(UPDATE 220607)
D.O.B: 10 March 1976
P.O.B: Somewhere in Selangor...
Food: Lamb, mashed potatoes n scramble egg, steamed fish, hotdog, deep fried sotong, everything is cooked on the grill, mom's cooking (sambal sardin, ubi rebus, masak tempoyak, ketam goreng, masak kicap)
Song: Boulevard Of Broken Dreams, macy's day parade, Time is running out, knight of cydonia
Singer: Greenday, Muse, Blink
Malaysian singer: Siti Nurhaliza
Indon song: Kenangan Terindah, Dealova
Color: White n blue n Pink/Peach
Boyfriend: Ahmad Daniel Shah Ahmad Sharan
Tv/Movie: Still Standing, CSI, Supernatural
Actress/Actor: Catherine Zeta Jones (Rambut...), Nicole Kidman (Kulit...), Hugh Grant (Mata...), Ashton Kutcher
Friday, June 22, 2007
Friday, June 15, 2007
Wednesday, June 06, 2007
MY FAMILY
Ini adalah gambar family aku yang tersayang. Walau apa sekalipun, aku tetap sayangkan family aku... mak, bapak, kak lin & husband, didi, cuky and my youngest brother... oook. Kini aku dah ada adik ipar, siti (x de dlm fambar) anak buah aku (anak kak lin) iaitu Rania & Iqbal...Sama ada orang lain nak percaya atau tidak, kasih sayang aku pada mereka tak pernah berubah... walaupun sengketa melanda, tapi hakikatnya aku teramat-amat sayangkan kalian.
Tak perlulah bukti tanda aku sayang, aku sentiasa panjatkan doa ku setiap hari untuk kesejahteraan kalian. Allah maha mengetahui segala yang berlaku & aku sedar aku sedang diuji....
Bapak: Aku amat-amat sayangkan dia. Dari dulu sampai sekarang, aku tiada masalah untuk cium bapak aku & cium tangannya bila bersalam. Aku peluk & aku cium. Boleh dikatakan aku lebih manja dengan bapak aku berbanding emak. Walaupun bapak aku agak garang, tapi aku tahu yang bapak aku tahu, akulah tiada masalah langsung untuk meminta maaf darinya jika aku bersalah. Mungkin itu jugalah sebabnya dia tak lokek untuk aku tentang apa sekalipun!
Walaupun aku pernah mohon restu dia satu ketika dulu & dia men'delay'kannya... perbualan kami amat tenang. Aku tidak marah-marah, dia juga terlalu lembut denganku... Hanya aku & bapak aku yang tahu apa yang berlaku. Aku tak suka orang lain bawa fitnah ke atas aku & fitnah orang itu tidak berasas langsung, sedangkan orang itu tidak tahu apa yang berlaku antara aku dan bapak aku sebenarnya. Yang penting, aku tetap menjalankan tanggungjawab aku sbg anak!
Emak: Aku amat-amat sayangkan dia. Tiada tolok tandingannya dia dengan ibu-ibu orang lain. Sentiasa melancarkan perjalanan hidupku, menjaga makan pakaiku dan masih lagi kini walaupun aku sudah duduk berasingan dengannya... the best mother in the world... the best chef n semua sekali yang best-best memang untuk mak aku! I love you so much, mother!
Kak Lin: Kakak paling best yang pernah aku ada! Beza umur kami hanya dua tahun... Walaupun kecik-kecik dulu slalu gaduh, main cubit-cubit... tapi itu semua asam garam adik beradik. Seorang yang amat-amat TIDAK KEDEKUT baik dari segi kewangan ataupun makan pakai... rajin masak n pandai masak. Itulah sebabnya aku cuba manjakan anak-anak buah aku tanpa berkira mahal macam manapun baju atau permainan untuk anak kak Lin, sebabnya kak lin tak kedekut dengan aku! Masa aku kat ITM dia selalu bagi duit minyak kereta walaupun dia pergi kerja naik komuter...
Didi: Adik lelaki empat tahun lebih muda dari aku. Dah langkah bendul aku... tapi tak apa. Aku nak tengok adik-adik aku bahagia sepertimana doa aku selalu... seorang yang agak pendiam, tapi kelakar.
Cuky: Adik aku paling pendiam... nak dengar suara dia setahun pun agaknya tak sampai sepuluh perkataan. Aku rindu dia yang dulu, sewaktu kecil dengan keletahnya yang kelakar. Aku tahu dia masih lagi raja lawak di tempat kerjanya. Aku bersyukur dia dapat pekerjaan yang baik!
Ook: Adik bongsu aku. Ramai kata dia handsome... aku harap dia sayangkan aku sepertimana aku sayangkan dia. Kalau aku tak sayang, aku tak basuh baju dia, aku tak kemaskan katil dia, aku tak gosokkan baju dia... aku buat segalanya dengan hati ikhlas tanpa berkira & aku sentiasa doakan kesejahteraan dia, dimurahkan rezeki, panjang umur & dipermudahkan urusan hidup!
Monday, June 04, 2007
Zul's wedding
3 June 2007 menyaksikan perkahwinan gilang gemilang Zul n pasangannya Tina... Untuk pengetahuan, Zul ini juga adalah OKU sepertimana Daniel. Tina pula adalah sempurna akal fizikalnya, sepertimana aku.Tina bekerja di AMBANK, KL. Berbual dengannya, nampaknya seorang yg ada pendirian, yakin pada diri sendiri n agak bergaya orangnya. Tahniah Zul, kerana mendapat isteri yg cantik, sempurna akal fizikal serta berkerjaya.
Zul pula adalah setiausaha kepada persatuan yang Daniel aktifkan diri iaitu PERWIRA K9. PERWIRA K9 yang diketuai oleh Ras Adiba Radzi aktif memberi khimat nasihat terhadap orang-orang yang masih baru terhadap dunia OKU contohnya seperti orang yang terlibat dalam kemalangan dan diberitahu tiada peluang lagi untuk berjalan... jadi, tugas persatuan ini untuk memberi semangat kepada mereka supaya tabahkan diri & perlu teruskan kehidupan walaupun kini bergelar OKU. Persatuan ini lebih tertumpu kepada mereka yang terlibat dengan masalah Spinal (Tulang belakang).

Berbalik kepada majlis Zul, ramai jemputan yang datang termasuklah teman-teman senasib... antaranya Shukri, isteri dan keluarganya... Shukri ni dulu ialah Pilot PDRM, helikopter yang dinaikinya terhempas menyebabkan dia lumpuh. Tapi kehidupannya sudah pulih sepenuhnya sepertimana Daniel, dapat menerima hakikat... teruskan kehidupan dengan ceria dan berbakti kpd masyarakat. Sekurang-kurangnya ada pahala untuk akhirat... bukan seperti sesetengah orang hanya tahu mengeji dan menfitnah, memandang hina dan rendah terhadap orang-orang kurang upaya.Selain daripada Shukri, Kapten Yus juga merupakan Pilot heli yang terhempas... nasibnya sama, lumpuh. Tapi kehidupannya tetap ceria atas sokongan orang-orang yang memahami...
Khairul dan isteri yang baru setahun mendirikan rumah tangga setelah 3 tahun berkawan... isterinya seorang yang sempurna, bertugas di Putrajaya di jabatan kerajaan. Khairul lumpuh setelah kemalangan...
Fazlan dan teman wanitanya Nadia, juga hadir memeriahkan majlis Zul di Bukit Gasing. Fazlan juga lumpuh, teman wanitanya juga seperti aku. Bila ditanya bila ingin mendirikan rumah tangga... dia tersenyum memandang Nadia... katanya, belum masanya!
Along juga datang bersama-sama teman wanitanya... Along tinggal di Kelana Jaya, senasib juga dengan Daniel. Badannya agak kecil, namun akalnya sempurna... kemalangan sewaktu memandu kereta bersama beberapa rakannya... dengar-dengar Along juga akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi...


Ramai juga yang datang tanpa isteri atau teman wanita seperti Zaidi, Azhar dan ramai lagi... Aku rasa betul-betul bertuah berada di kelompok seperti ini. Sekurang-kurangnya aku telah diberi kesedaran daripada Allah untuk menerima hakikat bahawa disekeliling kita tidak semua senasib dengan kita... sekurang-kurangnya aku tidak memandang hina insan-insan yang kekurangan... aku menerima cinta Daniel dengan hati yang ikhlas, walaupun ada segelintir yang tidak puas hati dengan hakikat tersebut!
Thursday, May 17, 2007
MY RANIA
Ini gambar Lia Rania, anak buah pertama aku yg sedarah sedaging... dia lahir pada 30 November 2005. Usianya kini lebih kurang setahun enam lima bulan.Hari ini Nia dah ada adik lelaki... namanya Iqbal Jiram... kata kakak aku nama Jiram tu sempena nama keturunan Iban yang diwarisi abang ipar aku, bermaksud warrior. Kulitnya putih daripada Rania. Tapi gambarnya aku belum dapat lagi...
Monday, May 07, 2007
Monday, April 30, 2007
Friday, January 12, 2007
Wednesday, January 03, 2007
Thursday, December 07, 2006
Episod cinta bermula...

Aku mengenali Ahmad Daniel Shah sewaktu di tingkatan empat dan bersekolah di Sekolah Menengah Subang Jaya. Kami dilahirkan pada tahun yang sama, bulan yang sama dan beza tarikh lahir hanyalah 8 hari, mencukupi syarat dia lebih tua dari aku.
Selesai menduduki SPM, lagi beberapa hari keputusan SPM diumumkan Daniel terlibat dalam kemalangan Jalan raya yang meragut nyawa sahabat karibnya, Iqbal. Bermulalah episod cintaku terhadap insan berkerusi Roda. Walau mengenalinya sudah lama tapi cinta hanya bercambah setelah empat tahun peristiwa hitam itu berlalu.
Entah kekuatan dari mana yang aku dapat untuk menyahut sayang dari insan sepertinya. Mungkin sudah ditakdirkan jalan hidupku tidak semudah orang lain. Mungkin kebahagiaan yang aku perolehi adalah dari jalan yang berliku ini. Aku tahu Allah menciptakan setiap makhluk di bumi ini dengan adil. Mungkin kelemahan kami di mata orang lain adalah kekuatan yang kami dapat. Tak semua orang sanggup menghadapi situasi ini. Aku, adalah insan yang terpilih & aku sanggup menghadapinya.
Sememangnya sayang aku terhadapnya bukan hanya dasar kasihan semata-mata tetapi jauh dilubuk hatiku sukar untuk aku perjelaskan kepada orang lain. Perasaan ini terlalu halus, terlalu sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. Dalam perasaan itu ada kegembiraan, keceriaan, kepuasan, keinsafan, saling bantu membantu, saling menjaga antara satu dengan lain, sedih, kesukaran, ketakwaan, hiburan, sabar, tabah & banyak lagi yang membina perhubungan kami berdua... pendek kata kami berkongsi suka duka bersama.

Aku tak akan menyalahkan orang lain kerana tidak faham dengan cinta kami kerana mereka tidak pernah (mungkin tidak akan) melalui percintaan seperti ini. Hanya yang melaluinya sahaja dapat merasa kemanisannya. Aku rasa tak ada bezanya hubungan kami, sekadar bercinta dengan orang berkerusi roda. Akalnya sama sahaja. Kesukaran fizikal sudahpun dibalas tuhan dengan perkara lain yang orang lain tak akan perolehi... mungkin ketenangan jiwa...?
Salahkah aku menyayangi orang seperti ini? Kenapa masih ramai orang cuba sedaya upaya mendengar jawapan 'tidak' dari aku... apa masalahnya? Telahpun aku katakan aku sanggup berkongsi segala suka duka bersama, itulah perjalanan hidup yang aku pilih. Doakanlah aku bahagia dengan pilihan hatiku. Aku cuma mengharapkan dipermudahkan segala urusan bersamanya & dimurahkan rezeki.
Aku ingin memberitahu semua orang bila bersamanya aku rasakan satu ketenangan... jauh dilubuk hati aku ingin menjadi seorang isteri kepada Ahmad Daniel Shah. Umurku yang menjangkau 30-an ini barulah aku mengerti erti sunyi yang mungkin dihadapi juga oleh orang yang masih belum berumah tangga sepertiku. Ingin sekali aku melafazkan 'Dialah suami yang amat kucintai'... ingin sekali aku berkeluarga. Tak pernah aku sampaikan keinginanku kepada orang lain... Mungkin yang sesuai untukku hanya air mata.
Pelbagai kata cerca yang aku dapat selama berkawan dengannya. Ada panggilan 'tempang' yang dilontarkan terhadapnya... ada yang membanding-bandingkan pilihanku dengan orang lain... ada yang menganggap pilihanku tidak betul, ada yang bimbang jika aku tidak dikurniakan zuriat... ada yang bimbang jika Daniel terlalu sensitif... ada juga yang malu dengan pilihanku... & antara yang sedih biarlah aku simpan kata-kata mereka semua dalam hatiku. Untuk menceritakan semuanya rasa tak sanggup...
Sehinggakan segala angan-angan indahku untuk melangsungkan hari bersejarah telah lama kututup. Aku terpaksa melupakan majlis indah dengan baju pengantin yang cantik... kerana bagiku kini, jika mendapat restu ayah & bondaku juga sudah cukup untuk aku gembira seumur hidupku... bilalah agaknya, kan!
Saturday, November 25, 2006
Thursday, August 24, 2006
Cerita tentang kahwin...
Aku hidup dengan bermacam-macam masalah. Salah satu masalah yang melanda hidup aku ialah masalah untuk kahwin. Aku faham perasaan ibu bapa aku bila diorang tak dpt terima pilihan aku ... aku tak salahkan diorang sbb pilihan aku lain sikit dari orang lain. Menjadi trend orang2 sekarang bila pilihan seseorang tu lain dari kebiasaan, akan banyaklah kata-kata atau cerita yang tak manis didengar. Sebabnya benda tu lain dari korang.
Cerita tentang Dato. K ngan Siti Nurhaliza... meluat aku dengar orang komen tentang dia. Hinggakan tak ada satupun yang sokong dia. Kesian tak? Memanglah kalau nak dikira semua orang aspect dia akan kawin dengan orang sebaya atau tua sket... tapi tak sampai 20 tahu... tapi mcm aku kata tadi... orang mesti mengata kalau kita buat satu kelainan. Pada aku tak ada salahnya Ct pilih Dato K. Kenapa sibuk2 nak mengata hal orang? Sebab dia tu public figure, sebab tu kena diberi perhatian??? Tak betul langsung. Kenapa kita nak sakit-sakitkan hati memikirkan hal orang lain? Kalaupun Dato' K tu ada masalah dengan wife dia... biarlah diorang sendiri yg menyelesaikannya! Kalau dia nak bercerai berai besok... biarlah dia sendiri yang mnanggungnya... kenapa kita pulak nak sibuk2 meramalkan hidup dia?
Sampaikan orang yang tak minat dia pun mengata. Korang dah tak minat, tak payahlah amik tahu pasal dia. Ini tak, dia pulak yang kononnya paling kesal kenapa CT pilih Dato K... tak faham betullah aku!!! Agaknya diorang memang suka mengata. Hobi kot. Boleh tak jangan sibuk2 pasal hal orang... rumah tangga kita pun belum tahu lagi ceritanya.
Lagi satu bab member aku sorang ni dikatakan dah kawin. Kalau yepun... biarlah, daripada dia menanggung dosa bersekududukan. Dia merahsiakannya drpd org pun sebab takut respon tak baik dari kawan2 dia. Iyelah... yang dikahwininya pun duda (tak taulah dah duda ke belum). Tentunya kengkawan tak suka. Pada aku tak ada salahnya langsung. Kalau itulah jalan yg dia pilih... Wahai kawan2 HORMATILAH KEPUTUSAN ORANG LAIN... berilah kebebasan utk memilih. Aku faham perasaan orang tu... sbb akupun antara orang yang membuat kelainan dalah pilihan hidup! Kalau apa2 terjadi, bukankah itu sudah disuratkan... Janganlah kita bawa mulut sana sini mengata hal orang lain. Tak ada kerja ke?
Cerita tentang Dato. K ngan Siti Nurhaliza... meluat aku dengar orang komen tentang dia. Hinggakan tak ada satupun yang sokong dia. Kesian tak? Memanglah kalau nak dikira semua orang aspect dia akan kawin dengan orang sebaya atau tua sket... tapi tak sampai 20 tahu... tapi mcm aku kata tadi... orang mesti mengata kalau kita buat satu kelainan. Pada aku tak ada salahnya Ct pilih Dato K. Kenapa sibuk2 nak mengata hal orang? Sebab dia tu public figure, sebab tu kena diberi perhatian??? Tak betul langsung. Kenapa kita nak sakit-sakitkan hati memikirkan hal orang lain? Kalaupun Dato' K tu ada masalah dengan wife dia... biarlah diorang sendiri yg menyelesaikannya! Kalau dia nak bercerai berai besok... biarlah dia sendiri yang mnanggungnya... kenapa kita pulak nak sibuk2 meramalkan hidup dia?
Sampaikan orang yang tak minat dia pun mengata. Korang dah tak minat, tak payahlah amik tahu pasal dia. Ini tak, dia pulak yang kononnya paling kesal kenapa CT pilih Dato K... tak faham betullah aku!!! Agaknya diorang memang suka mengata. Hobi kot. Boleh tak jangan sibuk2 pasal hal orang... rumah tangga kita pun belum tahu lagi ceritanya.
Lagi satu bab member aku sorang ni dikatakan dah kawin. Kalau yepun... biarlah, daripada dia menanggung dosa bersekududukan. Dia merahsiakannya drpd org pun sebab takut respon tak baik dari kawan2 dia. Iyelah... yang dikahwininya pun duda (tak taulah dah duda ke belum). Tentunya kengkawan tak suka. Pada aku tak ada salahnya langsung. Kalau itulah jalan yg dia pilih... Wahai kawan2 HORMATILAH KEPUTUSAN ORANG LAIN... berilah kebebasan utk memilih. Aku faham perasaan orang tu... sbb akupun antara orang yang membuat kelainan dalah pilihan hidup! Kalau apa2 terjadi, bukankah itu sudah disuratkan... Janganlah kita bawa mulut sana sini mengata hal orang lain. Tak ada kerja ke?
Thursday, August 17, 2006
In 1992...
I had a bike. Was going out with Sharmini Sharon Stickney. Haha. I know you guys have always been sniggering behind my back. Joe keluar dgn keling. But she was a nice person. Was seduced by OP. Wow, big mess there. I still had my hair… wasn't pretty though.
Iskandar…athletic, music is his passion. Listening, not playing. Loner at cikgu yahyas tuition. cinta maut with rose. Love of his life then. Too mushy2 Is. Wek. Made all of us sick.
Tak habis2. Same as…
Hazri… PBSM, slim, ran away from home every few months, friends with the prefects…
all around nice guy. Ups and downs with melati.. yeah, we remember man. But you persisted thru it all. Salute.
Jef… tall dark handsome. Mysterious eyes. Jambul. Hockey player. The man with his own crib…and lots of cash! You will always deny this jef, but you had a lot of money then. We know. You know. Kedekut tahi hidung masin.
The mere mention of your dad would make us sweat. Kudos to letchmie for cleaning up all our crap after an allniter. Flings with Azreen. Lina… haha.. remember sneaking round the back of her house at 3am? Balik kena tahan polis. Good times.
Syam… PBSM, smiling all the time, eyelashes missing since birth. Eyes reduced to a straight line when stoned. Ladies man. Perfect gentlemen. Would kill for a friend. The man with the car keys. Mr Franks car keys. Sneaking out the car at 3am. Coming back at 8am with your dad standing at the gate, all dressed up, waiting for the car to go to work. Cool guy… salute.
Arip… heavy smoker (kretek), heavy gamer. Best gamer among us all (helped by the fact that he stayed 50ft from the nearest arcade).Was not interested in girls. Strong n silent type. Had ties with the Chinese gangsters in SS15. Music in his blood (nephew of hetty goes endang..).
Daniel… attitude, punk, anti establishment, tall lanky. Had ties with tmn tun and pj guys. Could always be found at 7-11 after school, smoking, wearing his big GQ school pants. Always fighting with yuhee.
You remember all this guys? Feels like just yesterday, but was actually 15years ago. The girls came and went but our friendship is still here. Would love to hear your comments when you have the time. Im sure theres a lot of things to be rebuked. No offense k.
Ahlan wasalan
joe
Wednesday, August 02, 2006
Dealova


aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu...
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu....
karena langkah merapuh tanpa dirimu...
ooohh..karena hati tlah letih....
aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh...
aku ingin kau tau bahwaku selalu memujamu....
tanpamu sepinya waktu merantai hati...
oh bayangmu seakan akan....
reff kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu..ooohh
kau seperti udara yang kuhela kau selalu ada....
**
hanya dirimu yang bisa membuatku tenang...
tanpa dirimu aku merasa hilang..........
dan sepi......
back to reff
Friday, April 21, 2006
My album
Wednesday, February 15, 2006
Mamaku sayang...

Mama... nama sebenarnya Peah. Bila dia dapat anak, aku panggil mama, bila anak dia dah besar dan dapat anak, aku gelar mama nenek. Bila keturunannya bertambah, aku panggil mama oyang... begitulah mama.
Dulu aku ada jiran sebelah rumah yang agak bengang dengan kucing. Mungkin sebab dia terpaksa menghidu bau busuk tahi kucing yang sentiasa memenuhi aroma halaman rumahnya. Belum lagi kucing yang masuk rumah dia & kencing... manalah orang tu tak bengang. Ada satu haritu dia nak buang 'mama' sebab 'mama' berak atas tilam dia yang kebetulan belubang kat tengah... si mama berak betul2 kat lubang tu...
Masatu aku melenting gila! Aku marah2 jiran akutu (tapi bukanlah bergaduh!).. tapi bila sekarangni aku fikir, kesiankat jiran aku tu... tak pasal2 kena basuk berak kencing kucing aku...
Tapi yang pasti aku betul2 mempertahankan mama.
Mama hidup dengan aku lebih kurang usianya 15 tahun... memang dia kucing tua yang comel. Walaupun umurnya tua, tapi wajahnya memang comel... dia masih boleh berlari2 cergas & main gigit2 bila kita geletek dia... cuma selepas dia dimandulkan, dia agak garang. Memang dia sihat, cuma badannya agak kurus sejak akhir2 ini.
Suatu hari aku terjumpa najis mama yang mengandungi darah. Ianya berterusan lebih kurang dua minggu. Aku betul2 risau. Makannya agak sedikit. Aku tak putus asa lalu aku belikan mama makanan dalam tin yang kecik, khas untuk mama. Mama makan, tapi hanya menghirup airnya sahaja.
Suatu pagi aku bangun dan mama berak merata-rata. Di tempat sembahyang ada dua tompok, di bilik air... di alas kaki... walaupun aku geram, tapi aku tak pernah memukul mama. Aku dokong dia dan berkata kenapa mama buat kakak macamni??? mama tak kesiankan kakak ke??? Aku peluk mama, tulangnya agak timbul... aku merasakan kelainan walaupun dia berlagak biasa.
Selesai membersihkan tempat tersebut aku pulang ke Kuala selangor kerana cuti raya cina...
Bila aku balik.. sehingga hari ini mama tak muncul-muncul. Aku masih terbayang-bayang kelibat mama di tingkap dapur. menunggu aku membuka pintu... aku masih sayangkan mama dan tetap berharap yang mama akan muncul juga! Jika mama sudah tiada di dunia ini, aku pasrah, tapi aku amat sedih dengan pemergiannya, mungkin dia tidak mahu menyusahkan aku.
Thursday, November 24, 2005
Sumber Inspirasi...


Kadang-kadang bila aku balik rumah lepas pukul 7, mesti telan air liur sorang-sorang bila tengok rumah aku gelap gelita. Sah adik-adik aku belum balik. Kalau salah satu antara 3 adik-adik aku balik tentunya diorang dah bukak lampu luar walaupun lepas tu diorang keluar balik. Tapi yang membuatkan aku tidak rasa kesorangan sebab ada sesuatu yang temankan aku... 6 kucing-kucing kesayangan aku mesti serbu pintu rumah bila tengok aku balik! Diorang mcm dah biasa tengok kereta satria merah berenti, mesti diorang serbu... itu yg menyebabkan aku amat sayangkan mereka & menganggapnya mcm adik-adik aku jugak.
Satu hari aku akan masak 2 pot susu beras untuk diorang dan 6 ekor ikan untuk satu hari (3 pagi & 3 malam)... belum masuk biskut & sardine utk kucing... aku akan bergilir2 beli makanan kucing dngan adik aku dd. Kadang tu kakak aku yg baru kawinpun tak lokek keluarkan belanja utk kucing2... belum masuk kucing orang lain yg kebulur datang mintak makan... kesiannnkan, akupun gaulkan la jugak... ada jugak yang tumpang tidur tak reti2 nak balik... akupun takde la halau... kesiannn... biarlah, kan!
Friday, September 30, 2005
Ini gambar aku dengan kawan-kawan sewaktu pelancaran buku Trio Resipi Alaf 21. Kitorang ni antara orang kuat jugaklah dalam persiapan ni selain Kak Wan. Kak Saadiah, Abg Lan, Kak Maziah, Kak Ruby & Syreen. Si lembut kat sebelah aku tu namanya, Faizal. Panggilan manja Gee Cantik. Dia ni orang paling kuat untuk promotion & event Alaf 21. Belakang dia Baien pembantu Faizal yang 'setia'. Belakang aku tu adik aku la... si Didi. M
enyibuk je budak dua eko kat belakang tu.Gambar kat sebelah ni pulak gambar aku ngan Norfadilawati atau mesra dengan panggilan Nor. Dia ni memang cantik. Kulit putih bersih. Dia ni baru je abis practical kat tempat aku. Gambar ni diambil selepas party perpisahan. Kat belakang aku tu Syreena, sebaya aku.
Sunday, September 11, 2005
Zoo dalam ingatan...
Pagi Julai 0.0.2005, aku, Danny, Jovyn (cousin Danny) & Amad (kawan cousin Danny) dengan gembiranya sampai di Zoo Negara... Wahhh... rasanya lebih 20 tahun tak masuk Zoo! Banyak perubahan positif yang kitorang nampak selain yang negatif. Mula-mula sampai aku dapat rasakan Danny agak tidak selesa bila nampak bas sekolah berduyun-duyun masuk di perkarangan zoo (car park). Tau-tau ajelah dia tak suka orang memerhatikan dia. Katanya macam tak pernah nampak orang! (Tapi aku pahammm... i love u so much!) Pelancong asing dari Saudi agak ramai berbanding mat salleh. Danny sponsor tiket masuk berharga RM10.00 tiap seorang dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak & orang-orang kurang upaya. TQ dear...
Masuk aje kat gate, pekerja yang menjaga gate tu menyambut kami dengan membuka pintu kecil untuk memudahkan Danny melaluinya. Ramai kanak-kanak kindergarten yang cute-cute sedang berjalan sambil berbaris, memegang tangan antara satu sama lain... takut hilanglah tu! Ada yang pakai topeng monyet... ada yang menggalas botol air & ada yang berlari-lari anak mengejar rakan yang meninggalkannya di depan... (kalau aku buat karangan mesti dapat A..heheh)
Comment? Ok la... keadaan agak bersih, tak de la sampah sarap bertabur. Lagi satu, sebelum aku sampai kat zoo aku ingatkan mestilah si Danny ni susah sket nak tengok binatang2 ni sbb ada tembok tinggi-tinggi. Tapi rupanya diorang improved bg membolehkan budak kecik & org kurang upaya enjoy tengok binatang2 tuh. Kalaupun ada tembok tinggi, adala cermin kaca diletakkan kat tengah2 tembok tu biar bebudak boleh go tru tengok...
Kitorang masih ingat kat zoo ada kentucky, la... dah lama rupanya marrybrown take over (betul2 ketinggalan). Semua tempat kat zoo tu Insya'Allahlah, Danny boleh sampai. Tapi nak masuk kat marrybrown tu takder ramp... si Jovyn puas terjerit sorang-sorang tanya kat pekerja MarryBrown tu tk der ramp ke sebab Danny nak masuk restoran tu... sorang pun tak de yang menyahut melainkan pandang kitorang dengan mata terkebil-kebil. Entah diorang tahu ramp tu apa ke tak. Apa lagi, Jovyn ngan Amad la tolong angkat wheelchair Danny naik lantai yang tinggi tu. Nasib baik kat dlm restoran tu ada aircond. Kitorang lunch kul empat lebih! Nasi ayam kat situ tak sedap!!!
Banyak jugak aktiviti kitorang kat situ. Danny sempat beli tebu RM1.00 untuk bagi makan gajah. Pastu main dengan satu orang utan yang friendly bernama Coky... yang frustnyer tak dapat tengok 'show' anjing laut sbb terlambat pastu tempatnyer pun tinggi. Kitorang pegi zoo mengharapkan dapat jumpa RIYADH (anak kawan abang Danny, Nani & BD) yang cuteeeee! Tapi tak jumpa sbb katanya diorang sampai tengah hari jer...
Sempat jugalah kitorang membeli belah kat zoo tu utk zara & Izz (anak abang Danny). Sampai rumah kul enam lebih kurang. Yang penting haritu kitorang enjoy!!!
Masuk aje kat gate, pekerja yang menjaga gate tu menyambut kami dengan membuka pintu kecil untuk memudahkan Danny melaluinya. Ramai kanak-kanak kindergarten yang cute-cute sedang berjalan sambil berbaris, memegang tangan antara satu sama lain... takut hilanglah tu! Ada yang pakai topeng monyet... ada yang menggalas botol air & ada yang berlari-lari anak mengejar rakan yang meninggalkannya di depan... (kalau aku buat karangan mesti dapat A..heheh)
Comment? Ok la... keadaan agak bersih, tak de la sampah sarap bertabur. Lagi satu, sebelum aku sampai kat zoo aku ingatkan mestilah si Danny ni susah sket nak tengok binatang2 ni sbb ada tembok tinggi-tinggi. Tapi rupanya diorang improved bg membolehkan budak kecik & org kurang upaya enjoy tengok binatang2 tuh. Kalaupun ada tembok tinggi, adala cermin kaca diletakkan kat tengah2 tembok tu biar bebudak boleh go tru tengok...
Kitorang masih ingat kat zoo ada kentucky, la... dah lama rupanya marrybrown take over (betul2 ketinggalan). Semua tempat kat zoo tu Insya'Allahlah, Danny boleh sampai. Tapi nak masuk kat marrybrown tu takder ramp... si Jovyn puas terjerit sorang-sorang tanya kat pekerja MarryBrown tu tk der ramp ke sebab Danny nak masuk restoran tu... sorang pun tak de yang menyahut melainkan pandang kitorang dengan mata terkebil-kebil. Entah diorang tahu ramp tu apa ke tak. Apa lagi, Jovyn ngan Amad la tolong angkat wheelchair Danny naik lantai yang tinggi tu. Nasib baik kat dlm restoran tu ada aircond. Kitorang lunch kul empat lebih! Nasi ayam kat situ tak sedap!!!
Banyak jugak aktiviti kitorang kat situ. Danny sempat beli tebu RM1.00 untuk bagi makan gajah. Pastu main dengan satu orang utan yang friendly bernama Coky... yang frustnyer tak dapat tengok 'show' anjing laut sbb terlambat pastu tempatnyer pun tinggi. Kitorang pegi zoo mengharapkan dapat jumpa RIYADH (anak kawan abang Danny, Nani & BD) yang cuteeeee! Tapi tak jumpa sbb katanya diorang sampai tengah hari jer...
Sempat jugalah kitorang membeli belah kat zoo tu utk zara & Izz (anak abang Danny). Sampai rumah kul enam lebih kurang. Yang penting haritu kitorang enjoy!!!
Wednesday, August 17, 2005
Subscribe to:
Posts (Atom)

























