"Tuhan... aku tidak layak untuk syurgamu... namun, aku juga takut dengan api nerakamu..."
Bila dengar kata-kata tersebut aku selalu jadi takut. Takut untuk menghadapi mati... takut juga untuk meneruskan hidup yang sentiasa tidak memberikan kepuasan kepada mereka-mereka atau sentiasa melihat kesalahan yang aku lakukan. Aku cuba hidup & berusaha hidup berlandaskan jalan yang betul, jalan yang aku pilih. Tapi ada insan yang mahukan aku hidup mengikut jalan mereka pilih. Mustahil aku dapat lakukan!
Aku hanya inginkan kebahagiaan mengikut jalan aku. Kemudian inginkan keluarga yang bahagia mengikut pilihan aku & juga mengikut segala suruhan Allah s.w.t, bertaubat & yang paling aku inginkan, ayah & ibu sentiasa berada disisiku. Salahkah apa yang aku inginkan? Kenapa aku mesti mengikut jalan yang orang lain mahukan. Aku tak pernah ganggu hidup orang lain... kenapa aku harus menjadi mangsa kehendak orang lain yang mempunyai hasad dengki dan benci.
Lebih kurang sebulan lalu, aku sedang hidapi satu kesakitan yang amat sangat. Aku tak dapat menceritakan betapa sakitnya sendi-sendiku bila sesuatu itu sedang menyerang. Aku sentiasa menangis... kadang-kadang aku terfikir, betapa bertuahnya daniel kerana kelumpuhan yang dialaminya jika dibandingkan dengan aku yang sentiasa dapat berjalan, tapi kesakitan itu sentiasa ada. Aku tak tahu bagaimana untuk menerangkan bagaimana sakit itu. Jika ianya sedang menyerang, aku akan demam, rasa sangat sejuk, kesakitan seluruh badan terutama di bahagian kaki, pergelangan tangan serta beberapa jari jemariku.
Untuk berjalan lama, aku sakit... untuk duduk, aku akan sakit... untuk tidur juga seluruh badan akan sakit...
Aku sangat takut jika kesakitan itu adalah sesuatu yang diluar jangkaanku. Aku takut menyusahkan orang lain suatu hari nanti. Aku tak mahu orang bersedih kerana aku. Walaupun aku dapat rasakan kesakitan itu akan menjadi teman hidupku sepanjang hayat.
Bila mengenangkan suatu hari nanti aku ingin menjadi isteri kepada orang yang aku cintai, aku tak mahu kemungkinan-kemungkinan itu berlaku. Aku mahu bahagia. Aku mahu mendekatkan diri dengan TUHAN.
Tapi bila mengenangkan dapatkah aku hidup dengannya, memandangkan ada orang yang sangat pentingkan egonya dalam memberi restu, aku jadi amat lemah. Sehinggakan aku tak mahu fikir tentang hidup. Biarlah aku tak dipunyai oleh sesiapapun daripada menuruti sesuatu yang aku tak rela... dengan doa, jika sakitku ini memang sudah ditakdirkan, aku redha & ambillah aku tuhan, jika memang ditakdirkan aku akan hidup sendiri nanti... hanya kau yang maha mengetahui isi hatiku, ikhlas aku panjatkan doa... aku tak rela hidup sendiri... aku tak sanggup terus menanti untuk sebuah perkahwinan yang aku sendiri tak tahu bilakah aku akan menikmatinya...
Nota: Demi Allah aku tak pernah menyalahkan ibu bapa aku... tapi orang yang aku maksudkan adalah orang yang berada disekeliling makbapak aku yang sentiasa mengapi-apikan bapak & mak aku serta menfitnah aku & Daniel secara melebih-lebih tentang sesuatu perkara yang terlalu remeh sehingga perkara itu nampak seperti besar. Tujuan mereka supaya mak bapak aku lebih bencikan Daniel & percaya dengan kata-kata fitnah mereka (baling batu sembunyi tangan). Ketahuilah orang macam ni hanya ALLAH sahaja yang layak untuk menghukumnya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment