Monday, June 25, 2007

PSYCHO...

SEUMUR hidup aku barulah sekali didatangi seorang hamba ALLAH yang mungkin ada penyakit mental ataupun dengan bahasa kasarnya GILA atau PSYCHO . Hamba ALLAH ni pada aku langsung tak memberi apa-apa kesan dalam hidup aku sebab beberapa perkara yang aku dapat perhatikan. Kalau orang tu ikhlas memberi nasihat tanpa apa-apa kepentingan, dia akan adil dalam memberi nasihat... tak menyebelahi mana-mana pihak, tak menyalahkan mana-mana pihak DAN tidak menghina mana-mana pihak.

Aku nak nyatakan kat sini, jika kehadiran seseorang tu merimaskan, dia dikira mengganggu ketenteraman orang lain. Mengganggu ketenteraman orang lain dikira berdosa, walaupun mungkin niatnya baik. Aku juga tak boleh katakan niat Hamba ALLAH seorang ni baik, kerana aku boleh lihat ada niat terselindung disebalik kata-katanya. Hanya dia dah ALLAH sahaja yang tahu.

Hamba ALLAH ni sentiasa membuat satu andaian yang tidak tepat dan tuduhan-tuduhan melampau. Dia cuba memporak perandakan kedudukan seseorang dengan kata-katanya yang berunsurkan fitnah. Hakikatnya aku tak ada apa-apa masalah dengan orang sekeliling aku, malah dengan ibu bapa aku juga tiada apa-apa masalah. Dia sengaja mengada-adakan cerita seolah-olah aku menderhaka, ingin berkahwin tanpa restu dan bergaduh sesama keluarga.

Hakikatnya semua yang dikata tidak berlaku. Jika aku berdosa kepada seseorang itu sekalipun, sama ada ayah atau ibu, biarlah aku yang uruskan atau meminta maaf. Dia tidak berhak masuk campur. Itu antara aku dan individu yang terlibat. Siapa dia untuk memaksa-maksa orang membuat keputusan.

Aku tak akan melayan orang yang ada penyakit mental seperti dia lagi kerana sememangnya orang yang berpenyakit mental tidak pernah faham dengan apa yang berlaku disekelilingnya. Dia berkata dengan sesuka hati dan seringkali berulang-ulang.

Jika ada maksud tersembunyi, aku sekali-kali tidak akan memaafkan dia, di dunia mahupun di akhirat atas fitnah dan kata-katanya yang penuh penghinaan yang dibawanya. Ketahuilah, dosa seseorang itu tidak akan diampunkan oleh ALLAH selagi orang berkenaan tidak dapat kemaafan dari orang yang disakitinya. Dosa kepada ALLAH kita boleh pohon bila-bila masa sahaja. Dosa kepada ibu bapa jika kita minta maaf padanya, akan diampunkan walau betapa besarnya dosa itu. Tapi dosa orang yang bercakap tapi sembunyi tangan, aku tidak akan ampunkan dia melainkan dia datang sendiri berjumpa aku dan memberitahu apa masalah dia sebenarnya.

Friday, June 22, 2007

MY TALENT SHOOT...








ABOUT ME

(UPDATE 220607)

D.O.B: 10 March 1976
P.O.B: Somewhere in Selangor...
Food: Lamb, mashed potatoes n scramble egg, steamed fish, hotdog, deep fried sotong,
everything is cooked on the grill, mom's cooking (sambal sardin, ubi rebus, masak tempoyak, ketam goreng, masak kicap)
Song: Boulevard Of Broken Dreams, macy's day parade, Time is running out, knight of cydonia
Singer: Greenday, Muse, Blink
Malaysian singer: Siti Nurhaliza
Indon song: Kenangan Terindah, Dealova
Color: White n blue n Pink/Peach
Boyfriend: Ahmad Daniel Shah Ahmad Sharan
Tv/Movie: Still Standing, CSI, Supernatural
Actress/Actor: Catherine Zeta Jones (Rambut...), Nicole Kidman (Kulit...), Hugh Grant (Mata...), Ashton Kutcher

Wednesday, June 06, 2007

MY FAMILY

Ini adalah gambar family aku yang tersayang. Walau apa sekalipun, aku tetap sayangkan family aku... mak, bapak, kak lin & husband, didi, cuky and my youngest brother... oook. Kini aku dah ada adik ipar, siti (x de dlm fambar) anak buah aku (anak kak lin) iaitu Rania & Iqbal...

Sama ada orang lain nak percaya atau tidak, kasih sayang aku pada mereka tak pernah berubah... walaupun sengketa melanda, tapi hakikatnya aku teramat-amat sayangkan kalian.

Tak perlulah bukti tanda aku sayang, aku sentiasa panjatkan doa ku setiap hari untuk kesejahteraan kalian. Allah maha mengetahui segala yang berlaku & aku sedar aku sedang diuji....

Bapak: Aku amat-amat sayangkan dia. Dari dulu sampai sekarang, aku tiada masalah untuk cium bapak aku & cium tangannya bila bersalam. Aku peluk & aku cium. Boleh dikatakan aku lebih manja dengan bapak aku berbanding emak. Walaupun bapak aku agak garang, tapi aku tahu yang bapak aku tahu, akulah tiada masalah langsung untuk meminta maaf darinya jika aku bersalah. Mungkin itu jugalah sebabnya dia tak lokek untuk aku tentang apa sekalipun!

Walaupun aku pernah mohon restu dia satu ketika dulu & dia men'delay'kannya... perbualan kami amat tenang. Aku tidak marah-marah, dia juga terlalu lembut denganku... Hanya aku & bapak aku yang tahu apa yang berlaku. Aku tak suka orang lain bawa fitnah ke atas aku & fitnah orang itu tidak berasas langsung, sedangkan orang itu tidak tahu apa yang berlaku antara aku dan bapak aku sebenarnya. Yang penting, aku tetap menjalankan tanggungjawab aku sbg anak!

Emak: Aku amat-amat sayangkan dia. Tiada tolok tandingannya dia dengan ibu-ibu orang lain. Sentiasa melancarkan perjalanan hidupku, menjaga makan pakaiku dan masih lagi kini walaupun aku sudah duduk berasingan dengannya... the best mother in the world... the best chef n semua sekali yang best-best memang untuk mak aku! I love you so much, mother!

Kak Lin: Kakak paling best yang pernah aku ada! Beza umur kami hanya dua tahun... Walaupun kecik-kecik dulu slalu gaduh, main cubit-cubit... tapi itu semua asam garam adik beradik. Seorang yang amat-amat TIDAK KEDEKUT baik dari segi kewangan ataupun makan pakai... rajin masak n pandai masak. Itulah sebabnya aku cuba manjakan anak-anak buah aku tanpa berkira mahal macam manapun baju atau permainan untuk anak kak Lin, sebabnya kak lin tak kedekut dengan aku! Masa aku kat ITM dia selalu bagi duit minyak kereta walaupun dia pergi kerja naik komuter...

Didi: Adik lelaki empat tahun lebih muda dari aku. Dah langkah bendul aku... tapi tak apa. Aku nak tengok adik-adik aku bahagia sepertimana doa aku selalu... seorang yang agak pendiam, tapi kelakar.

Cuky: Adik aku paling pendiam... nak dengar suara dia setahun pun agaknya tak sampai sepuluh perkataan. Aku rindu dia yang dulu, sewaktu kecil dengan keletahnya yang kelakar. Aku tahu dia masih lagi raja lawak di tempat kerjanya. Aku bersyukur dia dapat pekerjaan yang baik!

Ook: Adik bongsu aku. Ramai kata dia handsome... aku harap dia sayangkan aku sepertimana aku sayangkan dia. Kalau aku tak sayang, aku tak basuh baju dia, aku tak kemaskan katil dia, aku tak gosokkan baju dia... aku buat segalanya dengan hati ikhlas tanpa berkira & aku sentiasa doakan kesejahteraan dia, dimurahkan rezeki, panjang umur & dipermudahkan urusan hidup!

Monday, June 04, 2007

Zul's wedding

3 June 2007 menyaksikan perkahwinan gilang gemilang Zul n pasangannya Tina... Untuk pengetahuan, Zul ini juga adalah OKU sepertimana Daniel. Tina pula adalah sempurna akal fizikalnya, sepertimana aku.

Tina bekerja di AMBANK, KL. Berbual dengannya, nampaknya seorang yg ada pendirian, yakin pada diri sendiri n agak bergaya orangnya. Tahniah Zul, kerana mendapat isteri yg cantik, sempurna akal fizikal serta berkerjaya.

Zul pula adalah setiausaha kepada persatuan yang Daniel aktifkan diri iaitu PERWIRA K9. PERWIRA K9 yang diketuai oleh Ras Adiba Radzi aktif memberi khimat nasihat terhadap orang-orang yang masih baru terhadap dunia OKU contohnya seperti orang yang terlibat dalam kemalangan dan diberitahu tiada peluang lagi untuk berjalan... jadi, tugas persatuan ini untuk memberi semangat kepada mereka supaya tabahkan diri & perlu teruskan kehidupan walaupun kini bergelar OKU. Persatuan ini lebih tertumpu kepada mereka yang terlibat dengan masalah Spinal (Tulang belakang).

Berbalik kepada majlis Zul, ramai jemputan yang datang termasuklah teman-teman senasib... antaranya Shukri, isteri dan keluarganya... Shukri ni dulu ialah Pilot PDRM, helikopter yang dinaikinya terhempas menyebabkan dia lumpuh. Tapi kehidupannya sudah pulih sepenuhnya sepertimana Daniel, dapat menerima hakikat... teruskan kehidupan dengan ceria dan berbakti kpd masyarakat. Sekurang-kurangnya ada pahala untuk akhirat... bukan seperti sesetengah orang hanya tahu mengeji dan menfitnah, memandang hina dan rendah terhadap orang-orang kurang upaya.

Selain daripada Shukri, Kapten Yus juga merupakan Pilot heli yang terhempas... nasibnya sama, lumpuh. Tapi kehidupannya tetap ceria atas sokongan orang-orang yang memahami...

Khairul dan isteri yang baru setahun mendirikan rumah tangga setelah 3 tahun berkawan... isterinya seorang yang sempurna, bertugas di Putrajaya di jabatan kerajaan. Khairul lumpuh setelah kemalangan...

Fazlan
dan teman wanitanya Nadia, juga hadir memeriahkan majlis Zul di Bukit Gasing. Fazlan juga lumpuh, teman wanitanya juga seperti aku. Bila ditanya bila ingin mendirikan rumah tangga... dia tersenyum memandang Nadia... katanya, belum masanya!

Along juga datang bersama-sama teman wanitanya... Along tinggal di Kelana Jaya, senasib juga dengan Daniel. Badannya agak kecil, namun akalnya sempurna... kemalangan sewaktu memandu kereta bersama beberapa rakannya... dengar-dengar Along juga akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi...

Ramai juga yang datang tanpa isteri atau teman wanita seperti Zaidi, Azhar dan ramai lagi... Aku rasa betul-betul bertuah berada di kelompok seperti ini. Sekurang-kurangnya aku telah diberi kesedaran daripada Allah untuk menerima hakikat bahawa disekeliling kita tidak semua senasib dengan kita... sekurang-kurangnya aku tidak memandang hina insan-insan yang kekurangan... aku menerima cinta Daniel dengan hati yang ikhlas, walaupun ada segelintir yang tidak puas hati dengan hakikat tersebut!