Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah & Hepi New Year 2009...

Salam maal hijrah pd sume ... and malam2 yang syahdu ni aku nak buat posting baru... untuk pengetahuan jugak, tahun 2009 ni umur aku mencecah 33 tahun pada 10 March nanti... huhu... Nothing to hide... and... i'm still single mehhh... but not available...

Kekadang aku suka list down perkara2 yg aku suka n tak suka...
Apa yg aku selalu buat & macam-macam lagi...

Tentang aku
1. Aku suka jalan-jalan cari makan (versi aku...)
2. Aku tak suka brooch besar-besar
3. Kaki aku size 5
4. Tak pandai main netball n yang sewaktu dengannya
5. Pernah join aerobic lebih kurang setahun jerrr... ampehhh
6. Sekolah di Sekolah Menengah Subang Jaya 1
7. Pernah pakai cemin mata
8. Sangat suka makanan berkicap
9. Tak berapa suka gula-gula
10. Selalu kena migrain sampai muntah-muntah
11. Prefers tea to Coffee

Nama panggilan (Tiru idea Cik sugus)
1. Molee
2. Molly (Selalu orang akan tulis macam ni... salah!)
3. Molek (Kak wan suka panggil aku dengan nama nih...)
4. Moli (Malas nak eja lah nih... salah!)
5. Moly (Salah eja jugak)
6. Moll (Biasanya orang panggil nama nih)
7. Moll De Bounch (Fauzi punya kerja!)
8. Kak Moll (Panggilan menandakan aku lebih tua dari si pemanggil)
9. Kerang la Nona (Fauzi jugak... hnssss!!!)
10. Cik Moll (Mak ayam suka panggil aku dengan nama nih!)
11. Molldanny (nama yang biasa aku guna untuk email)
12. Dahlea (nama blog aku)
13. Marge (nama samaran aku untuk forum dll)
14. Sayang (Ehem... ehem)
15. Adik (panggilan manja dalam keluarga... hihi)
16. Kak Momok (Moon nyer keje la nih...)
17. Mama (panggilan dari anak-anak saudaraku...)
18. Cik Molee (juga panggilan dari anak-anak buah)
19. Puan (Orang luar yang tak kenal aku... best gak sesekali dapat title nih)
20. Kak wea (panggilan dari beberapa orang yang rapat dengan aku)
21. Kak Momol (Lya n Che Za suka panggil aku dengan nama nih)
22. Dek Lee (Kak sue suka panggil aku dengan nama nih)

Dilla, luckily my list is not as much as yours... and i'm still thinking of another one or two more names to beat you...

Saturday, December 27, 2008

Cerita Penghujung 2008

Lama rasanya tak update blog nih... bukannya tak ada cerita, tapi mungkin tak berapa sesuai untuk diceritakan. Rindu nak menulis, so malam nih aku tekad untuk mencoretkan sumthin supaya blog aku nih tak bersawang...

laptop baru

Aku happy sebab akhirnya aku ada laptop Compaq baru... bleh ler online malam-malam... cuma aku lom berkesempatan instal software yang aku nak. Lepas ni senanglah aku nak buat thesis aku... sebelum ni pinjam laptop BF aku... kesian gak dia sbb nak buat kerja, aku selalu plak kacau...

Rania, 3 Tahun

Aku seronok melihat anak buah aku membesar dengan sihat... aku ramai anak buah;

Anak Kak Lin: Lia Rania & Iqbal Jiram
Anak Kak Sue: Fara, Jeffry & Adam
Anak Abang Mail: Ijul & Ain (Al-fatihah untuk Ayid...)
Anak Abang Man: Ezriq, Nona, Nini, Alia & Nasrul
Anak adik aku, Didi: Hadi Iskandar

Baru-baru ni kakak aku Lin menjamu kami adik beradik dengan sedikit jamuan kat secret Recipe sebagai sambutan belated birthday Rania. Bukan majlis apa pun... setakat makan-makan saja. Aku belikan Rania Set Barbie Doll beserta kitchen cabinetnya. Dia dah 3 tahun, dah pandai main doll. Kalau dulu aku belikan, tak ada ertinya. Silap haribulan kepala, kaki, tangan tercabut... Sekarang dia sudah cukup besar untuk menghargai barang. Kemudia aku belikan dia rantai leher dari Butik Girls... Dia cute dengan jeans GAP yang aku belikan hari raya yang lepas...

Kambing

Rasanya dah sebulan dua bapak aku bela 4 ekor kambing kampung, 2 jantan & 2 betina. Seronok jugak main dengan kambing... pukul 5 petang, bapak aku lepaskan kambing-kambing tu untuk main gelongsor2... memang terhibur melihat kambing-kambing tu main & bermanja-manjaan dengan kitorang... (walaupun aku ni kambing addict, tapi tak sampai hati nak semelih kambing bapak aku nih... huhu)

Result

Result aku??? Untuk sem 3 ni aku dapat 3.67... hnssss.. tak berapa memberangsangkan... aku dapat 1 A+, 1 A- & 1 B+... tapi, tahniah untuk aku... tak sangaka gak aku ble dapat macam tuh... sbb aku rasa sem ni sangat mencabar...

Aku harap tahun 2009 ni menjanjikan sesuatu untuk aku, terutama impian yang aku sangat harap-harapkan... aku dah ada plan... Insya'Allah aku harap kali ini ianya tidak menghampakan... tunggu & lihat! (Hey, Jangan buat andaian sendiri ya... sbb plan ini adalah sesuatu yang baik...)

Mata dah mengantuk... aku nak tido... aku akan sambung lain hari, gudnite!!!

Saturday, November 15, 2008

My beloved 'bapak'

"Adik... nahhh!" Bapak aku hulurkan kentucky fried chicken 2 ketul pada aku. Dengan riangnya aku sambut

Masih terbayang-bayang kenangan kecil-kecil dahulu... kalau tak silap waktu umur 5-6 tahun... satu hari aku mintak bapak aku belikan kentucky, dia cakap, ok! Bila bapak aku balik kerja... aku tanya "Mana kentucky???" Dia kata lupa....

Besok aku tunggu lagi... bapak aku sampai aku tanya "Bapak beli kentucky tak???" Dia kata, besok dia akan beli... hari ini bapak tak sempat! Aku menangis gila-gila... aku kata bapak tipuuu... aku nangis lagi....

Besoknya aku tak tunggu bapak balik. Tapi tiba-tiba aku dengar bapak aku panggil nama gelaran aku "Adikkk!!!" Bapak beli Kentucky yang aku mahukan sangat-sangat!!! Yeay...

Tapi, bila besar aku fikir-fikir balik... Itulah kasih sayang seorang bapak pada anaknya (aku lah tu!) Aku main mintak aje apa yg aku nak, tanpa memikirkan sama ada bapak aku ada duit atau tak pada masa tu... aku dapat mengagak yang bapak aku maybe tak ada duit waktu tu, tapi dia tak pernah cakap tak ada duit. Paling-paling pun dia akan kata, lupaaaaa.

Macam tu jugak masa aku nak butter cookies... mintak tak hengat dunia. Tapi bapak aku memang sangat penyayang... dia cuba jugak penuhi permintaan aku tanpa banyak alasan.

Masa aku kat ITM, aku selalu suruh bapak aku ambik aku malan-malam, tak kira pukul berapa. Kadang-kadang sampai pukul 4.00 pagi buat assignment kat umah kawan aku. Bila aku suruh bapak amik, tak pernah dia merungut. Tak pernah langsung! Asalkan aku dah explain awal-awal nape aku stay malam-malam.

Itulah sebabnya aku tak kisah sangat bila kadang-kadang bapak jemput aku naik lori. Bapak aku ada lori 1 tan. Dia amik aku betul-betul depan fakulti aku. Ramai jugak yang memandang. Kadang-kadang aku siap ajak best friend aku lagi!!! Bila bapak aku tanya aku sama ada aku malu ke naik lori... aku cakap kat dia tak ada malu. Apa nak dimalukan!!! (walaupun memang malu jugak masa tu... demi nak jaga hati bapak aku!).

Dulu masa mak aku besalinkan adik aku... bapak aku yang jaga aku dengan kakak aku. Seingat aku tak pernah aku dihantar ke rumah nenek untuk dijaga. Semua urusan bapak aku yang buat. Dia masakkan kami tiap-tiap hari. Hari ini dia masak telur dadar. Besok telur kicap. Lusa telur goreng. Lepas tu telur rebus... memang hari-hari makan telur. Agaknya itulah asal-usul aku hantu telur sampai sekarang!

Tapi, ada satu cerita yang aku tak boleh lupakan sampai aku mati. Aku memang menyesal. Aku tahu aku salah. Kalau aku ingat balik, aku memang menangis.

Bapak aku dapat duit KWSP. Dia tahu aku nak sangat komputer, walau aku dah habis belajar kat itm masa tu. Satu hari bapak aku ajak aku pegi kedai beli komputer. Aku suka sangat. Bila dah ada komputer, bapak aku tanya aku, macam mana sesetengah tempat, kalau nak cari nama orang, tekan aje komputer, nama tu dapat.

Aku kata komputer yang baru beli ni tak boleh... Dia keep on asking the same question day after day. Aku dah cuba terangkan kat dia, tak juga paham-paham. Lama-lama aku fade-up and tinggi suara kat dia lebih kurang cam gini lah... "Komputer ni tak boleh!!! Kalau nak jugak kena install software. Ada khas punya!"

Dengan perlahan dia cakap kat aku... "Iyelah, bapak cuma tanya aje... bapak manalah tahu pasal komputer ni. Software tu apa pun bapak tak tahu..." Lepas tu bapak aku berlalu dengan muka yang amat sedih. Lepas tu jugak dia tak pernah tanya pasal komputer sampai hari ini.

Aku tersedar waktu tu. Tergamam tak tahu nak cakap apa. Masa tulah aku sedar yang komputer tu dia yang belikan. Sanggup dia menggembirakan hati aku. Tapi, apa aku dah buat? Jahatnya aku. Setiap kali peluk dia n cium dia sekarang ni, peristiwa itu bermain-main dalam minda aku, walau aku pecaya yang dia dah pun lupa kisah tu. Bila aku minta maaf, dalam hati aku mesti ingat benda tu.

Agaknya itulah hukuman yang perlu aku tanggung, penyesalan yang tak tertanggung kerana mengguris hati bapak. Sekarang ni, bapak suka tanya aku, blog tu apa? Dia kata dia selalu dengar orang cakap pasal blog. Dia minat politik. Aku pun ceritalah kat dia apa yang aku faham tentang blog dengan kasih sayang aku pula. Aku tak mahu kisah itu berulang semula.

Apa yang bapak nak tahu sekarang ini tentang apa-apa perkara pun, akan aku terangkan dengan penuh sabar... Insya'Allah. Aku nak bapak aku gembira. Aku sayang sangat pada bapak aku.

Bapak, adik sayang sangat dengan bapak... adik bangga ada bapa seperti bapak. Adik tak akan malu memberitahu kat semua orang yang adik sayang bapak...

Wednesday, October 29, 2008

Once Upon A Time...

Waktu kecik dulu aku sering diingatkan oleh mak bapak aku tentang jangan itu & jangan ini... perlu begitu dan begini... mungkin waktu kecik dulu aku selalu muncungkan bibir... rasanya semua benda tu kalau tak ikut pun tak apa... tapi bila dah besar aku dapat rasakan semua yang mak bapak aku cakap tu memang ada kebenarannya & mendatangkan faedah... kalau korang-korang terfikir nak list down kat blog korang-korang tentang apa-apa pesanan orang tersayang tu, silalah berbuat demikian...

so here goes...

1. Bapak aku cukup marah kalau aku keluar walaupun sekejap, tak pakai kasut atau selipar... sampai sekarang aku terikut2 & tak boleh tengok tapak kaki hitam, mesti nak cuci.

2. Mak aku marah kalau aku adik beradik makan mulut kecap-kecap, berbunyi... kalau makan perlu tutup mulut biar bunyi tak kuat...

3. Menguap tutup mulut... kengkadang terlepas jugak aku... tapi lepas tu rasa macam berdosa besar jerrr...

4. Jangan suka mengicak orang lain punya makanan, mak aku akan jeling, kalau tak ada orang siaplah aku kena rotan... ini aku praktikkan sampai sekarang, aku cukup anti orang pengicak ni... kecuali kalau kita pelawa atau orang tu pelawa aku makan, aku makan lerrr...

5. Jangan menyampuk orang tua berborak... tak baik!

6. Basuh pinggan kena basuh bahagian mulut dan buntut gelas, pastu kena bau, takut hanyir... pesanan yang bagus dari mak aku.

7. Basuh pinggan jangan sampai air menjejeh-jejeh kat bawah lantai... seboleh-bolehnya biar kering... aku jumpa gak beberapa orang yang tak prihatin tentang benda nih (tak mau cakap la kan, maybe dorang ada petua mak bapak dorang tersendiri)

8. Pergi rumah orang jangan liarkan pandangan... takut orang tu perasan n tak manis.

9. Lepas buang air besar, pastikan tiada sisa yang boleh dilihat oleh orang lain... jirus sampai bersih

10. Kalau dukung baby jangan kangkangkan kaki di pinggang kita, nanti jalan tak cantik, terkengkang-kengkang... cuba dukung dengan rapatkan kaki baby tu... aku rasa ada betulnya...

Ada sesetengah orang dia tahu semua benda nih bukan sebab mak bapak dia pesan... itu sebab adakalanya mereka akan terlupa perkara-perkara sedemikian, sebab pada dorang maybe not very important, tapi lebih berkesan kalau datangnya dari pesanan mak bapak kita, seumur hidup akan menjadi pegangan, percayalah!

Cubalah ingatkan kepada anak-anak kita pula...

Wednesday, October 22, 2008

Lepas geram

AKU SAKIT HATI NAK MAMPOS!!!!!!!!!!!!!!

SAMPAI MENGGELETAR BADAN.

GERAM.

SAKIT HATI.

(AKU TENGAH MENCARUT DALAM HATI... SEMUA BENDA KELUAR!)

Tuesday, October 07, 2008

KAK SUE

Ini gambar family kakak aku, Suraya atau Kak Sue...
yang kawin ngan Irish... ada 3 anak...
Yg sulung Fara , Jeffry n Adam. Suaminya Johan Abdullah.

Selamat Hari Raya: Jeffry, Fara, Kak Sue, abg Johan & Adam

In Formal: Jeffry, Adam, Fara, Kak Sue & Abg Johan

Kasual: Jeffry, Abg Johan, Adam, Fara & Kak Sue

Kak Sue & Me

It's true...

Tidak perlu menyeksa wanita dengan kayu atau cemeti...
Cukuplah sekadar tidak mencumbui dan membelainya,
Dia akan berasa sangat terseksa.
Kerana sekali wanita sudah menyerahkan kasih sejati,
Sentiasa dirinya mahu ditakluki...

~ WrWam ~

Tuesday, August 26, 2008

Tentang aku

Boring gak kalau tak banyak cerita nak ditulis... tapi aku ada satu idea nak tulis apa harini... best jugak kalau boleh list down apa yang kita suka n tak suka...

10 benda yang aku suka (update 260808)


1. Pink, Peach & white
2. Tengok ragam manusia
3. Main sudoku
4. Kucing
5. Jahit manik & labuci
6. Pakai skirt (tapi bukan panjang & kembang-kembang)
7. Jalan-jalan dengan orang tersayang (mak bapak & daniel)
8. Kasut yang comel-comel (takde tumit!)
9. Boy friend aku
10. Tengok movie atau apa2 yang aku suka... aku tak akan layan keadaan sekeliling & tersengih sorang-sorang...












10 benda tak suka (update 130208)


1. Letak barang/ simpan barang kat bawah... (katil, almari dll...) Lebih baik longgok barang kat atas meja atau akerusi atau apa2 asalkan tak bersepah kat bawah... Except kalau tak ada almari atau tempat letak!
2. Jaga tepi kain orang
3. Melilau kat tempat orang lain time kerja
4. Pakai baju yang ikut trend... bila banyak orang lain pakai, aku mesti tak suka!!!
5. Bebual lama-lama kat tepon waktu kerja
6. Rebonding rambut
7. Sangkut-sangkut baju kat tempat yang tak sepatutnya
8. Orang yg tak suka pakai perfume... bau peluh laaa
9. Tak suka n tak pandai pakai kain batik!
10. Tonyoh-tonyoh makanan yang nak dimakan dengan jari DAN JUGA kacau-kacau makanan cthnya kalau makan air batu campur, bubur atau rojak aku tak suka gaul kesemuanya... aku akan makan sikit-sikit tanpa mengacau kesemuanya...

10 makanan kegemaran (update 120508)












1. Telur
2. Lamb/Kambing
3. Mashed potato
4. Satay
5. Nasi ayam (Prefer mak daniel buat... besh)
6. Ubi rebus, Tapai ubi (tapai pulut pun best!!)
7. Tahu bakar
8. Masak kicap (Prefer mak aku buat... sedap gilerrrr)
9. Tempoyak (enak juga dimakan begitu sja... hihiih)
10. Sotong goreng

10 makanan tak suka/kurang digemari (update 130208)

1. Lempok
2. Gula-gula (kecuali yang sugar free...)
3. Budu
4. Sayur berlendir (macam bendi atau pucuk paku... kureeeng sket, tapi buleh makan)
5. Buah pala
6. Daging lembu (prefer kambing atau ikan... tapi kalau tak ada yg lain, bedddal jugak lerr)
7. Ikan selar
8. Makanan yang tak welldone (cth kerang rebus yang agak ada merah2 darah lagi... steak yang merah2 lagi) Medium well tu ok la!
9. Century egg
10. Mi kuning / Laksa (tapi kalau masak menepati citarasa, makan jugak!)















10 tempat makan/minum yang aku suka (update 260808)

1. William (Fav: Sea bass)
2. Chili's
(Fav: Lamb chop)
3. Rasa Utara (Fav: kerang bakar, sotong kangkung, sate)
4. Night Circle (Fav: Tahu bakar/kropok lekor/ bubur/Char kuew teow/otak-otak)
5. Zheng He Dim Sum (Fav: Dim Sum, sotong goreng)
6. Pak Li Kopitiam (Fav: mee grg mamak)
7. Rasta (makan sate jer yg best... macam2 sate ada, kambing, ayam, arnab, perut panjang, perut tembusu, itik, hati & pedal, daging, ostrich dll) (Fav: Sate perut panjang)
8. Nando's (Fav: Sos diaa... pedasss)
9. Starbuck (Fav: ice blended)
10. Orchid Thai seafood (Fav: sotong goreng)

10 Makanan pelik yang pernah dicuba (update 130208)

1. Daging kuda goreng
2. Landak
3. Kancil
4. Sate itik
5. Siput laut yang besar
6. Keju busuk (bleu cheese)
7. Udang lipan
8. Telur belangkas
9. Telur penyu
10. Century egg (telur hitam)

10 makanan yang mungkin sesetengah orang tak suka, tapi aku boleh makan.
(update 270808)


1. Daging arnab
2. Daging rusa
3. Cencaluk
4. Ikan perkasam
5. Daging tetel (kulit lembu)
6. Siput belitung & siput ??? (banyak dijual di Sabah)
7. Sushi
8. Belut
9. Burung puyuh
10. Daun cekur

10 buah yang aku suka (update 270808)

1. Durian (Yummmyyy)
2. Manggis
3. Durian Belanda
4. Jambu madu
5. Duku
6. Plum
7. Epal Hijau
8. Limau Mandarin
9. Kiwi
10. Peach

10 Impian
(update 130208)

1. Dapat bungalow/rumah besar dengan duit sendiri...
2. Kawin
3. Happy family
4. Banyak duit tapi tak lupa daratan...
5. Pegi shopping gila2 punya blanja...
6. Belanja mak bapak & orang tersayang gila2 punya...
7. Anak cute
8. Kereta besar
9. Ada business sendiri
10. Melancong kat mana2 yang dimahukan & duduk kat hotel mahal

10 perangai sendiri (dari kaca mata aku sendiri la... ) (update 120508)

1. Peramah & mudah mesra (tapi awassss kengkadang lazer gak... hihi)
2. Suka ditemani orang lain ketika kemana-mana
3. Susah membenci orang lain
4. Bukan pendendam & sangat pemaaf
5. Agak pelupa
6. Mudah marah/merajuk & mudah sejuk kembali
7. Kuat nangis & mudah tersentuh
8. Setia pada cinta (loyal)
9. Suka cakap sorang-sorang... sama ada bengang atau berangan... hihi
10. Sometimes kurang confident & tak boleh putuskan satu2 masalah (Perlukan somebody untuk putuskan)

10 sifat orang lain yang tidak disukai (update 130208)

1. Panas baran & Ego
2. Suka politikkan sesuatu keadaan untuk kepentingannya
3. Baik didepan, tapi dibelakang orang yang paling kuat tikam kita (Plastik!!!)
4. Menceritakan keburukan orang lain
5. Belagak
6. Tak kenang budi
7. Memalukan seseorang depan orang lain
8. Tidak serius dalam hal yang sepatutnya
9. Tidak matang
10. Tidak memberi peluang kepada orang lain untuk buktikan kebolehan/ tidak percaya kepada kebolehan orang lain.

10 keperluan untuk muka & kepala (update 120508)

1. Blusher Revlon / Eye shadow christian dior & Revlon
2. Lipstick Revlon
3. Compact powder Revlon
4. Facial cleanser (susu kambing Bellina & Garnier)
5. Toner baby johnson
6. Skinlight Revlon
7. Baby oil baby Johnson
8. Eye liner-black n Mascara Revlon
9. Facial cotton
10. Syampoo Rejoice & Serum Rambut

10 benda perlu/mesti bawa kemana-mana (update 130208)

1. Handphone nokia N80
2. Sikat purple color
3. Jam tangan Swatch
4. Lesen & Ic
5. Beg duit Liz Claiborn
6. Barang jahitan
7. Barang make-up
8. Ubat semasa
9. Charger
10. Hair clip

10 lagu fav (update 220208)

1. Macy's Day Parade - Greenday
2. Anthem - Blink 182
3. Boulevard Of Broken Dreams - Greenday
4. I Always Knew - The Queers
5. Pork & Beans - Weezer
6. Heart Song - Weezer
7. The Greatest Man That Ever Lived - Weezer
8. Starcross - Ash
9. Evil Eye - Ash
10. Time is Running out - Muse

10 soalan & pertanyaan yang sering bermain dalam kepala
(update 140208)

1. Kenapalah budak-budak kecil ni dibiarkan main tepi jalan tanpa pengawasan mak bapak, walaupun dalam kampung sendiri, kalaulah kena culik!!!
2. Bilalah aku nak ada teman tidur???
3. Bilalah aku nak ada banyak duit?
4. Tak ada ke orang nak bagi aku duit?
5. Bilalah aku nak ada perniagaan sendiri & tapi apa yang aku nak niaga?
6. Apa nak buat besok?
7. Nak pakai baju apa ni...?
8. Ok ke muka aku ni...?
9. Ok ke baju aku ni...?
10. Nak makan apa ni...???


(Suatu hari sewaktu aku berjalan di dalam lorong yang amat gelap, aku terlihat satu cahaya
kecil yang amat jauh... cahaya yang amat kutunggu-tunggu untuk keluar dari lorong gelap ini... aku berlari sekuat hatiku mencari dimana puncanya cahaya tersebut... dalam hati aku mengharapkan cahaya tersebut adalah pintu untuk aku keluar... semakin jauh aku lari, cahaya tersebut semakin malap dan lama kelamaan ianya hilang dari pandanganku... aku terduduk dan menangis sepuas hati... sewaktu air mataku berlinang, aku berdoa kepada Allah semoga dia dapat menemukan aku dengan cahaya yang membawa aku keluar dari lorong gelap ini...)

Sunday, August 24, 2008

Blurrrr...

Harini Sabtu, aku blur arini...

Assignment tak bwat lagi... nak interview businessman lagi...

Isnin ada shooting raye... aku tak plan apa-apa lagi...

Tempahan labuci ada 2 pasang, aku tak jahit lagi...

Banyak lagi bendaaaaa.........

Macam-macam aku nak buat n plan... tapi satupun blum terbuat... pikir nak bwt bisnes sndiri... kalau ada rezki... nak menampung sara hidup yang semakin tinggi... pendapatan sampingan... kalau orang yang bergaji tinggi tu mayb tak terasa... tapi itulah rezeki aku, sebahagiannya untuk menggembirakan mak bapak aku... alhamdullilahh... sekurang2nya banyak dah benda yang aku dapat selama aku bekerja...

Selamat menunaikan ibadah puasa yang bakal menjelma kpd seluruh umat islam!

Monday, August 11, 2008

Heart Songs...

Lama gak aku tak menulis... banyak benda sebenarnya aku nak tulis. Sampaikan aku sendiri tak tahu yang mana satu nak mulakan dulu...

Last Friday aku gi member aku nikah kat Dewan Perdana Felda ... bukan orang lain... cousin laki aku, namanya Arina atau Ina...

So sweet majlis yang sederhana tu berjalan lancar... Ina memang cantik dengan natural beautynya... mekap yg sederhana... arghhh... warna putih... memang menjadi idaman aku... (Bila lah agaknya...)

Jealous bila ada orang guna warna kesukaan aku... Hnss...

Wednesday, July 16, 2008

Lagi lagi minyak...

Hari tu aku ikut debat antara Anwar Ibrahim & Shabery. Aku rasa sangat puas hati dengan debat tu bila Shabery jelas nampak kebodohannya & sifat 'kipas lipas' terpancar. Kononnya nak tunjukkan yang krjn tak ada cara untuk mengurangkan harga minyak. Puas hati aku bila Anwar bertalu-talu kenakan dia dengan fakta yang kukuh, walaupun dia juga cuba kenakan Anwar, tapi aku nampak Anwar patahkan semua hujahnya macam makan 'kacang'.

Dalam kes ni aku memang mengaku sangat tersiksa dengan kenaikan harga minyak. Pernah satu haritu aku menagis-nangis depan daniel, sebab tak dapat menampung harga minyak. Tapi Daniel tenangkan aku, dia kata dia akan bantu sedaya upaya dia untuk meringankan beban aku. Aku memang gila babi membantah kenaikan harga minyak, walau apa alasan sekalipun. Kalau pa lala tak dapat turunkan harga minyak pada kadar kemampuan aku, jangan harap nak dapat sokongan aku lepas ni!

Wednesday, June 18, 2008

GET WELL SOON, FAFAU!


Kali ni aku nak kawan aku, Fauzi, cepat sembuh dari operasinya pada hari selasa 17.06.08... Aku dah jenguk Fafau dengan Ms. Sugus aND Mak Ayam yang vogue, Kak GEe, bawak macam-macam untuk dia... tapi dia takde suara n langsung takleh makan... sian. Sambil memegang notebook nyer, tak sudah-sudah dia menulis... seafood... seafoof... seafood! Wey, air gamat pun susah nak telan, ada hati nak makan seafood! Laki aku pun turut bersimpati ke atasnyerrrr... so untuk Fafau, rerajin makan ubat... semoga suara yang serak-serak kering tu, akan kedengaran juga nanti!

Friday, June 06, 2008

Jiwang sket..!

Menghadapi kehidupan yang panjang amat menakutkan. Aku rasa setiap orang yang merasai apa yang aku rasa tentunya faham apa yang aku maksudkan. Jika dihitung, umur telahpun mencecah 32 tahun, satu angka yang boleh dikatakan banyak. Dengan angka itu juga beberapa rakan-rakanku telahpun pergi menemui ilahi.

Adakalanya aku malas untuk memikirkannya, tetapi adakalanya aku terpaksa memikirkannya dan meluahkan segala yang terbuku di hati seperti ini. Setiap hari aku berhadapan dengan 'sunyi'. Hati kosong. Jiwa kosong. Pada waktu-waktu inilah segala ketakutan dan bayangan tentang hari depan seakan-akan bermain-main di layar minda.

Bayangkanlah satu ketika dulu sewaktu umur belasan tahun, aku melihat orang berumur 22 tahun amat tua. Bila umur mencecah 22 tahun aku bayangkan aku akan berkahwin pada umur 25 tahun. Bila tiba masa 25 tahun, aku berjanji yang akan mengakhiri segala-galanya sebelum 28 tahun. Bila umur 28 tahun, aku berazam untuk punya anak sebelum umur 30 tahun. Setelah 30 tahun aku memujuk diri dengan mengatakan 'baru 30 tahun'. Kini setelah 32 tahun aku masih kabur apa yang bakal berlaku sewaktu umur 35 tahun. Apa ya? Blank...

Aku tak mahu berkahwin pada umur 40 tahun. Malah, pada umur 38 juga aku tak mahu. Mana taknya... kahwin 2-3 tahun tiba-tiba menopause! Kesiannya aku!!! Lawak juga kadang-kadang jadinya. Sekarang inipun jika ditakdirkan aku akan berkahwin, aku seperti malu untuk menjemput kawan-kawan. Tentu ada yang berbisik "Eh, aku ingatkan dia dah kahwin... rupa-rupanya baru nak kahwin!" Adakalanya gurauan menjadikan aku begitu sensitif.

Bila teringatkan hari tua, aku tak mahu sakit dan dijaga oleh anak atau cucu-cucu saudara, malah menyusahkan keluarga dan ipar duai pun aku tak sanggup. Mungkin juga di rumah orang-orang tua. Sedihnya. Aku tak mahu begitu kesudahan hidup aku.

Aku begini kerana mempertahankan cinta. Aku sudah temui orang yang betul-betul membuatkan aku gembira, bahagia, orang yang sangat baik, penyabar dan sangat sayang terhadapku. Aku sudah cuba mengakhiri perhubungan ini dengan ikatan yang sah... menghalalkan segalanya. Tapi masih tidak berjaya. Hancur hati aku.

Bayangkanlah aku dengannya sepanjang hidup aku, tapi masih tak berdaya untuk bersatu. Sedihkan?

Andainya aku dan dia dapat bersatu, dah lama kami merancang untuk bina kehidupan, punyai anak. Semakin hari peluang itu semakin tipis. Aku takut tidak sempat menikmati semuanya itu. Seorang dari kami akan pergi dulu. Aku tak mahu dan tak sanggup itu berlaku. Tapi itu hakikat. Kan lebih baik kalau mati bersama. Aku tak mahu mati dulu kerana aku tahu dia akan merana. Aku pula tak sanggup kehilangan dia kerana dialah satu-satunya yang aku ada untuk mencurahkan kasih sayang, memujuk aku dikala aku kesedihan, menyuntik semangat sewaktu aku putus harap...

Demi ALLAH yang maha mengetahui, aku nyatakan disini aku amat bahagia dengannya. Aku tak pernah bohong. Sukar untuk orang percaya kerana nikmat itu ALLAH kurniakan terhadap aku.

Aku perlukan orang untuk membantu aku merealisasikan impian aku. Tolonglah aku... Tak pernahkah terdetik perasaan kasihan kamu semua terhadap aku. Fahamilah perasaan aku. Hormatilah pilihan aku. Aku masih berjalan di lorong yang sangat gelap. Bawalah aku keluar supaya hidup aku tidak terumbang ambing. Permudahkanlah urusan hidup aku... Temukanlah aku dengan ketenangan... kurniakanlah restu itu, wahai orang-orang menyayangiku!

Thursday, May 29, 2008

Teringin...

Baru-baru ni aku berborak dengan office mate aku, qak@wak. Kitorang cita pasal makanan... selalu jugak apa yang dia pernah makan, aku jugak pernah makan. Tapi ada jugak yang dia pernah cuba, aku tak pernah...

Tapi ada beberapa 2 makanan yang aku teringin gila nak makan dan ianya susah untuk didapati di merata-rata tempat... agaknya kalau tanya dalam 100 orang, yang tahu tentang makanan ini hanya 2/100 orang sahaja... mungkin!

1. Jambu Mawar










Jambu ni rasanya sangat sedap & sangat wangi! Jambu paling sedap pernah aku rasa. Dulu kecik-kecik, jiran aku ada tanam pokok ni... Lebat & rendang... Sebab terlalu suka dengan rasanya, aku pernah curik... hehehe... tapi tu dulu, masa kindergarten! Sekarang memang tak pernah jumpa. Kalau ada orang yang terbaca blog aku, ni tahu tentang buah ni... silalah contact aku... aku nak tanam pokok ni kat kampung!

2. Kerepek Durian
















Rasanya lemak-lemak, manis, masin... macam makan kerepek sukun (tapi bagi penggemar durian, lebih sedap dari segala kerepek)... sangat rangup. Tapi aku tak tahu dibuat dari bijik durian atau durian yang agak muda... sedap gilerrrr!!! Kat malaysia ni tak berapa dikomersialkan... aku makan menda alah ni product dari Thailand, kawan aku pergi sana and beli bagi aku rasa. Kalau sesiapa yang tahu kat mana leh dapat kerepek ni, roger lah aku...!

Tuesday, May 13, 2008

Cincin...

Semalam aku lalu depan jewellery shop... aku nampak cincin berlian, cantik!

Aku berhenti kejap untuk lihat harga. Ada yang mahal, ada yang aku rasa aku mampu beli.

Aku bagi tahu Daniel, aku nak beli, sebab teringin nak pakai...

Dia kata sabar... Dia akan belikan yang lagi cantik, lebih bermakna bila tiba waktunya nanti. Insya'Allah! Bukan dia tak mampu, tapi dia anggap cincin adalah satu hadiah yang sangat berharga untuk diberi kepada aku pada hari yang sangat istimewa...

Aku angguk & terus berlalu...

Dalam hati aku sentiasa berkata... 'bilalah agaknya!'

...Arkkk... cerita ke happa nih???

Pagi Ahad yang indah...

Pagi-pagi lagi aku sudah dikejutkan dengan suara Melina. Harapan untuk bermalas-malas di hari Ahad musnah kerana terpaksa menuruti ragam si kecil.

Sayup-sayup di luar, aku dapat mendengar bunyi orang sedang mengemas. Aku tahu, pembantu rumahku telah lama bangun untuk memulakan tugasannya. Sambil menarik kardigan hitam, sempat aku melirik kepada suamiku, Daniel yang masih berdengkur. Aku mendekatinya lalu kucium dahinya. Perasan akan kehadiranku, Daniel membuka mata sambil tersenyum. Dirangkulnya aku sebentar kemudian meneruskan dengkurannya. Sambil melepaskan rangkulannya, aku berkata dalam hati bahawa dia adalah suami yang baik. Setiap azan subuh berkumandang, dia akan menggerakkan ku untuk menunaikan solat. Jika tiada apa-apa perkara yang perlu dibereskan pagi itu, kami akan menyambung tidur...

Jam menunjukkan hampir pukul 7.00 pagi. Melina, anak kami yang berusia lapan bulan sudahpun tidur kembali setelah mendapat susu.

Seperti biasa aku akan menutup pendingin hawa, mematikan suis perangkap nyamuk, membuka tingkap bilik supaya udara segar memenuhi ruang dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Belumpun sempat aku mengeringkan tubuh dengan tuala, suara Melina kedengaran merengek lagi. Kemudian, aku terdengar suara Daniel mengagah-agah anak kecil itu berselang seli dengan suara pembantu rumah kami yang lebih mesra dipanggil Bibik.

"Wahhh... dah bangun?" Aku menutup pintu bilik air lalu melangkah ke arah mereka.
"Dia nak mandilah, Mama..." Daniel bersuara.
"Bik, kamu udah masak air buat mandi Mel?" Aku menyangkut tuala mandi di atas penyidai dan terus mendokong Melina yang ceria dari dalam dakapan Daniel.
"Udah... sebentar lagi masak!" Bibik menjawab seraya berlalu.

Aku sedikit menjerit memanggil Tipah, seorang lagi pembantu rumah kami yang ditugaskan khas untuk menjaga Melina.

"Tipah, ambil budak ni, tolong mandikan ya, saya mahu urusin abang..."

Tipah menyambut Melina dari tanganku. Kemudian aku menambah,
"Kau bilang sama Bibik, air mandian Mel jangan terlalu panas... ingat tuh!"
Tipah mengangguk dan membawa Melina ke dapur untuk dimandikan.

Aku meneruskan rutin membantu Daniel melakukan senaman ataupun fisio terhadapnya setiap pagi supaya sendi-sendi suamiku itu tidak keras.

Dengan perasaan kasih sayang yang sentiasa mekar dalam hatiku, aku membantunya dengan seikhlasnya. Walaupun tidak dapat berjalan lagi, Daniel tetap suamiku yang sangat bertanggungjawab.

Cintanya padaku sangat aku rasakan dan ianya tidak dapat aku luahkan dengan kata-kata, malah dengan apa cara sekalipun tidak mungkin dapat aku andaikan.

Selesai melakukan senaman, aku mendekatkan kerusi roda suamiku itu di tepi katil bagi memudahkan dia memindahkan dirinya. Aku mengurut-urut mesra kakinya setelah dia duduk di kerusi roda.

"Mol, saya sangat sayang pada awak..." Daniel memegang ubun-ubun kepalaku lantas membuatkan aku mendongak ke arahnya. Aku melepaskan urutan kakinya dan terus duduk di sebelahnya.
"Mol pun sayang sangat pada awak..."Balasku.
"Saya bersyukur sebab awak terlalu memahami. Tak mungkin ada orang yang boleh menggantikan tempat awak Mol, tak mungkin! Awak adalah anugerah terbesar dalam hidup saya!"
"Sayang, awaklah sumber kekuatan Mol... Mol tak dapat bayangkan kalau hidup tanpa awak. Selain mak dengan bapak, awaklah orang yang Mol sayang!"
"Samalah dengan saya, sayang... Kita saling memerlukan antara satu sama lain.."

Aku mengangguk. Dia menggenggam tanganku dan dirapatkan ke bibirnya. Dikucupnya jemariku berkali-kali.

"Sayang, boleh tak Mol guna telefon awak untuk telefon Mak Mol?"
"Ya ALLAH... Mol, kalau nak call mak atau bapak awak, tak payahlah minta izin. Pakai saja... mak bapak awak, mak bapak saya juga..."
"Thank You, sayang!" Aku melompat ke arah Daniel sambil mengucup pipinya.

Dia tersenyum mesra. Aku mengangkat ganggang telefon sambil mendail nombor telefon emakku. Sementara menunggu emak menyambut panggilanku, sempat juga aku menjeling ke arah Daniel. Aku melihat ada air jernih bergenang di matanya!

P/s: Jangan cakap aku jiwang tau... cerita ini hanya sekadar rekaan, tiada kaitan dengan yang hidup atau mati, jika terdapat sebarang persamaan nama hanyalah kebetulan sahaja... harap maklum!!! hehehe...

Wednesday, April 30, 2008

UJIAN TUHAN PADA HAMBANYA...

Siang & malam silih berganti. Walaupun jauh dilubuk hati aku masih ada harapan yang aku sandarkan, namun aku bagai redha. Bukan putus harap, namun sukar untuk aku menyatakannya. Aku gembira dengan kehidupan aku. Aku gembira dengan semua orang-orang yang aku sayang... ibu bapa, Kakak, Daniel, Ipar2, adik-adik, anak-anak saudara yang comel...

Disebalik kegembiraan itu, terselit cerita duka rakan-rakan yang sememangnya itulah ujian TUHAN pada setiap hambanya. ALLAH menurunkan ujian ke atas setiap orang yang disayanginya. Ujian ALLAH... tak tahu apa yang akan terjadi. Setiap insan menerima ujian dalam keadaan yang berbeza-beza.

Ada yang diberi kekayaan, ALLAH ingin melihat sejauh mana kita ingat akannya sewaktu kita senang... Diduga dengan kemiskinan, ingin dilihatnya sejauh mana kita berusaha & tidak cuba mendapatkan rezeki dengan cara yang salah... Ada yang diberi segala kemudahan urusan hidup, mungkin tuhan nak lihat sejauh mana kita ingat orang-orang yang mempunyai masalah... Tiada zuriat, Belum sampai jodoh, Anak cacat, Tiada pekerjaan, Penyakit, Putus tunang, kematian, Penderaan, Perceraian dll...

Seorang sahabatku (R.....H, bukan nama sebenar) ini amat tabah, suatu pagi dia mesej denganku yang dia telahpun bercerai dengan suaminya. Seorang lagi sahabat ku (D..A, bukan nama sebenar) tiba-tiba mendatangiku suatu hari dan mengatakan yang dia sudahpun berpisah dengan teman lelakinya yang 'kantoi' sedang menjamu selera dengan perempuan lain. Dalam keadaan deman & kesakitan, kawanku ini menggagahkan diri pergi ke restoran yang dimaksudkan seorang rakannya yang terserempak dengan teman lelakinya sedang minum dengan perempuan. Apa lagi, bila bukti di depan mata... terkedu tak terkata si lelaki. Peluang ke-3 yang diberi tidak diendahkan... akhirnya mereka berpisah.

Seorang lagi sahabatku (J.....N, bukan nama sebenar) sedang berusaha menyelamatkan rumah tangganya yang sedang berantakan. Suaminya ada perempuan lain. Kasih sayang suami padanya seperti sudah tidak ada lagi. Setelah melahirkan anak ke-3, dugaan tuhan datang melanda. Aku doakan semoga rumah tangganya dapat diselamatkan... mungkin sukar untuk suaminya berubah dalam waktu terdekat ini. Tapi aku berdoa agar tuhan meniupkan sedikit perasaan sayang suami padanya, agar perceraian tidak berlaku. Aku tak dapat mengawal air mata melihat betapa sengsaranya dia menerima hakikat suaminya tidak menyayanginya lagi. Pengsan, bangun, sakit... hidupnya kini dengan air mata. Anak sulungnya darjah satu, seperti tahu penderitaan keluarga... Walau apa pun keputusan kelak, aku doakan mereka bahagian dengan keputusan itu nanti...

Untuk aku, sentiasa mendoakan orang-orang yang aku sayang agar mendapat kesejahteraan hidup, dimurahkan rezeki, panjang umur, sihat tubuh badan serta lembut hati... Aminnn...

Friday, March 07, 2008

ASAM GARAM KEHIDUPAN...

CERITA 1: Lama tak dngr kabar brita kawan baik aku... even dia best friend aku, tapi tak slalu contact... sometimes kitorang bwat small gathering kat somewhere tmpt makan2... ada la bbrp ex-classmate yg rajin nak join..

2 minit aku duduk kat Day & Night Circle, kawan aku ni muncul dngn wajah berseri-seri. Nama best friend aku tu start dari huruf 'R' (tak sedap plak nak sebut full name dia!). Mula cerita dia kata kat aku "Kau nak aku nangis dulu ke, cerita dulu?" Aku tegelak sambil pegang tangan dia.

Dia tarik nafas, kemudian hembus sambil mengeluh kecil... BERCERAI? Terkejut jugak bila dia cerita yang dia tengah mengalami krisis dengan husband dia. Sekarang ni dia tengah separate selama 3 bulan, sebulan telahpun berlalu & bulan terakhir nanti akan jatuh pada hari anniversary dia. Dia suruh husband dia fikir masak-masak untuk berubah perangai. Kalau tak dia akan memfailkan cerai. Aku diam kerana tak sangka selama ini, begitu siksa hidupnya.

Dia tak tahan dengan suaminya yang tak pedulikan anak-anak. Berlagak seolah-olah belum ada tanggungjawab & kemana-mana mahu berdua sahaja, bukan dengan anak-anak. Kalau suka joli dengan kawan-kawan, si R kata tak apa lagi, tapi laki dia suruh dia cari boyfriend lain kalau dia nak. Nasib baiklah si R kata dia bukan type macam tu... tapi si R sabarrr jugak... banyak kali peluang dah diberi, tapi suaminya tetap tak berubah.

Satu pagi dia bangun & diberikan kekuatan oleh yang maha esa untuk membuktikan kat suaminya yang jika selama ini dia nampaknya macam terhegeh-hegeh kat suaminya, tapi sekarang ni laki dia yang terhegeh-hegeh kat dia. Dia berdikari... & dia tahu lakinya tak boleh hidup tanpa sokongan dia & tak ada orang lain boleh bersabar macam mana yang dia buat kat laki dia. 'Rasa' sayang kat suamipun makin lama makin pudar... akhirnya dia bertekad untuk mintak cerai. Alhamdullilah... Mak mertua menyebelahi dia. Agaknya dia faham perangai anaknya macam mana.

CERITA 2: R cerita kat aku sorang lagi kawan kitorang namanya 'Y'. Hidupnya lagi sengsara. Y yang kita kenal dulu seorang yang ceria & lincah. Tapi lepas kawin dia ikut husband dia duduk kat kuala pilah. Sekarang ni laki dia selalu pukul dia, kurung dia dalam rumah & tak bagi dia keluar jumpa jiran-jiran. Kesian... Y bukannya pandai bawak kereta. Duduk kat kampung, padahal dia budak pekan. Aku pernah makan2 dengan Y, tapi riak mukanya jauh lebih berusia dari umur sebenarnya...

CERITA 3: R cerita lagi kawan kitorang namanya A. A ni kata, wang lebih bererti baginya daripada kasih sayang. A sesalu tengking-tengking suaminya. Dia nakkan kesenangan. Kesian laki dia, yang juga kawan kitorang.

CERITA 4: Adik si R baru bersalin & nasibnya diduga dengan anak 'down sindrome'...

CERITA 5: Aku ada kawan satu sekolah namanya 'S'. Dia kawin & dapat bini comel namanya J. Bini baru lepas lahirkan anak ke dua, si S buat perangai. Dia main kayu 3. Siap balas-balas mesej yang berunsurkan lucah. J dapat tahu S curang, sambil nangis-nangis J kata dia sanggup dimadu. S memang dah gila bayang. Kesian J kena kerja siang malam untuk anak-anak. Memang S nak ceraikan J. Borang untuk ceraipun S dah ada... tunggu masa aje... Satu hari J bawak anak-anaknya ke Bandung, Indon & kat sana dia berdoa gila-gila agar suaminya berubah. Dia tahu S memang tak akan berubah. Balik dari Bandung, tiba-tiba S menangis, melutut & memohon maaf pada J. J rasa pelik. Apa yang dah berlaku pada S? S mengaku silap... & akhirnya dorang tak jadi cerai, rujuk semula & hidup happy!!!! Yang jadi sejarahnya, mereka berdua datang jumpa aku & Daniel, & mengaku depan kitorang, buatkan suasana tu jadi semakin romantissss sekali!!!

KESIMPULAN: Sebenarnya hidup ni memang banyak dugaan. Tak semestinya kita lihat pasangan tu bahagia, tapi tak ada masalah. Kita tak boleh kata mesti dapat orang macam ni... macam ni... baru boleh bahagia. Orang yang sempurna sifat, adakalanya tidak sempurna dari sudut lain pula... Kebahagiaan tu sesuatu yang abstrak... hidup adalah satu perjudian. Tak ada orang yang berhak menentukan kebahagiaan orang lain. Biarlah segala-galanya berjalan secara semulajadi... hanya doa yang menjadi penentu... Allah yang berhak menentukan.

Wednesday, March 05, 2008

Someone's Watching Over Me



Someone's Watching Over Me-Hilary Duff

Found myself today
Oh I found myself and ran away
Something pulled me back
The voice of reason I forgot I had
All I know is just you're not here to say
What you always used to say
But it's written in the sky tonight

So I won't give up
No I won't break down
Sooner than it seems life turns around
And I will be strong
Even if it all goes wrong
When I'm standing in the dark I'll still believe
Someone's watching over me

Seen that ray of light
And it's shining on my destiny
Shining all the time
And I wont be afraid
To follow everywhere it's taking me
All I know is yesterday is gone
And right now I belong
Took this moment to my dreams

So I won't give up
No I won't break down
Sooner than it seems life turns around
And I will be strong
Even if it all goes wrong
When I'm standing in the dark I'll still believe
Someone's watching over me

It doesn't matter what people say
And it doesn't matter how long it takes
Believe in yourself and you'll fly high
And it only matters how true you are
Be true to yourself and follow your heart

So I won't give up
No I won't break down
Sooner than it seems life turns around
And I will be strong
Even if it all goes wrong
When I'm standing in the dark I'll still believe
That I won't give up
No I won't break down
Sooner than it seems life turns around
And I will be strong
Even when it all goes wrong
When I'm standing in the dark I'll still believe
That someone's watching over
Someone's watching over
Someone's watching over me

Someone's watching over me

(Raise Your Voice)

Monday, February 18, 2008

ABOUT HIM... Erm...

It's all about him... ye ke? hihiihi

5 yang dia suka

1. Kura-kura
2. Arsenal
3. Punk Rock
4. Me... hehe
5. Cap

5 yang dia tak suka

1. Spurs
2. KJ
3. Whipped cream dalam ice blended
4. Pakai cincin/ gelang/ rantai
5. Orang yang suka merenung...

5 makanan kegemaran dia

1. Nasi (Lemak/ayam etc...)
2. Roasted chicken
3. Rojak Subang
4. Steak
5. Masak lemak

5 makanan dia tak suka

1. Mee
2. Sup
3. Tahu (rasanya tahu bakar dah ok, kot... hehehe???)
4. Tomato
5. Kalau makan apa2 tak berapa suka letak sos

5 tentang dia

1. Perfume: Moschino UOMO / Jazz YSL
2. T-shirt: Queers / Rancid / Arsenal Jersey / Quardfather
3. Suka botakkan kepala
4. Active blogging
5. Kumpul CD lagu yang digemari cth: Ramones

P/s: Semua di atas hanya apa yang aku tahu tentang dia... tak pasti betul ke tak 100%... hehehe

Wednesday, January 23, 2008

Apakah sebenarnya yang sedang aku alami?

"Tuhan... aku tidak layak untuk syurgamu... namun, aku juga takut dengan api nerakamu..."

Bila dengar kata-kata tersebut aku selalu jadi takut. Takut untuk menghadapi mati... takut juga untuk meneruskan hidup yang sentiasa tidak memberikan kepuasan kepada mereka-mereka atau sentiasa melihat kesalahan yang aku lakukan. Aku cuba hidup & berusaha hidup berlandaskan jalan yang betul, jalan yang aku pilih. Tapi ada insan yang mahukan aku hidup mengikut jalan mereka pilih. Mustahil aku dapat lakukan!

Aku hanya inginkan kebahagiaan mengikut jalan aku. Kemudian inginkan keluarga yang bahagia mengikut pilihan aku & juga mengikut segala suruhan Allah s.w.t, bertaubat & yang paling aku inginkan, ayah & ibu sentiasa berada disisiku. Salahkah apa yang aku inginkan? Kenapa aku mesti mengikut jalan yang orang lain mahukan. Aku tak pernah ganggu hidup orang lain... kenapa aku harus menjadi mangsa kehendak orang lain yang mempunyai hasad dengki dan benci.

Lebih kurang sebulan lalu, aku sedang hidapi satu kesakitan yang amat sangat. Aku tak dapat menceritakan betapa sakitnya sendi-sendiku bila sesuatu itu sedang menyerang. Aku sentiasa menangis... kadang-kadang aku terfikir, betapa bertuahnya daniel kerana kelumpuhan yang dialaminya jika dibandingkan dengan aku yang sentiasa dapat berjalan, tapi kesakitan itu sentiasa ada. Aku tak tahu bagaimana untuk menerangkan bagaimana sakit itu. Jika ianya sedang menyerang, aku akan demam, rasa sangat sejuk, kesakitan seluruh badan terutama di bahagian kaki, pergelangan tangan serta beberapa jari jemariku.

Untuk berjalan lama, aku sakit... untuk duduk, aku akan sakit... untuk tidur juga seluruh badan akan sakit...

Aku sangat takut jika kesakitan itu adalah sesuatu yang diluar jangkaanku. Aku takut menyusahkan orang lain suatu hari nanti. Aku tak mahu orang bersedih kerana aku. Walaupun aku dapat rasakan kesakitan itu akan menjadi teman hidupku sepanjang hayat.

Bila mengenangkan suatu hari nanti aku ingin menjadi isteri kepada orang yang aku cintai, aku tak mahu kemungkinan-kemungkinan itu berlaku. Aku mahu bahagia. Aku mahu mendekatkan diri dengan TUHAN.

Tapi bila mengenangkan dapatkah aku hidup dengannya, memandangkan ada orang yang sangat pentingkan egonya dalam memberi restu, aku jadi amat lemah. Sehinggakan aku tak mahu fikir tentang hidup. Biarlah aku tak dipunyai oleh sesiapapun daripada menuruti sesuatu yang aku tak rela... dengan doa, jika sakitku ini memang sudah ditakdirkan, aku redha & ambillah aku tuhan, jika memang ditakdirkan aku akan hidup sendiri nanti... hanya kau yang maha mengetahui isi hatiku, ikhlas aku panjatkan doa... aku tak rela hidup sendiri... aku tak sanggup terus menanti untuk sebuah perkahwinan yang aku sendiri tak tahu bilakah aku akan menikmatinya...

Nota: Demi Allah aku tak pernah menyalahkan ibu bapa aku... tapi orang yang aku maksudkan adalah orang yang berada disekeliling makbapak aku yang sentiasa mengapi-apikan bapak & mak aku serta menfitnah aku & Daniel secara melebih-lebih tentang sesuatu perkara yang terlalu remeh sehingga perkara itu nampak seperti besar. Tujuan mereka supaya mak bapak aku lebih bencikan Daniel & percaya dengan kata-kata fitnah mereka (baling batu sembunyi tangan). Ketahuilah orang macam ni hanya ALLAH sahaja yang layak untuk menghukumnya...