Wednesday, August 01, 2007

Further study...

Dah lama aku plan nak sambung blaja... tapi dari hari kesehari aku cuma anggap itu angan-angan kosong aku... sampailah satu hari member ofis aku bukak mulut nak sambung blaja, diikuti dengan beberapa orang yang lain... berkobar-kobar semangat aku sbb aku dapat belajar dengan budak2 ofis aku mcm Gee, Lya, Ozie n Eri. Bila dapat tahu application form da start dijual, akupun beli n isi... at last yg confirm nak, cuma aku n gee. Tak kisahlah, asalkn ada member, cuma frust sbb yg lain tak jadi... tak ready katanya!

Aku pun hantar application form tu... tak rasa pulak akan dapat sbb aku mcm main2 jer isi... aku pilih sambung Master dalam bidang Visual Communication n New Media... satu hari UiTM hantar borang untuk interview... aku punya kecut perut sbb semuanya berjalan dalam bahasa inggeris... apalah yang aku nak goreng nanti akupun tak tahu.... aku start kumpul port folio aku time belaja n waktu kerja... bila sampai kat depan tempat interview, aku orang nombor 5 untuk diinterview... aku tengok semua yang datang bawak lap top n work2 yang dasyat2!!! Aku rasa peluang aku 50-50 jer kalau nak dibandingkan dengan dorang tu.... sorang pun aku tak kenal... cuma waktu kat foyer aku jumpa ex-classmate aku waktu degree dulu yang dahpun jadi lecturer iaitu Camboi n Tini. Panel yang menginterview aku ada 3 orang...

Satu hari gee tepon aku, katanya dia dah dapat borang tawaran... aku? blom tahu sbb aku blom balik umah. Mungkin postman baru anta kot. Hati tak sedap nih! Tengah hari aku balik umah n tengok kat letter box aku ada sampul coklat besar... aku dah agak dah kandungannya... Alhamdulilah aku diterima... Yurannya? RM1368 (kot? lebih kurang banyak itu ler...)

Sekarang ni dah masuk sebulan aku belajar kat Uitm. Semua yang mengajar aku sudahpun bertaraf Doktor n Professor... dan kelas diselenggarakan 100% dalam bahasa inggeris... bagus gak... sekurang-kurangnya aku bleh improve english aku... ada jugak budak dari bangladesh... dalam kelas aku ada budak dari MMU, UKM dam macam-macam tempat dari pelbagai background pendidikan. Ada yang dari school of arcithecture, multimedia, IT, Interior design n macam2 lagi... aku dah pun kenal budak-budak dalam kelas aku tu... cuma kadang2 terlupa nama... majoritinya sudah bekerja... Kitorang tak ada exam, cuma kena sediakan thesis n some presentation... aku amik 3 subjek iaitu BEL 600 (English writing), Research methodology, n design contemporary... Markah lulus perlu dapat 3 pointer ke atas atau markah paling teruk adalah B+. Senang cerita kena dapat A dalam semua subjek!

Harap2 aku dapat habiskan program master aku dengan jayanya.................... insya'ALLAH!!!!

No comments: