Wednesday, April 30, 2008

UJIAN TUHAN PADA HAMBANYA...

Siang & malam silih berganti. Walaupun jauh dilubuk hati aku masih ada harapan yang aku sandarkan, namun aku bagai redha. Bukan putus harap, namun sukar untuk aku menyatakannya. Aku gembira dengan kehidupan aku. Aku gembira dengan semua orang-orang yang aku sayang... ibu bapa, Kakak, Daniel, Ipar2, adik-adik, anak-anak saudara yang comel...

Disebalik kegembiraan itu, terselit cerita duka rakan-rakan yang sememangnya itulah ujian TUHAN pada setiap hambanya. ALLAH menurunkan ujian ke atas setiap orang yang disayanginya. Ujian ALLAH... tak tahu apa yang akan terjadi. Setiap insan menerima ujian dalam keadaan yang berbeza-beza.

Ada yang diberi kekayaan, ALLAH ingin melihat sejauh mana kita ingat akannya sewaktu kita senang... Diduga dengan kemiskinan, ingin dilihatnya sejauh mana kita berusaha & tidak cuba mendapatkan rezeki dengan cara yang salah... Ada yang diberi segala kemudahan urusan hidup, mungkin tuhan nak lihat sejauh mana kita ingat orang-orang yang mempunyai masalah... Tiada zuriat, Belum sampai jodoh, Anak cacat, Tiada pekerjaan, Penyakit, Putus tunang, kematian, Penderaan, Perceraian dll...

Seorang sahabatku (R.....H, bukan nama sebenar) ini amat tabah, suatu pagi dia mesej denganku yang dia telahpun bercerai dengan suaminya. Seorang lagi sahabat ku (D..A, bukan nama sebenar) tiba-tiba mendatangiku suatu hari dan mengatakan yang dia sudahpun berpisah dengan teman lelakinya yang 'kantoi' sedang menjamu selera dengan perempuan lain. Dalam keadaan deman & kesakitan, kawanku ini menggagahkan diri pergi ke restoran yang dimaksudkan seorang rakannya yang terserempak dengan teman lelakinya sedang minum dengan perempuan. Apa lagi, bila bukti di depan mata... terkedu tak terkata si lelaki. Peluang ke-3 yang diberi tidak diendahkan... akhirnya mereka berpisah.

Seorang lagi sahabatku (J.....N, bukan nama sebenar) sedang berusaha menyelamatkan rumah tangganya yang sedang berantakan. Suaminya ada perempuan lain. Kasih sayang suami padanya seperti sudah tidak ada lagi. Setelah melahirkan anak ke-3, dugaan tuhan datang melanda. Aku doakan semoga rumah tangganya dapat diselamatkan... mungkin sukar untuk suaminya berubah dalam waktu terdekat ini. Tapi aku berdoa agar tuhan meniupkan sedikit perasaan sayang suami padanya, agar perceraian tidak berlaku. Aku tak dapat mengawal air mata melihat betapa sengsaranya dia menerima hakikat suaminya tidak menyayanginya lagi. Pengsan, bangun, sakit... hidupnya kini dengan air mata. Anak sulungnya darjah satu, seperti tahu penderitaan keluarga... Walau apa pun keputusan kelak, aku doakan mereka bahagian dengan keputusan itu nanti...

Untuk aku, sentiasa mendoakan orang-orang yang aku sayang agar mendapat kesejahteraan hidup, dimurahkan rezeki, panjang umur, sihat tubuh badan serta lembut hati... Aminnn...

2 comments:

mesin.taip said...

Seorang lagi sahabat ku (D..A, bukan nama sebenar) tiba-tiba mendatangiku suatu hari dan mengatakan yang dia sudahpun berpisah dengan teman lelakinya yang 'kantoi' sedang menjamu selera dengan perempuan lain.

...macam sy tau jer saper orgnya...

molldanny said...

...Plandok dwa srupa kot....

heheh

Apa lagi ditunggu, D...A yang dimaksudkan tu dahpun single...
Dia ada blog nama gula-gula pelbagai perisa yang bila kita kunyah, melekat-lekat kat gigi!!!!

Fafau... Thanks for dropping by...