Thursday, December 07, 2006

Episod cinta bermula...


Aku mengenali Ahmad Daniel Shah sewaktu di tingkatan empat dan bersekolah di Sekolah Menengah Subang Jaya. Kami dilahirkan pada tahun yang sama, bulan yang sama dan beza tarikh lahir hanyalah 8 hari, mencukupi syarat dia lebih tua dari aku.

Selesai menduduki SPM, lagi beberapa hari keputusan SPM diumumkan Daniel terlibat dalam kemalangan Jalan raya yang meragut nyawa sahabat karibnya, Iqbal. Bermulalah episod cintaku terhadap insan berkerusi Roda. Walau mengenalinya sudah lama tapi cinta hanya bercambah setelah empat tahun peristiwa hitam itu berlalu.

Entah kekuatan dari mana yang aku dapat untuk menyahut sayang dari insan sepertinya. Mungkin sudah ditakdirkan jalan hidupku tidak semudah orang lain. Mungkin kebahagiaan yang aku perolehi adalah dari jalan yang berliku ini. Aku tahu Allah menciptakan setiap makhluk di bumi ini dengan adil. Mungkin kelemahan kami di mata orang lain adalah kekuatan yang kami dapat. Tak semua orang sanggup menghadapi situasi ini. Aku, adalah insan yang terpilih & aku sanggup menghadapinya.

Sememangnya sayang aku terhadapnya bukan hanya dasar kasihan semata-mata tetapi jauh dilubuk hatiku sukar untuk aku perjelaskan kepada orang lain. Perasaan ini terlalu halus, terlalu sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. Dalam perasaan itu ada kegembiraan, keceriaan, kepuasan, keinsafan, saling bantu membantu, saling menjaga antara satu dengan lain, sedih, kesukaran, ketakwaan, hiburan, sabar, tabah & banyak lagi yang membina perhubungan kami berdua... pendek kata kami berkongsi suka duka bersama.

Aku tak akan menyalahkan orang lain kerana tidak faham dengan cinta kami kerana mereka tidak pernah (mungkin tidak akan) melalui percintaan seperti ini. Hanya yang melaluinya sahaja dapat merasa kemanisannya. Aku rasa tak ada bezanya hubungan kami, sekadar bercinta dengan orang berkerusi roda. Akalnya sama sahaja. Kesukaran fizikal sudahpun dibalas tuhan dengan perkara lain yang orang lain tak akan perolehi... mungkin ketenangan jiwa...?

Salahkah aku menyayangi orang seperti ini? Kenapa masih ramai orang cuba sedaya upaya mendengar jawapan 'tidak' dari aku... apa masalahnya? Telahpun aku katakan aku sanggup berkongsi segala suka duka bersama, itulah perjalanan hidup yang aku pilih. Doakanlah aku bahagia dengan pilihan hatiku. Aku cuma mengharapkan dipermudahkan segala urusan bersamanya & dimurahkan rezeki.

Aku ingin memberitahu semua orang bila bersamanya aku rasakan satu ketenangan... jauh dilubuk hati aku ingin menjadi seorang isteri kepada Ahmad Daniel Shah. Umurku yang menjangkau 30-an ini barulah aku mengerti erti sunyi yang mungkin dihadapi juga oleh orang yang masih belum berumah tangga sepertiku. Ingin sekali aku melafazkan 'Dialah suami yang amat kucintai'... ingin sekali aku berkeluarga. Tak pernah aku sampaikan keinginanku kepada orang lain... Mungkin yang sesuai untukku hanya air mata.

Pelbagai kata cerca yang aku dapat selama berkawan dengannya. Ada panggilan 'tempang' yang dilontarkan terhadapnya... ada yang membanding-bandingkan pilihanku dengan orang lain... ada yang menganggap pilihanku tidak betul, ada yang bimbang jika aku tidak dikurniakan zuriat... ada yang bimbang jika Daniel terlalu sensitif... ada juga yang malu dengan pilihanku... & antara yang sedih biarlah aku simpan kata-kata mereka semua dalam hatiku. Untuk menceritakan semuanya rasa tak sanggup...

Sehinggakan segala angan-angan indahku untuk melangsungkan hari bersejarah telah lama kututup. Aku terpaksa melupakan majlis indah dengan baju pengantin yang cantik... kerana bagiku kini, jika mendapat restu ayah & bondaku juga sudah cukup untuk aku gembira seumur hidupku... bilalah agaknya, kan!

Saturday, November 25, 2006

Berbuka puasa

Ahad 15 Oct- Aku & Danny beserta sepupu Danny berbuka puasa di Sri Hartamas.

Thursday, August 24, 2006

Cerita tentang kahwin...

Aku hidup dengan bermacam-macam masalah. Salah satu masalah yang melanda hidup aku ialah masalah untuk kahwin. Aku faham perasaan ibu bapa aku bila diorang tak dpt terima pilihan aku ... aku tak salahkan diorang sbb pilihan aku lain sikit dari orang lain. Menjadi trend orang2 sekarang bila pilihan seseorang tu lain dari kebiasaan, akan banyaklah kata-kata atau cerita yang tak manis didengar. Sebabnya benda tu lain dari korang.

Cerita tentang Dato. K ngan Siti Nurhaliza... meluat aku dengar orang komen tentang dia. Hinggakan tak ada satupun yang sokong dia. Kesian tak? Memanglah kalau nak dikira semua orang aspect dia akan kawin dengan orang sebaya atau tua sket... tapi tak sampai 20 tahu... tapi mcm aku kata tadi... orang mesti mengata kalau kita buat satu kelainan. Pada aku tak ada salahnya Ct pilih Dato K. Kenapa sibuk2 nak mengata hal orang? Sebab dia tu public figure, sebab tu kena diberi perhatian??? Tak betul langsung. Kenapa kita nak sakit-sakitkan hati memikirkan hal orang lain? Kalaupun Dato' K tu ada masalah dengan wife dia... biarlah diorang sendiri yg menyelesaikannya! Kalau dia nak bercerai berai besok... biarlah dia sendiri yang mnanggungnya... kenapa kita pulak nak sibuk2 meramalkan hidup dia?

Sampaikan orang yang tak minat dia pun mengata. Korang dah tak minat, tak payahlah amik tahu pasal dia. Ini tak, dia pulak yang kononnya paling kesal kenapa CT pilih Dato K... tak faham betullah aku!!! Agaknya diorang memang suka mengata. Hobi kot. Boleh tak jangan sibuk2 pasal hal orang... rumah tangga kita pun belum tahu lagi ceritanya.

Lagi satu bab member aku sorang ni dikatakan dah kawin. Kalau yepun... biarlah, daripada dia menanggung dosa bersekududukan. Dia merahsiakannya drpd org pun sebab takut respon tak baik dari kawan2 dia. Iyelah... yang dikahwininya pun duda (tak taulah dah duda ke belum). Tentunya kengkawan tak suka. Pada aku tak ada salahnya langsung. Kalau itulah jalan yg dia pilih... Wahai kawan2 HORMATILAH KEPUTUSAN ORANG LAIN... berilah kebebasan utk memilih. Aku faham perasaan orang tu... sbb akupun antara orang yang membuat kelainan dalah pilihan hidup! Kalau apa2 terjadi, bukankah itu sudah disuratkan... Janganlah kita bawa mulut sana sini mengata hal orang lain. Tak ada kerja ke?

Thursday, August 17, 2006


In 1992...

I had a bike. Was going out with Sharmini Sharon Stickney. Haha. I know you guys have always been sniggering behind my back. Joe keluar dgn keling. But she was a nice person. Was seduced by OP. Wow, big mess there. I still had my hair… wasn't pretty though.

Iskandar…athletic, music is his passion. Listening, not playing. Loner at cikgu yahyas tuition. cinta maut with rose. Love of his life then. Too mushy2 Is. Wek. Made all of us sick.
Tak habis2. Same as…

Hazri… PBSM, slim, ran away from home every few months, friends with the prefects…
all around nice guy. Ups and downs with melati.. yeah, we remember man. But you persisted thru it all. Salute.

Jef… tall dark handsome. Mysterious eyes. Jambul. Hockey player. The man with his own crib…and lots of cash! You will always deny this jef, but you had a lot of money then. We know. You know. Kedekut tahi hidung masin.
The mere mention of your dad would make us sweat. Kudos to letchmie for cleaning up all our crap after an allniter. Flings with Azreen. Lina… haha.. remember sneaking round the back of her house at 3am? Balik kena tahan polis. Good times.

Syam… PBSM, smiling all the time, eyelashes missing since birth. Eyes reduced to a straight line when stoned. Ladies man. Perfect gentlemen. Would kill for a friend. The man with the car keys. Mr Franks car keys. Sneaking out the car at 3am. Coming back at 8am with your dad standing at the gate, all dressed up, waiting for the car to go to work. Cool guy… salute.

Arip… heavy smoker (kretek), heavy gamer. Best gamer among us all (helped by the fact that he stayed 50ft from the nearest arcade).Was not interested in girls. Strong n silent type. Had ties with the Chinese gangsters in SS15. Music in his blood (nephew of hetty goes endang..).

Daniel… attitude, punk, anti establishment, tall lanky. Had ties with tmn tun and pj guys. Could always be found at 7-11 after school, smoking, wearing his big GQ school pants. Always fighting with yuhee.

You remember all this guys? Feels like just yesterday, but was actually 15years ago. The girls came and went but our friendship is still here. Would love to hear your comments when you have the time. Im sure theres a lot of things to be rebuked. No offense k.

Ahlan wasalan
joe

Wednesday, August 02, 2006

Dealova












aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu...

aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu....

karena langkah merapuh tanpa dirimu...

ooohh..karena hati tlah letih....


aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh...

aku ingin kau tau bahwaku selalu memujamu....

tanpamu sepinya waktu merantai hati...
oh bayangmu seakan akan....


reff
kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu..ooohh
kau seperti udara yang kuhela kau selalu ada....

**

hanya dirimu yang bisa membuatku tenang...

tanpa dirimu aku merasa hilang..........

dan sepi......

back to reff

Friday, April 21, 2006

My album






Ini adalah gambar-gambar peribadi yang aku suka... tak kisah samada cantik atau tak, asalkan aku rasa ok...

Wednesday, February 15, 2006

Mamaku sayang...


Mama... nama sebenarnya Peah. Bila dia dapat anak, aku panggil mama, bila anak dia dah besar dan dapat anak, aku gelar mama nenek. Bila keturunannya bertambah, aku panggil mama oyang... begitulah mama.
Dulu aku ada jiran sebelah rumah yang agak bengang dengan kucing. Mungkin sebab dia terpaksa menghidu bau busuk tahi kucing yang sentiasa memenuhi aroma halaman rumahnya. Belum lagi kucing yang masuk rumah dia & kencing... manalah orang tu tak bengang. Ada satu haritu dia nak buang 'mama' sebab 'mama' berak atas tilam dia yang kebetulan belubang kat tengah... si mama berak betul2 kat lubang tu...
Masatu aku melenting gila! Aku marah2 jiran akutu (tapi bukanlah bergaduh!).. tapi bila sekarangni aku fikir, kesiankat jiran aku tu... tak pasal2 kena basuk berak kencing kucing aku...
Tapi yang pasti aku betul2 mempertahankan mama.
Mama hidup dengan aku lebih kurang usianya 15 tahun... memang dia kucing tua yang comel. Walaupun umurnya tua, tapi wajahnya memang comel... dia masih boleh berlari2 cergas & main gigit2 bila kita geletek dia... cuma selepas dia dimandulkan, dia agak garang. Memang dia sihat, cuma badannya agak kurus sejak akhir2 ini.
Suatu hari aku terjumpa najis mama yang mengandungi darah. Ianya berterusan lebih kurang dua minggu. Aku betul2 risau. Makannya agak sedikit. Aku tak putus asa lalu aku belikan mama makanan dalam tin yang kecik, khas untuk mama. Mama makan, tapi hanya menghirup airnya sahaja.
Suatu pagi aku bangun dan mama berak merata-rata. Di tempat sembahyang ada dua tompok, di bilik air... di alas kaki... walaupun aku geram, tapi aku tak pernah memukul mama. Aku dokong dia dan berkata kenapa mama buat kakak macamni??? mama tak kesiankan kakak ke??? Aku peluk mama, tulangnya agak timbul... aku merasakan kelainan walaupun dia berlagak biasa.
Selesai membersihkan tempat tersebut aku pulang ke Kuala selangor kerana cuti raya cina...
Bila aku balik.. sehingga hari ini mama tak muncul-muncul. Aku masih terbayang-bayang kelibat mama di tingkap dapur. menunggu aku membuka pintu... aku masih sayangkan mama dan tetap berharap yang mama akan muncul juga! Jika mama sudah tiada di dunia ini, aku pasrah, tapi aku amat sedih dengan pemergiannya, mungkin dia tidak mahu menyusahkan aku.