SEUMUR hidup aku barulah sekali didatangi seorang hamba ALLAH yang mungkin ada penyakit mental ataupun dengan bahasa kasarnya GILA atau PSYCHO . Hamba ALLAH ni pada aku langsung tak memberi apa-apa kesan dalam hidup aku sebab beberapa perkara yang aku dapat perhatikan. Kalau orang tu ikhlas memberi nasihat tanpa apa-apa kepentingan, dia akan adil dalam memberi nasihat... tak menyebelahi mana-mana pihak, tak menyalahkan mana-mana pihak DAN tidak menghina mana-mana pihak.
Aku nak nyatakan kat sini, jika kehadiran seseorang tu merimaskan, dia dikira mengganggu ketenteraman orang lain. Mengganggu ketenteraman orang lain dikira berdosa, walaupun mungkin niatnya baik. Aku juga tak boleh katakan niat Hamba ALLAH seorang ni baik, kerana aku boleh lihat ada niat terselindung disebalik kata-katanya. Hanya dia dah ALLAH sahaja yang tahu.
Hamba ALLAH ni sentiasa membuat satu andaian yang tidak tepat dan tuduhan-tuduhan melampau. Dia cuba memporak perandakan kedudukan seseorang dengan kata-katanya yang berunsurkan fitnah. Hakikatnya aku tak ada apa-apa masalah dengan orang sekeliling aku, malah dengan ibu bapa aku juga tiada apa-apa masalah. Dia sengaja mengada-adakan cerita seolah-olah aku menderhaka, ingin berkahwin tanpa restu dan bergaduh sesama keluarga.
Hakikatnya semua yang dikata tidak berlaku. Jika aku berdosa kepada seseorang itu sekalipun, sama ada ayah atau ibu, biarlah aku yang uruskan atau meminta maaf. Dia tidak berhak masuk campur. Itu antara aku dan individu yang terlibat. Siapa dia untuk memaksa-maksa orang membuat keputusan.
Aku tak akan melayan orang yang ada penyakit mental seperti dia lagi kerana sememangnya orang yang berpenyakit mental tidak pernah faham dengan apa yang berlaku disekelilingnya. Dia berkata dengan sesuka hati dan seringkali berulang-ulang.
Jika ada maksud tersembunyi, aku sekali-kali tidak akan memaafkan dia, di dunia mahupun di akhirat atas fitnah dan kata-katanya yang penuh penghinaan yang dibawanya. Ketahuilah, dosa seseorang itu tidak akan diampunkan oleh ALLAH selagi orang berkenaan tidak dapat kemaafan dari orang yang disakitinya. Dosa kepada ALLAH kita boleh pohon bila-bila masa sahaja. Dosa kepada ibu bapa jika kita minta maaf padanya, akan diampunkan walau betapa besarnya dosa itu. Tapi dosa orang yang bercakap tapi sembunyi tangan, aku tidak akan ampunkan dia melainkan dia datang sendiri berjumpa aku dan memberitahu apa masalah dia sebenarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment