Ini adalah gambar family aku yang tersayang. Walau apa sekalipun, aku tetap sayangkan family aku... mak, bapak, kak lin & husband, didi, cuky and my youngest brother... oook. Kini aku dah ada adik ipar, siti (x de dlm fambar) anak buah aku (anak kak lin) iaitu Rania & Iqbal...
Sama ada orang lain nak percaya atau tidak, kasih sayang aku pada mereka tak pernah berubah... walaupun sengketa melanda, tapi hakikatnya aku teramat-amat sayangkan kalian.
Tak perlulah bukti tanda aku sayang, aku sentiasa panjatkan doa ku setiap hari untuk kesejahteraan kalian. Allah maha mengetahui segala yang berlaku & aku sedar aku sedang diuji....
Bapak: Aku amat-amat sayangkan dia. Dari dulu sampai sekarang, aku tiada masalah untuk cium bapak aku & cium tangannya bila bersalam. Aku peluk & aku cium. Boleh dikatakan aku lebih manja dengan bapak aku berbanding emak. Walaupun bapak aku agak garang, tapi aku tahu yang bapak aku tahu, akulah tiada masalah langsung untuk meminta maaf darinya jika aku bersalah. Mungkin itu jugalah sebabnya dia tak lokek untuk aku tentang apa sekalipun!
Walaupun aku pernah mohon restu dia satu ketika dulu & dia men'delay'kannya... perbualan kami amat tenang. Aku tidak marah-marah, dia juga terlalu lembut denganku... Hanya aku & bapak aku yang tahu apa yang berlaku. Aku tak suka orang lain bawa fitnah ke atas aku & fitnah orang itu tidak berasas langsung, sedangkan orang itu tidak tahu apa yang berlaku antara aku dan bapak aku sebenarnya. Yang penting, aku tetap menjalankan tanggungjawab aku sbg anak!
Emak: Aku amat-amat sayangkan dia. Tiada tolok tandingannya dia dengan ibu-ibu orang lain. Sentiasa melancarkan perjalanan hidupku, menjaga makan pakaiku dan masih lagi kini walaupun aku sudah duduk berasingan dengannya... the best mother in the world... the best chef n semua sekali yang best-best memang untuk mak aku! I love you so much, mother!
Kak Lin: Kakak paling best yang pernah aku ada! Beza umur kami hanya dua tahun... Walaupun kecik-kecik dulu slalu gaduh, main cubit-cubit... tapi itu semua asam garam adik beradik. Seorang yang amat-amat TIDAK KEDEKUT baik dari segi kewangan ataupun makan pakai... rajin masak n pandai masak. Itulah sebabnya aku cuba manjakan anak-anak buah aku tanpa berkira mahal macam manapun baju atau permainan untuk anak kak Lin, sebabnya kak lin tak kedekut dengan aku! Masa aku kat ITM dia selalu bagi duit minyak kereta walaupun dia pergi kerja naik komuter...
Didi: Adik lelaki empat tahun lebih muda dari aku. Dah langkah bendul aku... tapi tak apa. Aku nak tengok adik-adik aku bahagia sepertimana doa aku selalu... seorang yang agak pendiam, tapi kelakar.
Cuky: Adik aku paling pendiam... nak dengar suara dia setahun pun agaknya tak sampai sepuluh perkataan. Aku rindu dia yang dulu, sewaktu kecil dengan keletahnya yang kelakar. Aku tahu dia masih lagi raja lawak di tempat kerjanya. Aku bersyukur dia dapat pekerjaan yang baik!
Ook: Adik bongsu aku. Ramai kata dia handsome... aku harap dia sayangkan aku sepertimana aku sayangkan dia. Kalau aku tak sayang, aku tak basuh baju dia, aku tak kemaskan katil dia, aku tak gosokkan baju dia... aku buat segalanya dengan hati ikhlas tanpa berkira & aku sentiasa doakan kesejahteraan dia, dimurahkan rezeki, panjang umur & dipermudahkan urusan hidup!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Azuan, saya nak jelaskan lagi sekali... saya tak perlu langsung nasihat dari awak... saya tak LUPA tentang perasaan orang... Saya nak kata awak ni bodoh, bangang ke apa, saya tak tahu.... JANGAN GANGGU SAYA lAGI, FAHAMMMMMMM????? JANGAN MASUK CAMPUR URUSAN HIDUP ORANG LAIN. JANGAN SUKA JAGA TEPI KAIN ORANG. ADA FAHAM?
Walau siapapun anda, tak payah komen lagi. Anda tak penting bagi saya. ANDA TAK PENTING LANGSUNGGGGG DALAM HIDUP AKU!!!!
Lagi satu jangan buat ayat kesian kat aku. Pedulik happa aku nak kawin macam manapun, bukan urusan ko. Senang cerita ko berfikiran sempit dan bodoh.
Kalaupun aku nak kawin macammana pun, kau pedulik happa! Yang ko susah sangat pasal hidup aku ni ape hal? Uruskan hidup kau dulu tu. Tengok banyak mana pahala ko dah buat dengan keluarga. Kalaupun ko ada kakak yang sebijik macam aku, aku nasihatkan ko hormat dia sikit. Pernah ke ko tolong dia selama ni? Sebagai adik, ko perlu mintak maaf dengan dia, walaupun apa yg kakak ko buat, sebab kau tu adik! Itupun aku kata, kalau kau ada kakak macam aku... kalau tak ada tak per lerrr
SUKA HATI KO LA AZUAN NAK CAKAP APA... MALAS AKU NAK LAYAN DAHHH
azuan, senang citer mcm ni jer lah. ko dah tulis mcm2 dan dah bg nasihat benda yg sama setiap kali ko tulis. aku boleh pastikan kat ko yg molee and daniel dah baca apa yg ko tulis. mungkin juga ko ikhlas dgn nasihat2 tue. tp skrg nie ko tk boleh nak paksa org lain terima nasihat2 tue.
ko kata daniel tak boleh bg nafkah zahir dan batin. aper yg buatkan ko kata sedemikian? tue lah pasal diorang tk nak dgr nasihat ko sbb semua yg ko tulis ttg daniel dan anggapan ko SALAH SAMA SEKALI. ko ingat org yg berkerusi roda semua tk mampu buat itu ini. KO SALAH SAMA SEKALI. cara ko tulis seperti ko ada perasaan dendam peribadi terhadap daniel. KO KENAL DIER KER? ATAU KO ADER PERASAAN TERHADAP MOLL? sampai sanggup membuang masa tulis berjela terhadap sesuatu perkara yg tk membabitkan diri ko.
nie last lah aku ckp kat ko azuan. daniel MAMPU MEMBERI NAFKAH ZAHIR MAHUPUN BATIN. aku kenal dier lbh dari org lain, termasuk ko.
dan terima kasih atas nasihat anda. aku ulang blk, nasihat2 ko telah pun dibaca. di terima atau tdk, jgnlah dipaksa, lg2 dari org2 mcm ko yg tiba2 muncul.
sekian. assalamualaikum azuan.
Post a Comment