Wednesday, February 15, 2006
Mamaku sayang...
Mama... nama sebenarnya Peah. Bila dia dapat anak, aku panggil mama, bila anak dia dah besar dan dapat anak, aku gelar mama nenek. Bila keturunannya bertambah, aku panggil mama oyang... begitulah mama.
Dulu aku ada jiran sebelah rumah yang agak bengang dengan kucing. Mungkin sebab dia terpaksa menghidu bau busuk tahi kucing yang sentiasa memenuhi aroma halaman rumahnya. Belum lagi kucing yang masuk rumah dia & kencing... manalah orang tu tak bengang. Ada satu haritu dia nak buang 'mama' sebab 'mama' berak atas tilam dia yang kebetulan belubang kat tengah... si mama berak betul2 kat lubang tu...
Masatu aku melenting gila! Aku marah2 jiran akutu (tapi bukanlah bergaduh!).. tapi bila sekarangni aku fikir, kesiankat jiran aku tu... tak pasal2 kena basuk berak kencing kucing aku...
Tapi yang pasti aku betul2 mempertahankan mama.
Mama hidup dengan aku lebih kurang usianya 15 tahun... memang dia kucing tua yang comel. Walaupun umurnya tua, tapi wajahnya memang comel... dia masih boleh berlari2 cergas & main gigit2 bila kita geletek dia... cuma selepas dia dimandulkan, dia agak garang. Memang dia sihat, cuma badannya agak kurus sejak akhir2 ini.
Suatu hari aku terjumpa najis mama yang mengandungi darah. Ianya berterusan lebih kurang dua minggu. Aku betul2 risau. Makannya agak sedikit. Aku tak putus asa lalu aku belikan mama makanan dalam tin yang kecik, khas untuk mama. Mama makan, tapi hanya menghirup airnya sahaja.
Suatu pagi aku bangun dan mama berak merata-rata. Di tempat sembahyang ada dua tompok, di bilik air... di alas kaki... walaupun aku geram, tapi aku tak pernah memukul mama. Aku dokong dia dan berkata kenapa mama buat kakak macamni??? mama tak kesiankan kakak ke??? Aku peluk mama, tulangnya agak timbul... aku merasakan kelainan walaupun dia berlagak biasa.
Selesai membersihkan tempat tersebut aku pulang ke Kuala selangor kerana cuti raya cina...
Bila aku balik.. sehingga hari ini mama tak muncul-muncul. Aku masih terbayang-bayang kelibat mama di tingkap dapur. menunggu aku membuka pintu... aku masih sayangkan mama dan tetap berharap yang mama akan muncul juga! Jika mama sudah tiada di dunia ini, aku pasrah, tapi aku amat sedih dengan pemergiannya, mungkin dia tidak mahu menyusahkan aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
saya ulang tengok kucing tu berkali-kali. masih tercari-cari apa yang menyebabkan saya tersengih sendirian setiap kali melihatnya
hi Mr. Anon...
dah lama ingatan saya kat mama terputus... anda mengingatkan kembali saya pada mama... terus saya sedih... rindu pulak dengan kucin tua tuh... semoga ALLAH ampunkan saya jika saya ada menyakiti mama!
Post a Comment