, Jovyn ngan Amad la tolong angkat wheelchair Danny naik lantai yang tinggi tu. Nasib baik kat dlm restoran tu ada aircond. Kitorang lunch kul empat lebih! Nasi ayam kat situ tak sedap!!!
Banyak jugak aktiviti kitorang kat situ. Danny sempat beli tebu RM1.00 untuk bagi makan gajah. Pastu main dengan satu orang utan yang friendly bernama Coky... yang frustnyer tak dapat tengok 'show' anjing laut sbb terlambat pastu tempatnyer pun tinggi. Kitorang pegi zoo mengharapkan dapat jumpa RIYADH (anak kawan abang Danny, Nani & BD) yang cuteeeee! Tapi tak jumpa sbb katanya diorang sampai tengah hari jer...
Sempat jugalah kitorang membeli belah kat zoo tu utk zara & Izz (anak abang Danny). Sampai rumah kul enam lebih kurang. Yang penting haritu kitorang enjoy!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment