Baru-baru ni aku dikejutkan dengan berita kematian suami sahabat baik aku sewaktu di ITM, Rozita (Ita)... hari Sabtu yang penuh keceriaan untuk aku rupa-rupanya hari paling menyedihkan untuk Ita. Ibunya menelefon aku menyatakan Sabri telah pergi buat selama-lamanya kerana lemas sewaktu mandi manda di air terjun... Inallilah. Aku yang sewaktu itu sedang bersama-sama Daniel, terdiam mendengar berita itu. Baru beberapa bulan Ita melahirkan anak ketiganya... anak yang masih kecil itu rupa-rupanya tak berkesempatan untuk menatap wajah ayahnya.
Malam itu aku call Ita bertanyakan khabar. Dia memberitahu aku yang jenazah masih belum dikebumikan. Aku dengar suara ita amat tabah, tapi aku tahu Ita amat sedih kerana tiada lagi lelaki untuk berkongsi suka-duka dalam hidupnya, lelaki yang menyayanginya... Ita memang tabah. Begitulah dia sewaktu di ITM dulu. Apa yang dapat aku katakan padanya hanyalah bersabarlah... segala-galanya adalah ujian ALLAH ke atas hambanya. Aku sedikit ralat kerana tak dapat menghubungi dua lagi sahabat karib aku Timah & Zizah kerana miss contact.
Hari ini aku rasa gembira kerana secara-tiba-tiba sahaja aku sudahpun memiliki 3 contact number kawan-kawan ku itu. Pagi-pagi Zizah call. Dia mendapat nombor aku daripada seorang jirannya di Johor yang juga bekas staff karangkraf, Julie. Selang beberapa jam kemudian Timah call aku... katanya dia dah kurus. Aku tak dapat nak imagine sebab dulunya dia yang paling montok sekali antara kami berempat. Begitu juga Ita. Kurus. Zizah? Kataya makin tembam. Begitu juga Anuar, suaminya yang dulu sekelas dengan kami. Kata Zizah, Nuar dah 3 kali saiz asalnya. Hmmm....
Azizah dah 3 anak. Begitu juga Ita. Timah dua orang baru. Aku? Masih sama. Tapi aku bahagia dengan pilihan aku, yang begitu memahami dan sentiasa menjadi orang kuat dibelakang aku atas apa yang aku lakukan. Aku tahu tuhan menguji kami dengan kisah masing-masing.
Aku gembira walaupun kami tinggal berjauhan, tapi masih lagi berhubung. Dulu antara kami berempat akulah orang yang paling minat sekali untuk menjadi cikgu. Kuasa tuhan, sekarang ini antara kami berempat, rupa-rupanya aku seorang yang bukan cikgu. Kenangan-kenangan dulu satu persatu bermain-main di minda ku. Ingatan ku pada mereka semua tak pernah padam walaupun kenangan itu semakin hari semakin jauh meninggalkan ku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment