Wednesday, June 18, 2008

GET WELL SOON, FAFAU!


Kali ni aku nak kawan aku, Fauzi, cepat sembuh dari operasinya pada hari selasa 17.06.08... Aku dah jenguk Fafau dengan Ms. Sugus aND Mak Ayam yang vogue, Kak GEe, bawak macam-macam untuk dia... tapi dia takde suara n langsung takleh makan... sian. Sambil memegang notebook nyer, tak sudah-sudah dia menulis... seafood... seafoof... seafood! Wey, air gamat pun susah nak telan, ada hati nak makan seafood! Laki aku pun turut bersimpati ke atasnyerrrr... so untuk Fafau, rerajin makan ubat... semoga suara yang serak-serak kering tu, akan kedengaran juga nanti!

Friday, June 06, 2008

Jiwang sket..!

Menghadapi kehidupan yang panjang amat menakutkan. Aku rasa setiap orang yang merasai apa yang aku rasa tentunya faham apa yang aku maksudkan. Jika dihitung, umur telahpun mencecah 32 tahun, satu angka yang boleh dikatakan banyak. Dengan angka itu juga beberapa rakan-rakanku telahpun pergi menemui ilahi.

Adakalanya aku malas untuk memikirkannya, tetapi adakalanya aku terpaksa memikirkannya dan meluahkan segala yang terbuku di hati seperti ini. Setiap hari aku berhadapan dengan 'sunyi'. Hati kosong. Jiwa kosong. Pada waktu-waktu inilah segala ketakutan dan bayangan tentang hari depan seakan-akan bermain-main di layar minda.

Bayangkanlah satu ketika dulu sewaktu umur belasan tahun, aku melihat orang berumur 22 tahun amat tua. Bila umur mencecah 22 tahun aku bayangkan aku akan berkahwin pada umur 25 tahun. Bila tiba masa 25 tahun, aku berjanji yang akan mengakhiri segala-galanya sebelum 28 tahun. Bila umur 28 tahun, aku berazam untuk punya anak sebelum umur 30 tahun. Setelah 30 tahun aku memujuk diri dengan mengatakan 'baru 30 tahun'. Kini setelah 32 tahun aku masih kabur apa yang bakal berlaku sewaktu umur 35 tahun. Apa ya? Blank...

Aku tak mahu berkahwin pada umur 40 tahun. Malah, pada umur 38 juga aku tak mahu. Mana taknya... kahwin 2-3 tahun tiba-tiba menopause! Kesiannya aku!!! Lawak juga kadang-kadang jadinya. Sekarang inipun jika ditakdirkan aku akan berkahwin, aku seperti malu untuk menjemput kawan-kawan. Tentu ada yang berbisik "Eh, aku ingatkan dia dah kahwin... rupa-rupanya baru nak kahwin!" Adakalanya gurauan menjadikan aku begitu sensitif.

Bila teringatkan hari tua, aku tak mahu sakit dan dijaga oleh anak atau cucu-cucu saudara, malah menyusahkan keluarga dan ipar duai pun aku tak sanggup. Mungkin juga di rumah orang-orang tua. Sedihnya. Aku tak mahu begitu kesudahan hidup aku.

Aku begini kerana mempertahankan cinta. Aku sudah temui orang yang betul-betul membuatkan aku gembira, bahagia, orang yang sangat baik, penyabar dan sangat sayang terhadapku. Aku sudah cuba mengakhiri perhubungan ini dengan ikatan yang sah... menghalalkan segalanya. Tapi masih tidak berjaya. Hancur hati aku.

Bayangkanlah aku dengannya sepanjang hidup aku, tapi masih tak berdaya untuk bersatu. Sedihkan?

Andainya aku dan dia dapat bersatu, dah lama kami merancang untuk bina kehidupan, punyai anak. Semakin hari peluang itu semakin tipis. Aku takut tidak sempat menikmati semuanya itu. Seorang dari kami akan pergi dulu. Aku tak mahu dan tak sanggup itu berlaku. Tapi itu hakikat. Kan lebih baik kalau mati bersama. Aku tak mahu mati dulu kerana aku tahu dia akan merana. Aku pula tak sanggup kehilangan dia kerana dialah satu-satunya yang aku ada untuk mencurahkan kasih sayang, memujuk aku dikala aku kesedihan, menyuntik semangat sewaktu aku putus harap...

Demi ALLAH yang maha mengetahui, aku nyatakan disini aku amat bahagia dengannya. Aku tak pernah bohong. Sukar untuk orang percaya kerana nikmat itu ALLAH kurniakan terhadap aku.

Aku perlukan orang untuk membantu aku merealisasikan impian aku. Tolonglah aku... Tak pernahkah terdetik perasaan kasihan kamu semua terhadap aku. Fahamilah perasaan aku. Hormatilah pilihan aku. Aku masih berjalan di lorong yang sangat gelap. Bawalah aku keluar supaya hidup aku tidak terumbang ambing. Permudahkanlah urusan hidup aku... Temukanlah aku dengan ketenangan... kurniakanlah restu itu, wahai orang-orang menyayangiku!