Monday, February 09, 2009

8 Februari

Semalam, 8 Februari 2009 genaplah 15 tahun Daniel tidak dapat berjalan.

Jam 12 malam masuk 8 Februari, tergerak hati untuk mencoretkan sesuatu di blog ini tentang tarikh itu. Namun keletihan & kepenatan menghadiri Annual Meeting Perwira K9 di siang hari membuatkan niat aku terbantut.

Sewaktu dahulu, bila Daniel tanya aku, "Mol, ingat tak hari ini (8 HB) hari apa?"
Biasanya aku kata "Hmmmm.. tak ingat... hari apa ya?"
"Hari ni kan 8 haribulan... tarikh saya accident"
"Ohhhhh... haah..." Aku akan rasa bersalah sebab tak ingat!

Tapi semalam, aku jawab secara lancar bila dia tanya aku 8 haribulan, tarikh apa.
Tarikh yang membawa Daniel ke cerita yang panjang, mengubah hidupnya 100 peratus, cerita cinta kami... yang entah bila agaknya kesudahannya...

Sewaktu mendapat jemputan makan malam di rumah Bad, sepupu Daniel yang baru mendapat cahaya mata, Daniel tiba-tiba berkata kepada aku satu hari sebelum 8 haribulan;

"Saya berjalan 15 tahun dulu, maksudnya dah 15 tahun saya tak dapat berjalan..." Sambil memeluk tubuhnya, Daniel memandang aku sambil tersenyum.

Aku membalas senyuman dia sambil mata aku agak bergenang. Aku lihat dia biasa sahaja. Mungkin baginya kesedihan itu telah lama berlalu. Namun, jauh di dalam hatinya siapalah yang tahu. Mungkin ingatannya kembali berputar tentang Iqbal, sahabatnya yang telah 15 tahun juga kembali menemui ilahi akibat kemalangan itu.

Kemudian, telefon bimbit Daniel berbunyi. Sewaktu daniel menjawab panggilan itu, aku beredar dan terus menghampiri nenek Daniel tidak jauh dari tempat kami duduk.

Aku berbisik pada nenek Daniel, "Po, besok 15 tahun Danny tak dapat jalan..."
Po memandang aku kemudian memandang cucunya itu yang masih berbual di telefon. Nenek Daniel kemudian mula bercerita...

"Po ingat lagi waktu dengar saja Danny accident, tak tahulah hati ni macam mana bimbang... kami terus pecut ke hospital. Tayar kereta tu macam tak jejak tanah... lajunya tuhan saja yang tahu!"

Po diam. Mungkin menahan sebak. Kemudian menambah lagi, "Bila sampai saja kat hospital (SJMC), orang hopital tu kata seorang meinggal... Po terus ke arah budak yang dimaksudkan. Po meraung. Bila buka, Po tengok bukan Danny. Bila jumpa Danny kesian sangat keadaannya. Sana sini terikat, ada besi..." Po mengurut dadanya.

Aku tersenyum sambil memandang Po. Rasa kasih aku bercambah lagi. Aku rasa semakin hari kasih sayang aku dengannya semakin kuat. Tak ada benda yang boleh menghalang aku daripada menyayanginya sepenuh hati & seikhlas hati aku. Buatlah macam mana. Fitnah lah macam mana. Gunalah cara kotor macam manapun. Bunuhlah aku cara manapun.
Mungkin aku akan mati. Namun, cinta aku padanya tak akan mati.

....

Mungkin aku tidaklah sempurna
Tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku...

Mungkin aku tak bisa memiliki
Dirimu seumur hidupku...

(Rangkap lagu daripada SAMSON)

Nota: Thanx Dilla sbb sangat memahami!

9 comments:

L'Touch said...

kak moll nih ske taw bikin ayat kasik ayaq mata owang lain pong mau keluar wo0o!!.

ehuehuehuheuhe....

molldanny said...

kak lihaaa...

thnx jugak sbb banyak support kak moll slama nih....

ada orang tuh nampak jer macam concern, tapi rupanya dia jugak terpedaya dengan fitnah orang lain...

mungkin sikit benda yang dia tahu, tapi dia buat kesimpulan berdasarkan cerita yang dia dengar...

orang macam nih tak ada masa kakmoll nak share masalah dngn dia...

L'Touch said...

no worries kak moll.. sbb ur luv stories sgt amaze!.. ;)

jgn kawan ngan owang tuh kan..kan..kan.. ekkekekke....

muahs!..

molldanny said...

kawan tu tetap kawan dengan owang tuh...

tapi kakmoll sekadar melihat sejauh mana kepura-puraan tu dapat dilakonkan...

kadang-kadang orang nih tanya jugak kak moll macam mana dengan daniel... kakmoll jawab lah macam biasa... nak cerita lebih-lebih tu.... sowy lah, kan!

Fadli Halim said...

tak rasa mcm baca blog. mcm baca novel dowh...

molldanny said...

hi fadli....

lebey kurang lah tuh...

nak bwt novel tak pandai.... sini sajalah yg bole...

L'Touch said...

huehuehuee.. btol3x!!.. macam novel kan!..

molldanny said...

heheheheh....

molldanny said...

jangan a..... waaaaaaaaaa..

bukan novellll..... bukannnnn...

waaaaaaaaa....