Thursday, December 07, 2006

Episod cinta bermula...


Aku mengenali Ahmad Daniel Shah sewaktu di tingkatan empat dan bersekolah di Sekolah Menengah Subang Jaya. Kami dilahirkan pada tahun yang sama, bulan yang sama dan beza tarikh lahir hanyalah 8 hari, mencukupi syarat dia lebih tua dari aku.

Selesai menduduki SPM, lagi beberapa hari keputusan SPM diumumkan Daniel terlibat dalam kemalangan Jalan raya yang meragut nyawa sahabat karibnya, Iqbal. Bermulalah episod cintaku terhadap insan berkerusi Roda. Walau mengenalinya sudah lama tapi cinta hanya bercambah setelah empat tahun peristiwa hitam itu berlalu.

Entah kekuatan dari mana yang aku dapat untuk menyahut sayang dari insan sepertinya. Mungkin sudah ditakdirkan jalan hidupku tidak semudah orang lain. Mungkin kebahagiaan yang aku perolehi adalah dari jalan yang berliku ini. Aku tahu Allah menciptakan setiap makhluk di bumi ini dengan adil. Mungkin kelemahan kami di mata orang lain adalah kekuatan yang kami dapat. Tak semua orang sanggup menghadapi situasi ini. Aku, adalah insan yang terpilih & aku sanggup menghadapinya.

Sememangnya sayang aku terhadapnya bukan hanya dasar kasihan semata-mata tetapi jauh dilubuk hatiku sukar untuk aku perjelaskan kepada orang lain. Perasaan ini terlalu halus, terlalu sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. Dalam perasaan itu ada kegembiraan, keceriaan, kepuasan, keinsafan, saling bantu membantu, saling menjaga antara satu dengan lain, sedih, kesukaran, ketakwaan, hiburan, sabar, tabah & banyak lagi yang membina perhubungan kami berdua... pendek kata kami berkongsi suka duka bersama.

Aku tak akan menyalahkan orang lain kerana tidak faham dengan cinta kami kerana mereka tidak pernah (mungkin tidak akan) melalui percintaan seperti ini. Hanya yang melaluinya sahaja dapat merasa kemanisannya. Aku rasa tak ada bezanya hubungan kami, sekadar bercinta dengan orang berkerusi roda. Akalnya sama sahaja. Kesukaran fizikal sudahpun dibalas tuhan dengan perkara lain yang orang lain tak akan perolehi... mungkin ketenangan jiwa...?

Salahkah aku menyayangi orang seperti ini? Kenapa masih ramai orang cuba sedaya upaya mendengar jawapan 'tidak' dari aku... apa masalahnya? Telahpun aku katakan aku sanggup berkongsi segala suka duka bersama, itulah perjalanan hidup yang aku pilih. Doakanlah aku bahagia dengan pilihan hatiku. Aku cuma mengharapkan dipermudahkan segala urusan bersamanya & dimurahkan rezeki.

Aku ingin memberitahu semua orang bila bersamanya aku rasakan satu ketenangan... jauh dilubuk hati aku ingin menjadi seorang isteri kepada Ahmad Daniel Shah. Umurku yang menjangkau 30-an ini barulah aku mengerti erti sunyi yang mungkin dihadapi juga oleh orang yang masih belum berumah tangga sepertiku. Ingin sekali aku melafazkan 'Dialah suami yang amat kucintai'... ingin sekali aku berkeluarga. Tak pernah aku sampaikan keinginanku kepada orang lain... Mungkin yang sesuai untukku hanya air mata.

Pelbagai kata cerca yang aku dapat selama berkawan dengannya. Ada panggilan 'tempang' yang dilontarkan terhadapnya... ada yang membanding-bandingkan pilihanku dengan orang lain... ada yang menganggap pilihanku tidak betul, ada yang bimbang jika aku tidak dikurniakan zuriat... ada yang bimbang jika Daniel terlalu sensitif... ada juga yang malu dengan pilihanku... & antara yang sedih biarlah aku simpan kata-kata mereka semua dalam hatiku. Untuk menceritakan semuanya rasa tak sanggup...

Sehinggakan segala angan-angan indahku untuk melangsungkan hari bersejarah telah lama kututup. Aku terpaksa melupakan majlis indah dengan baju pengantin yang cantik... kerana bagiku kini, jika mendapat restu ayah & bondaku juga sudah cukup untuk aku gembira seumur hidupku... bilalah agaknya, kan!

3 comments:

suzi said...

P'cintaan moll memang unik tp p'cintaan itu tdk akan kemana sekiranya tidak dpt restu dr kedua ibu bapa...Buat pengetahuan moll suzi pun pernah bercinta dgn insan istimewa seperti danny tp p'cintaan kami cuma blh bertahan selama 7 tahun.Pada mulanya suzi bercinta tanpa pengetahuan ibu bapa suzi tp lama-kelamaan keluarga suzi dpt tau yg suzi bercinta dgn insan spt danny.Ibu bapa suzi tdk pernah halang dgn pilihan hati suzi tp bila kedua ibu bapa & keluarga suzi tahu lelaki yg suzi cintakan itu lumpuh,serta merta kedua ibu bapa suzi menentang habis-habisan.Memang masa tu suzi bergaduh giler2 dgn keluarga suzi, suzi katakan yg suzi tdk blh hidup tanpa dia tp kedua ibu bapa dan keluarga memang tidak restu.
Kedua ibu bapa suzi nasihatkan suzi sekiranya suzi kahwin dgn dia, hidup suzi mcm mn.Sekiranya suzi jatuh sakit blh ker dia hantar suzi ke klinik.Sekiranya suzi mengandung blh ker dia bawa kereta.Sekiranya suzi berkeluarga blh ker dia mencari rezeki, menyara suzi sekeluarga.Ibu bapa suzi suruh suzi berfikir & kedua ibu bapa suzi mmg tdk blh terima kerana ibu bapa suzi tidak sanggup melihat anaknya menyara dan bersusah payah mencari rezeki.Bila suzi fikirk semula kata2 ibu bapa suzi,suzi & dia membuat keputusan utk berpisah.Memang terlalu lama utk suzi lupakan dia tp suzi berusaha sampailah suzi jumpa pengganti dia.Ibu bapa suzi benar2 bersyukur kerana suzi sanggup berkorban & berterima kasih sb suzi faham dgn apa yg mereka rasakan.
Moll, suzi tidak memaksa moll utk tinggalkan danny tp demi masa depan moll dan demi menjaga hati ibu bapa kita yg telah membesarkan kita, memberi kasih sayang pd kita, suzi nsihatkan lupakan lah danny.Jgn hanya disbkan danny, moll melukakan hati kedua ibu bapa moll.fikirkan lah

Anonymous said...

assalamualaikum kak moll
saya tmpg gembira mlht kebahagiaan kak mol ngn abng daniel.. bg saya.. cinta lebih memerlukan kesempurnaan akal, hati dan fikiran labih dari segala2 nya.. cinta lbh indah biler insan tu membuat hati kita tenang.. lapang.. apepun, saya tetap akan mendoakan kebhagiaan akak n abng.. berdoalah bnyk2, sabar tabah hadapi hidup... Allah sentiasa melihat keihklasan kiter.. dan setiap kebaikan yg kita lakukan akan dibalas dengan sesuatu yg lbh baik dpd tuh.. salam sayang dpd saya..

Shahirah
jay bee

molldanny said...

Thanx shahirah.

Bukan mudah nak jumpa orang yg betul2 ikhlas dapat menerima kita ataupun memahami kita.

Kalau Shahirah faham isi hati saya, thnx sesangat.

Ada juga segelintir orang yang langsung menghalang saya daripada menyayangi orang seperti ini, seolah-olah orang seperti abang Danny tak berhak mendapat layanan istimewa & hilang hak untuk hidup mcm org lain. Tapi... ramai juga yg faham, Thanx.