Saturday, November 15, 2008

My beloved 'bapak'

"Adik... nahhh!" Bapak aku hulurkan kentucky fried chicken 2 ketul pada aku. Dengan riangnya aku sambut

Masih terbayang-bayang kenangan kecil-kecil dahulu... kalau tak silap waktu umur 5-6 tahun... satu hari aku mintak bapak aku belikan kentucky, dia cakap, ok! Bila bapak aku balik kerja... aku tanya "Mana kentucky???" Dia kata lupa....

Besok aku tunggu lagi... bapak aku sampai aku tanya "Bapak beli kentucky tak???" Dia kata, besok dia akan beli... hari ini bapak tak sempat! Aku menangis gila-gila... aku kata bapak tipuuu... aku nangis lagi....

Besoknya aku tak tunggu bapak balik. Tapi tiba-tiba aku dengar bapak aku panggil nama gelaran aku "Adikkk!!!" Bapak beli Kentucky yang aku mahukan sangat-sangat!!! Yeay...

Tapi, bila besar aku fikir-fikir balik... Itulah kasih sayang seorang bapak pada anaknya (aku lah tu!) Aku main mintak aje apa yg aku nak, tanpa memikirkan sama ada bapak aku ada duit atau tak pada masa tu... aku dapat mengagak yang bapak aku maybe tak ada duit waktu tu, tapi dia tak pernah cakap tak ada duit. Paling-paling pun dia akan kata, lupaaaaa.

Macam tu jugak masa aku nak butter cookies... mintak tak hengat dunia. Tapi bapak aku memang sangat penyayang... dia cuba jugak penuhi permintaan aku tanpa banyak alasan.

Masa aku kat ITM, aku selalu suruh bapak aku ambik aku malan-malam, tak kira pukul berapa. Kadang-kadang sampai pukul 4.00 pagi buat assignment kat umah kawan aku. Bila aku suruh bapak amik, tak pernah dia merungut. Tak pernah langsung! Asalkan aku dah explain awal-awal nape aku stay malam-malam.

Itulah sebabnya aku tak kisah sangat bila kadang-kadang bapak jemput aku naik lori. Bapak aku ada lori 1 tan. Dia amik aku betul-betul depan fakulti aku. Ramai jugak yang memandang. Kadang-kadang aku siap ajak best friend aku lagi!!! Bila bapak aku tanya aku sama ada aku malu ke naik lori... aku cakap kat dia tak ada malu. Apa nak dimalukan!!! (walaupun memang malu jugak masa tu... demi nak jaga hati bapak aku!).

Dulu masa mak aku besalinkan adik aku... bapak aku yang jaga aku dengan kakak aku. Seingat aku tak pernah aku dihantar ke rumah nenek untuk dijaga. Semua urusan bapak aku yang buat. Dia masakkan kami tiap-tiap hari. Hari ini dia masak telur dadar. Besok telur kicap. Lusa telur goreng. Lepas tu telur rebus... memang hari-hari makan telur. Agaknya itulah asal-usul aku hantu telur sampai sekarang!

Tapi, ada satu cerita yang aku tak boleh lupakan sampai aku mati. Aku memang menyesal. Aku tahu aku salah. Kalau aku ingat balik, aku memang menangis.

Bapak aku dapat duit KWSP. Dia tahu aku nak sangat komputer, walau aku dah habis belajar kat itm masa tu. Satu hari bapak aku ajak aku pegi kedai beli komputer. Aku suka sangat. Bila dah ada komputer, bapak aku tanya aku, macam mana sesetengah tempat, kalau nak cari nama orang, tekan aje komputer, nama tu dapat.

Aku kata komputer yang baru beli ni tak boleh... Dia keep on asking the same question day after day. Aku dah cuba terangkan kat dia, tak juga paham-paham. Lama-lama aku fade-up and tinggi suara kat dia lebih kurang cam gini lah... "Komputer ni tak boleh!!! Kalau nak jugak kena install software. Ada khas punya!"

Dengan perlahan dia cakap kat aku... "Iyelah, bapak cuma tanya aje... bapak manalah tahu pasal komputer ni. Software tu apa pun bapak tak tahu..." Lepas tu bapak aku berlalu dengan muka yang amat sedih. Lepas tu jugak dia tak pernah tanya pasal komputer sampai hari ini.

Aku tersedar waktu tu. Tergamam tak tahu nak cakap apa. Masa tulah aku sedar yang komputer tu dia yang belikan. Sanggup dia menggembirakan hati aku. Tapi, apa aku dah buat? Jahatnya aku. Setiap kali peluk dia n cium dia sekarang ni, peristiwa itu bermain-main dalam minda aku, walau aku pecaya yang dia dah pun lupa kisah tu. Bila aku minta maaf, dalam hati aku mesti ingat benda tu.

Agaknya itulah hukuman yang perlu aku tanggung, penyesalan yang tak tertanggung kerana mengguris hati bapak. Sekarang ni, bapak suka tanya aku, blog tu apa? Dia kata dia selalu dengar orang cakap pasal blog. Dia minat politik. Aku pun ceritalah kat dia apa yang aku faham tentang blog dengan kasih sayang aku pula. Aku tak mahu kisah itu berulang semula.

Apa yang bapak nak tahu sekarang ini tentang apa-apa perkara pun, akan aku terangkan dengan penuh sabar... Insya'Allah. Aku nak bapak aku gembira. Aku sayang sangat pada bapak aku.

Bapak, adik sayang sangat dengan bapak... adik bangga ada bapa seperti bapak. Adik tak akan malu memberitahu kat semua orang yang adik sayang bapak...

7 comments:

Istana Puteh by Geecantik said...

Emm.. Tersentuh hati gee membacanya. Kalau karangan sekolah mesti uall dapat A. I like. Kadangkala hidup kita ni tak pernah lari dari kesalahan... Kalau uall masukkan bab ini sebagai permulaan cerita novel uall pasti meletop... NOK!!!!!!!! kita dah habis semester 3... Takot dengan result..waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa:((

L'Touch said...

huwaaaaa.. sedeynyer kak moll lya baca.. bapakkkkkk.. waaa..aaaa..aaa.....

tp.. lawak ar.. part telur tuh.. kahkahkah!....

molldanny said...

TQ UALL...

Koranglah pembakar semangat aku...

Rasanya, setiap orang mesti ada sesuatu pengalaman pahit manis... walau baik mana pun orang tu...

Jangan pulak hipokrit, tak pernah mengaku diri tu slah. Sekurang-kurangnya aku mengaku salah aku... tak malu nak share, untuk dikongsi bersama-sama. Bila aku cerita macam ni, ada pulak yang ambik kesempatan 'CARAS' aku... tak ke bodoh namanya...

Anonymous said...

Kalau Uall nak tau, Pakcik Kamal tu baik. Masa Moll sek. ren. dia sanggup bawak Moll dtg ofis sy utk belajar melukis kat kartunis. Teringat suara dia yang lantang tu!Kalau ingat, Moll kimsalam saya kat dia, ek?

molldanny said...

Thnx en. eyman... sapa yg mengenali bapak saya memang tahu dia seorang yg baik & saya sendiri mengakuinya...

Walau suara dia A minor, tapi dia seorang yang penyayang. Kete saya yang kaler merah (dah dekat nak jd kaler pink) tu kalau sy balik mesti kilat dia kerjakan...

Itulah sbb utama walau sy blum trima restu dia lg, sy tak pernah benci atau berkasar dngn dia, sbb sy tahu satu hari nanti dia akan tunaikan..;)

Anonymous said...

kak mollee.... berair mata fira baca.
sedih la... pastu teringat kat abah dn mak.. =(

molldanny said...

Hi Fira!!!

Lama tak dengar berita... apa cerita... ?

Begitulah Fira, kita ni dengan mak ayah. Mesti ada kesilapan lampau

Rajin-rajinlah hubungi kak moll melalui email atau phone... rajin2 kerja, taw! Kwem salam Amar ya...