Saturday, August 20, 2011

Terima Kasih...

Salam semua... terima kasih kepada semua yang selama ini mendoakan kesejahteraan saya. Alhamdulillah saya beransur-ansur sihat namun masih lagi mendapat rawatan doktor. Saya juga telah selesai menjalani radioterapi dan kini mengambil chemo drug (sutent) serta ubat-ubatan lain.

Saya telahpun kembali bertugas & juga memandu ke tempat kerja. Berkat doa dari semua, tak terbalas dengan kata-kata. Hanya kesejahteraan untuk semua di setiap doa yang saya panjatkan kepada ILAHI agar kalian dimurahkan rezeki, diberikan segala kebaikan di langit & di bumi.

Terima kasih untuk semua yang berkesempatan melawat sewaktu saya di hospital, di rumah juga di tempat kerja :) Terima kasih kepada semua penderma. Terima kasih kepada penderma air RX water, stokin (sewaktu saya sakit kaki), yang masakkan laksa Johor, yang masakkan ikan patin sungai pahang, yang belikan personel things, yang tempah baju tak mahu duit, yang bawakkan durian belanda, yang belikan suppliment, yang jadi 'driver', yang sentiasa jadi 'body guard', yang bawak buah, yang beri Al-Quran, buku-buku berunsur agama, air zam zam, air zikir, tuala, biskut & kek, bunga yang cantik, yang masakkan ayam panggang, yang masakkan setiap hari.... dan semuaaaaa yang tidak tertulis di sini...

Terima kasih kepada keluarga yang banyak memberikan sokongan moral, terutama kepada suami tersayang, keluarga mertua, semua adik beradik (Kak Lin, Kak Sue, Didi, Cuky, Ook & abang-abang), mak & bapak dan ipar-ipar. Tanpa kalian mungkin saya tidak sekuat ini.

Doakan saya sembuh sepenuhnya...

Thursday, October 21, 2010

Ehemmm...


Hey hai!

Lama tak menulis utk blog. Cerita dulu, cerita sedih itu sudah pun berlalu. Cahaya yang selama ini dicari, sudah ditemui. Matahari yang selama ini dilitupi awan mendung kini memancarkan cahayanya tanpa sempadan…

Ehem, aku telah pun sah menjadi isteri orang pada 4 Mac 2010. Majlis perkahwinan pun telah pun Selamat diraikan pada 7 & 13 Mac 2010. Alhamdulilah semuanya berjalan seperti yang aku ingini. Malah, apa yang kini aku lalui, aku sendiripun tak menyangka. Aku tahu Allah itu maha adil. Berkat sabar, hari ini aku dapat semuanya. Suami yang amat-amat memahami, ayah & ibu yang sangat-sangat aku kasihi, adik beradik yang aku sayangi, anak-anak buah penghibur lara, ibu & bapa mertua serta ipar duai yang best! Masih kurang satu... *wink*

Pengalaman
Huh, nasib baiklah majlis perkahwinan tu sudah pun berlalu. Tak sanggup untuk mengulanginya lagi. Penat serba serbi! Susah, senang, air mata, kena tipu... semuanya bebanan yang perlu aku tanggung bersama bakal suami waktu tu. Tak ada orang lain memahami. Hanya kita berdua saja yang mampu menyelesaikannya. Duit jangan cakaplah. Macam air. Namun permintaan ayahanda untuk menyediakan sebuah bilik di kampung (Kuala Selangor) memang sangat rasional. Kini kami boleh hidup dengan selesa dalam bilik tersebut! Bilik kat rumah (Ara Damansara) juga selesa walaupun tak sebesar di kampung.

Persiapan kahwin
Baju untuk majlis kahwin aku di kampung aku tempah dengan seorang cina. Aku memang puas hati. Cuttingnya cantik, materialnya selesa, tak berserabut dengan design, harganya juga amat berpatutan. Kemudian aku tempah untuk jahit labuci & manik dengan seorang kawan.

Baju untuk sebelak pihak lelaki, aku sewa saja dengan seorang kenalan. Waktu semakin suntuk untuk aku dapatkan baju yang betul-betul aku impikan. Semuanya diambil kira. Bajet, saiz, warna, fesyen, semuanya menjadi asas untuk pemilihan baju kahwin. Masuk sebuah kedai, memang class, fesyennya memang cantik dan warnanya juga aku berkenan. Namun harganya di luar kemampuan aku waktu tu. Terpaksa cari kedai lain. Kali ini warna & harganya memang berpatutan, namun saiz tiada pula! Satu lagi kedai, semuanya ada, harga, warna, saiz... tapi, fesyennya beropol-ropol. Macam langsir. Huhu. Berpuluh-puluh kedai aku masuk. Akhir sekali aku hubungi seorang teman. Memang rezeki aku. Saiz, warna & harga semua ada. Alhamdulillah. Orang kata ‘harga kawan-kawan’. Terima kasih & credit untuk Kak Ana atau Zanna Bridal!

Cukup buat kali ini... aku nak cerita pengalaman bergelar isteri pulak lepas ni... tungguuuuu...

Monday, July 27, 2009

Jangan biarkan damai ini pergi...

ALLAHUMMA ANTASSALAM
WAMINKASSALAM
WA ILAIKA YA’UDUSSALAM
FAHAYYINA ROBBANA BISSALAM
WA ADKHILNALJANNATA DAROSSALAM
TABAAROKTA ROBBANA WATA’ALAITA
YADZAL JALALI WAL IKROM.

Artinya:
Ya Allah, Engkau adalah kedamaian/keselamatan dan Dari-Mulah kedamaian/keselamatan danKepada-Mu lah kembalinya Kedamaian/keselamatan maka hidupkanlah kami Ya Allah dengankedamaian/keselamatan dan masukkanlah kami ke dalam surga tempat yang damai. Maha Suci Engkaudan Maha Tinggi Wahai Tuhan Kami Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.

Sunday, May 10, 2009

Moon...

Well well well... aku ditag lagi oleh Moon... dia tahu aku mmg suka jawab tag... tp lately aku jarang bukak blog n FB aku... tapi, untuk tidak mengecilkan hati Moon, walau lewat, aku ttp akn jawab.

Pada aku menjawab tag ni adalah menyeronokkan. Mayb ada yg berpandangan negative. Alaa.. benda ni fun... nak tunjuk kita sporting.. jngn rasa terbeban.. member yg tag kita tu berbesar hati n ingat kat kita... apa, tak seronok ke? kesian kat diaaaa... maklumlah kita ni bukan orang penting... agaknya kalau PM atau penyanyi yg tag, sure heboh sume owg tahu yg kita kena tag... (hehehe... sebenarnya nak bagi tau org2 yg aku tag tapi 'tak sudi' nak jawab :( sedey... isk..isk

Tak jadi isu lah... memain jerr

1.
Nama timangan family:
errr... dalam family?
mak bapak panggil aku - adik
adik beradik - kak molee atau molee
orang terdekat - wea
anak buah - mama, aunty molee n cik molee

2. Anda seorang yang...:
Sangat peramah... mudah menangis bila marah atau tersentuh hati... kadang2 cakap main lepas, tak sedar orang terasa, maaf ya... mood akan hilang bila orang yg cakap dengan kita emosional... kalau migrain orang nampak aku sombong sket, tapi bukan sombong, cuma tahan sakit, malas nak toleh kanan kiri...

3. Insan istimewa dan kenapa dia teramat istimewa:
Hmmm...
~ mak bapak: orang yg membuatkan kita berada kat dunia ni
~ adik beradik: saudara aku
~ daniel: orang yg aku nak share hidup

4. Lagu kesukaan sekarang:
Sama jugak macam Moon, lepas balik ESQ mmg suka sangat lagu2 berunsur ketuhanan & nabi... lagu lain dengar jugak, tapi macam tak puas, bila dengar lagu berunsur ketuhanan ni membuatkan hati jadi tenang... kat Alaf 21 sekarang ni, turun bawah lagu asmaulhusna, naik atas lagu demi matahari, pergi kanan dengar selawat nabi, pergi kiri lagu nasyid, tetiba ada phone bunyi lagu raihan, lucu jugak kengkadang, tapi seronok sangat-sangat!


5. Warna kegemaran:
Putih & Pink


6. Benda paling wajib dalam handbag:
~ henfon
~ purse
~ duit
~ kunci kete
~ kad ...
~ barang mekap (lain beg.. hehe)

7. Kali terakhir nangis:
Tak ingat... lepas ESQ mmg banyak menangis... banyak yang tersentuh... kadang2 jadi semakin sensitive... dugaan datang & pergi...

8. Tag rakan anda:
Takut nak tag orang laa... Takut orang marah and membuatkan orang tidak selesa.

Tapi kalau diberi pilihan, Miss Dilla Jabar Al-Ameer lah... siapa lagi! Amik kau... kehkeh..

Friday, April 10, 2009

kete

Aku bengang. aku bosan. aku patah kaki.

kete aku kat bengkel tak siap lagi.

dah 2 minggu.

warghhhhh...

Thursday, April 09, 2009

Adakalanya kita...

Adakalanya kita happy sangat. Adakalanya kita sedih sangat.

Adakalanya kita gelak bagai nak rak. Adakalanya kita menangis teresak-esak.

Adakalanya bila kita sedih, kita menangis tersedu-sedu. Adakalanya bila kita sedih, kita hanya mampu berdiam diri.

Adakalanya kita rasa sangat dihargai. Adakalanya kita rasa sangat down.

Adakalanya kita rasa ramai orang suka berkawan dengan kita. Adakalanya kita rasa semua orang tak pedulikan kita.

Adakalanya kita rasa dialah kawan baik kita. Adakalanya kita rasa dia anggap kita biasa saja.

Adakalanya kita tak kisah nak keluarkan duit. Adakalanya kita sangat berhati-hati untuk mengeluarkan duit.

Adakalanya kita rasa dermawan sangat. Adakalanya kita rasa kita kedekut sangat.

Adakalanya kita suka kat semua orang. Adakalanya kita marah kat siapa pun kita tak tahu.

Adakalanya kita bertindak mengikut perangai kita sebenarnya. Adakaanya kita terpaksa berpura-pura.

Adakalanya kita besyukur atas nikmat yang diberi. Adakalanya kita merungut tentang sesuatu yang kita tidak perolehi.


Agaknya itulah perangai & sifat manusia yang tak pernah puas. Macam diri aku jugak. tak tahulah.

Thursday, March 26, 2009

Putih warna kegemaranku...

Putih warna kegemaranku...

Tapi putih yang satu nih bukan aku tak gemar...

Tapi, kena terima hakikat, kot...

Sedang aku membelek-belek rambut aku pada satu pagi, ada biasan cahaya mengenai sebahagian rambut aku...

Apa tuh...? Satu... dua... tiga... tiga belas...

Waaaaaaaaaaaaaaaaaa.... aku ada uban!!!!!!!!!!

Tuesday, March 17, 2009

Aku ditag oleh Moon

Huhu… aku ditag oleh Moon… honestly, aku memang suka di ‘tag’ nih… Tapi cam biasa, aku akan fikir setahun apa aku nak letak… Readyyy…

5 Yang Paling Spesel - Orang Yg Masih Bernyawa:

1. Mak Bapak aku (Bleh disatukan, kan?hehe)
2. Adik beradik aku
3. Daniel, soulmate aku
4. Orang yang sayang kat aku
5. Orang yang aku sayang

5 Yang Paling Spesel - Makhluk Bernyawa Bukan Orang:

1. Kucing aku (tak kira kurap atau pun tidak)
2. Kambing bapak aku
3. Binatang yang cute2 macam anak rimau, anak singa, anak bruang, anak panda, anak anjing… (Tak kira yang ganas atau yang lemah lembut macam arnab)
4 Binatang terbiar (macam anjing kat tepi jalan tu, aku bleh nangis bila tengok dorang kelaparan…)
5. Binatang dalam movie, contohnya binatang yang ada dalam cita upin ipin tuh… (bleh ker??? Fantasi sket!!!)

5 Yang Paling Spesel - Harta Benda Yg Memang Tak Bernyawa:

1. Duit
2. Hempon
3. Kete Satria Merah yang dah jadi kaler pink tu…
4. Henbeg
5. Barang mekap

5 Yang Paling Spesel - Ape2 Yg Jadi Nyawa Anda:

1. Agama aku… (phehhh… tak tahann… dah pegi ESQ lah katakan!)
2. Duit… masih diutamakan
3. Tentunya bopren aku
4. Nyawa aku la…
5. Keluarga yang aku sayang

5 Yang Paling Spesel - Penjawab Tag Nyawa Yg Seterusnya:

1. Dilla Sugus – jawab jangan tak jawab!!!
2. Kerp – Blogger yang ‘femes’
3. Alaf fc – nak tau jugak apa ada dalam kpala hotak dorang cam abg long & Mersik
4. Incik Eyman Hykal – (Huh… beraninya aku mengetag nama ini…)
5. Baien – Inipun kalo ko baca blog aku larrr.. hahahahha

Done!

Saturday, March 14, 2009

ESQ 165 - Angkatan 28

Bersama Pak Legisan Sugimin

Teman seangkatan 28
Ruby, Aku & Gee

Aku, Firdaus & Dato' Stapa

Mencari sebanyak nama...

Sempat posing...

Aku...

Bersama Kak Zura...


Yeay... aku dah jadi Alumni!


Mula-mula aku dengar cerita tentang ESQ dari Kak Wan, Cik Norden & Ziana, hati aku meronta-ronta nak tahu, apa agaknya yang ada disebalik Kursus ESQ yang diwajibkan ke atas staff Karangkraf... segala yang aku dengar semuanya menyentuh hati aku.

Sungguh, setelah aku melaluinya, aku tahu kursus ni bukan sekadar kursus semata-mata. Aku tahu ALLAH membawa aku ke situ, hari itu, untuk memperlihatkan segala kebesarannya yang selama ini memang ada tapi kita semua lupa. Tentang kecintaan kita kepada Rasul Allah... pertama kalinya air mata aku mengalir bila nama itu disebut.

Selalu kita dengar orang kata, "Syukur... rezeki Tuhan bagi!". Tapi apakah yang kita lakukan untuk mensyukuri nikmat yang Tuhan beri. Apakah hanya menyatakan kesyukuran tersebut dah memadai? Mungkin selama ini juga aku kurang mensyukuri nikmat Tuhan, walau mulut selalu menyebut syukur, tapi kurang dari segi perbuatan...

Bila pulang ke pejabat, rasa sayang aku kepada rakan-rakan bertambah.Pergi ESQ bukannya pergi bertaubat. Bukannya semestinya yang tak pakai tudung kena pakai. Bukannya kursus pemulihan akhlak. Tak semestinya kena menangis!

Pada aku ianya lebih kepada menggilap hati kita yang selama ini kotor atau mungkin hitam untuk menerima hidayah Tuhan. Ianya seperti 'recharge' kembali kerohanian kita... Selama ini kita lebih mengejar dunia berbanding akhirat... Kita diperlihatkan tentang kebesaran Ilahi... bukti-bukti ALLAH maha besar... mengenali diri kita sendiri... menyayangi antara sesama makhluk... menyedari betapa Rasul amat menyayangi kita sebagai umatnya... Yang penting aku rasa amat kerdil di bumi Allah ini... Terpulang kepada diri masing-masing bagaimana nak menghayati kursus ini...

___________

Aku beri 5 bintang penuh.

Semuanya sempurna. Pengurusannya tip top. Penceramahnya datang dengan pakej. Boleh bercerita, mengaji, menyanyi, berlakon, berlawak dan... ada rupa juga! Pembantu-pembantu mereka juga patut dipuji, sangat komited & bergerak cergas.

Semuanya ada... semangat ketuhanan, sains, selari dengan peredaran zaman...

Yang lawaknya... aku bertekad nak ambil gambar dengan penceramah utamanya, Pak Legisan Sugimin... akhirnya buat muka tak malu, aku pergi depan ajak seorang teman & ambil gambar dengannya... waduhhhh... cair hati.... hahahha

Tuesday, February 17, 2009

layan blues...

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

Petikan:
http://www.kampungchat.org/index.php?option=com_joomlaboard&Itemid=34&id=3206&catid=15&func=sb_pdf

puisi

~buat mereka yg mengerti~

Di suatu hari yang indah
kita ditakdirkan bertemu
sama-sama membalas senyuman
sama-sama membalas jelingan
tanpa diduga sama sekali
kerna pertemuan indah itu jualah
kita ditakdirkan jatuh cinta!

Saat kita merancang
untuk membina mahligai bahagia
disatukan dalam ikatan suci
halangan datang silih berganti
ujian menimpa bagaikan badai
dugaan menerpa ibarat ribut merah
air mata mengalir tak berhenti
apalah daya bila cinta terhalang

Ayahanda bonda
dan juga sanak saudara
kami datang memohon restu
kenapa dihalangi cinta yang suci
restuilah percintaan ini
ia berlandaskan niat yang murni
pernikahan mengikut hukum Ilahi
bukan sempadan pilihan kami
satukan kami menurut adat dan agama
jangan biarkan kami sengsara

Oh Tuhan
apalah daya kami
bila cinta tak direstui keluarga
semakin kuat mereka cuba memisahkan
semakin kuat cinta kami jadinya
berilah petunjuk
agar jalan yg kami ambil tidak bertentangan

Cinta ini cinta terhalang
setiap arah ada penghadang
ke mana lagi hendak dituju
adakah mereka akan terus membiarkan
hati ini merana memakan diri
dan air mata bertukar darah???
apalah dosa kami
hingga dihukum sedemikian rupa…

Perpisahan adalah penyelesaian
tapi perpisahan adalah pilihan terakhir kami
mereka tahu tapi mereka enggan terima
bahawa perpisahan bukanlah jalan terbaik
kami mungkin terpisah
tapi begitu dekat di hati
kami mungkin berjauhan
tapi hati kami tetap bersatu
kami mungkin dikahwinkan dgn pilihan keluarga
tapi percayalah perkahwinan itu tak akan bahagia
bila satu jiwa sedang merana

Cinta ini cinta terhalang
mungkin ada hikmah disebaliknya
kami kan terus berdoa memohon restu Ilahi
dan menanti penuh sabar restu famili
Oh Tuhan..kami akur sekali
jodoh dan maut di tanganMu
mana mungkin kami menentukan sendiri
andai tiada jodoh
kami redha
kerana kami sedar
kasihMu pada hambamu lebih besar
dari kasih manusia sesama manusia
betapa kerdilnya kami disisiMu

Tuhan..berilah pedoman buat kami
yang semakin hari semakin keliru
jangan biarkan kami tewas
hingga memilih jalan yang salah
hanya padaMu kami berserah
moga cinta kami direstui…

Dipetik dari:
http://penyair.wordpress.com/2007/11/24/cinta-terhalang-anna-abadi/

Saturday, February 14, 2009

Masterpiece

Chinese New Year Break
Semangat aku balik kampung berkobar-kobar bila aku tahu kakak aku ada kat kampung. Ini bermakna anak saudara aku Lia Rania (Nia) atau Iqbal Jiram ada sekali. Adik aku Didi jugak ada kat kampung bersama anaknya, Hadi Iskandar (Is)...

Dalam perjalanan pulang kepala aku tak habis-habis memikirkan apa yang aku patut belikan untuk budak-budak tu. Biasanya bila aku jumpa Nia, dia akan peluk aku & tanya "Mama beli apa???"...

Tak sampai hati kalau aku tak belikan dia apa-apa. Aku ambil keputusan untuk belikan Nia drawing block, magic ink, pencil colour, water colour, Crayon & Plasticine... Untuk Iqbal & Is, aku belikan permainan untuk boy, trailer... hihi... abis cerita!

Ini dia hasilnya... Tadaaaaaa....


Tak ada ruang nak conteng... lutut pun jadi lerrr..

Wajah tak bersalah Iqbal...

Wow...

Tak apa... tak kan atuk nak marah kottt...Erm.... ini suda lebey...

Bila plasticine & pencil colour bersatu....

Abstrak...

Baru sehari guna...

Masterpiece pertama Nia... RM50,000... anyone?

Iqbal Jiram...

Arghhhh... selesai painting!

Mama... tolong kemas...

Ok... ok...

Monday, February 09, 2009

8 Februari

Semalam, 8 Februari 2009 genaplah 15 tahun Daniel tidak dapat berjalan.

Jam 12 malam masuk 8 Februari, tergerak hati untuk mencoretkan sesuatu di blog ini tentang tarikh itu. Namun keletihan & kepenatan menghadiri Annual Meeting Perwira K9 di siang hari membuatkan niat aku terbantut.

Sewaktu dahulu, bila Daniel tanya aku, "Mol, ingat tak hari ini (8 HB) hari apa?"
Biasanya aku kata "Hmmmm.. tak ingat... hari apa ya?"
"Hari ni kan 8 haribulan... tarikh saya accident"
"Ohhhhh... haah..." Aku akan rasa bersalah sebab tak ingat!

Tapi semalam, aku jawab secara lancar bila dia tanya aku 8 haribulan, tarikh apa.
Tarikh yang membawa Daniel ke cerita yang panjang, mengubah hidupnya 100 peratus, cerita cinta kami... yang entah bila agaknya kesudahannya...

Sewaktu mendapat jemputan makan malam di rumah Bad, sepupu Daniel yang baru mendapat cahaya mata, Daniel tiba-tiba berkata kepada aku satu hari sebelum 8 haribulan;

"Saya berjalan 15 tahun dulu, maksudnya dah 15 tahun saya tak dapat berjalan..." Sambil memeluk tubuhnya, Daniel memandang aku sambil tersenyum.

Aku membalas senyuman dia sambil mata aku agak bergenang. Aku lihat dia biasa sahaja. Mungkin baginya kesedihan itu telah lama berlalu. Namun, jauh di dalam hatinya siapalah yang tahu. Mungkin ingatannya kembali berputar tentang Iqbal, sahabatnya yang telah 15 tahun juga kembali menemui ilahi akibat kemalangan itu.

Kemudian, telefon bimbit Daniel berbunyi. Sewaktu daniel menjawab panggilan itu, aku beredar dan terus menghampiri nenek Daniel tidak jauh dari tempat kami duduk.

Aku berbisik pada nenek Daniel, "Po, besok 15 tahun Danny tak dapat jalan..."
Po memandang aku kemudian memandang cucunya itu yang masih berbual di telefon. Nenek Daniel kemudian mula bercerita...

"Po ingat lagi waktu dengar saja Danny accident, tak tahulah hati ni macam mana bimbang... kami terus pecut ke hospital. Tayar kereta tu macam tak jejak tanah... lajunya tuhan saja yang tahu!"

Po diam. Mungkin menahan sebak. Kemudian menambah lagi, "Bila sampai saja kat hospital (SJMC), orang hopital tu kata seorang meinggal... Po terus ke arah budak yang dimaksudkan. Po meraung. Bila buka, Po tengok bukan Danny. Bila jumpa Danny kesian sangat keadaannya. Sana sini terikat, ada besi..." Po mengurut dadanya.

Aku tersenyum sambil memandang Po. Rasa kasih aku bercambah lagi. Aku rasa semakin hari kasih sayang aku dengannya semakin kuat. Tak ada benda yang boleh menghalang aku daripada menyayanginya sepenuh hati & seikhlas hati aku. Buatlah macam mana. Fitnah lah macam mana. Gunalah cara kotor macam manapun. Bunuhlah aku cara manapun.
Mungkin aku akan mati. Namun, cinta aku padanya tak akan mati.

....

Mungkin aku tidaklah sempurna
Tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku...

Mungkin aku tak bisa memiliki
Dirimu seumur hidupku...

(Rangkap lagu daripada SAMSON)

Nota: Thanx Dilla sbb sangat memahami!

Monday, January 19, 2009

Jiwa kacau

Aku tak boleh tumpukan perhatian pada banyak benda...

Argggg...

Jiwa kacau...

Friday, January 16, 2009

Aku sekadar insan...

Kadang-kadang bila aku tidur,
Aku mengharapkan tidak akan bangun lagi...

Bukan putus harap...
(Walau kadang kala ya..)

Keegoan & kezaliman sering kali
Mengatasi kebaikan..

Kebaikan seringkali si salah erti & dimanipulasi...

Itulah dugaan TUHAN.
Aku, hambaNYA yang lemah..
Amat lemah..
Amat lemah..
Teramat-amat lemah..

Ampunkan aku ya TUHAN...

Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah & Hepi New Year 2009...

Salam maal hijrah pd sume ... and malam2 yang syahdu ni aku nak buat posting baru... untuk pengetahuan jugak, tahun 2009 ni umur aku mencecah 33 tahun pada 10 March nanti... huhu... Nothing to hide... and... i'm still single mehhh... but not available...

Kekadang aku suka list down perkara2 yg aku suka n tak suka...
Apa yg aku selalu buat & macam-macam lagi...

Tentang aku
1. Aku suka jalan-jalan cari makan (versi aku...)
2. Aku tak suka brooch besar-besar
3. Kaki aku size 5
4. Tak pandai main netball n yang sewaktu dengannya
5. Pernah join aerobic lebih kurang setahun jerrr... ampehhh
6. Sekolah di Sekolah Menengah Subang Jaya 1
7. Pernah pakai cemin mata
8. Sangat suka makanan berkicap
9. Tak berapa suka gula-gula
10. Selalu kena migrain sampai muntah-muntah
11. Prefers tea to Coffee

Nama panggilan (Tiru idea Cik sugus)
1. Molee
2. Molly (Selalu orang akan tulis macam ni... salah!)
3. Molek (Kak wan suka panggil aku dengan nama nih...)
4. Moli (Malas nak eja lah nih... salah!)
5. Moly (Salah eja jugak)
6. Moll (Biasanya orang panggil nama nih)
7. Moll De Bounch (Fauzi punya kerja!)
8. Kak Moll (Panggilan menandakan aku lebih tua dari si pemanggil)
9. Kerang la Nona (Fauzi jugak... hnssss!!!)
10. Cik Moll (Mak ayam suka panggil aku dengan nama nih!)
11. Molldanny (nama yang biasa aku guna untuk email)
12. Dahlea (nama blog aku)
13. Marge (nama samaran aku untuk forum dll)
14. Sayang (Ehem... ehem)
15. Adik (panggilan manja dalam keluarga... hihi)
16. Kak Momok (Moon nyer keje la nih...)
17. Mama (panggilan dari anak-anak saudaraku...)
18. Cik Molee (juga panggilan dari anak-anak buah)
19. Puan (Orang luar yang tak kenal aku... best gak sesekali dapat title nih)
20. Kak wea (panggilan dari beberapa orang yang rapat dengan aku)
21. Kak Momol (Lya n Che Za suka panggil aku dengan nama nih)
22. Dek Lee (Kak sue suka panggil aku dengan nama nih)

Dilla, luckily my list is not as much as yours... and i'm still thinking of another one or two more names to beat you...

Saturday, December 27, 2008

Cerita Penghujung 2008

Lama rasanya tak update blog nih... bukannya tak ada cerita, tapi mungkin tak berapa sesuai untuk diceritakan. Rindu nak menulis, so malam nih aku tekad untuk mencoretkan sumthin supaya blog aku nih tak bersawang...

laptop baru

Aku happy sebab akhirnya aku ada laptop Compaq baru... bleh ler online malam-malam... cuma aku lom berkesempatan instal software yang aku nak. Lepas ni senanglah aku nak buat thesis aku... sebelum ni pinjam laptop BF aku... kesian gak dia sbb nak buat kerja, aku selalu plak kacau...

Rania, 3 Tahun

Aku seronok melihat anak buah aku membesar dengan sihat... aku ramai anak buah;

Anak Kak Lin: Lia Rania & Iqbal Jiram
Anak Kak Sue: Fara, Jeffry & Adam
Anak Abang Mail: Ijul & Ain (Al-fatihah untuk Ayid...)
Anak Abang Man: Ezriq, Nona, Nini, Alia & Nasrul
Anak adik aku, Didi: Hadi Iskandar

Baru-baru ni kakak aku Lin menjamu kami adik beradik dengan sedikit jamuan kat secret Recipe sebagai sambutan belated birthday Rania. Bukan majlis apa pun... setakat makan-makan saja. Aku belikan Rania Set Barbie Doll beserta kitchen cabinetnya. Dia dah 3 tahun, dah pandai main doll. Kalau dulu aku belikan, tak ada ertinya. Silap haribulan kepala, kaki, tangan tercabut... Sekarang dia sudah cukup besar untuk menghargai barang. Kemudia aku belikan dia rantai leher dari Butik Girls... Dia cute dengan jeans GAP yang aku belikan hari raya yang lepas...

Kambing

Rasanya dah sebulan dua bapak aku bela 4 ekor kambing kampung, 2 jantan & 2 betina. Seronok jugak main dengan kambing... pukul 5 petang, bapak aku lepaskan kambing-kambing tu untuk main gelongsor2... memang terhibur melihat kambing-kambing tu main & bermanja-manjaan dengan kitorang... (walaupun aku ni kambing addict, tapi tak sampai hati nak semelih kambing bapak aku nih... huhu)

Result

Result aku??? Untuk sem 3 ni aku dapat 3.67... hnssss.. tak berapa memberangsangkan... aku dapat 1 A+, 1 A- & 1 B+... tapi, tahniah untuk aku... tak sangaka gak aku ble dapat macam tuh... sbb aku rasa sem ni sangat mencabar...

Aku harap tahun 2009 ni menjanjikan sesuatu untuk aku, terutama impian yang aku sangat harap-harapkan... aku dah ada plan... Insya'Allah aku harap kali ini ianya tidak menghampakan... tunggu & lihat! (Hey, Jangan buat andaian sendiri ya... sbb plan ini adalah sesuatu yang baik...)

Mata dah mengantuk... aku nak tido... aku akan sambung lain hari, gudnite!!!

Saturday, November 15, 2008

My beloved 'bapak'

"Adik... nahhh!" Bapak aku hulurkan kentucky fried chicken 2 ketul pada aku. Dengan riangnya aku sambut

Masih terbayang-bayang kenangan kecil-kecil dahulu... kalau tak silap waktu umur 5-6 tahun... satu hari aku mintak bapak aku belikan kentucky, dia cakap, ok! Bila bapak aku balik kerja... aku tanya "Mana kentucky???" Dia kata lupa....

Besok aku tunggu lagi... bapak aku sampai aku tanya "Bapak beli kentucky tak???" Dia kata, besok dia akan beli... hari ini bapak tak sempat! Aku menangis gila-gila... aku kata bapak tipuuu... aku nangis lagi....

Besoknya aku tak tunggu bapak balik. Tapi tiba-tiba aku dengar bapak aku panggil nama gelaran aku "Adikkk!!!" Bapak beli Kentucky yang aku mahukan sangat-sangat!!! Yeay...

Tapi, bila besar aku fikir-fikir balik... Itulah kasih sayang seorang bapak pada anaknya (aku lah tu!) Aku main mintak aje apa yg aku nak, tanpa memikirkan sama ada bapak aku ada duit atau tak pada masa tu... aku dapat mengagak yang bapak aku maybe tak ada duit waktu tu, tapi dia tak pernah cakap tak ada duit. Paling-paling pun dia akan kata, lupaaaaa.

Macam tu jugak masa aku nak butter cookies... mintak tak hengat dunia. Tapi bapak aku memang sangat penyayang... dia cuba jugak penuhi permintaan aku tanpa banyak alasan.

Masa aku kat ITM, aku selalu suruh bapak aku ambik aku malan-malam, tak kira pukul berapa. Kadang-kadang sampai pukul 4.00 pagi buat assignment kat umah kawan aku. Bila aku suruh bapak amik, tak pernah dia merungut. Tak pernah langsung! Asalkan aku dah explain awal-awal nape aku stay malam-malam.

Itulah sebabnya aku tak kisah sangat bila kadang-kadang bapak jemput aku naik lori. Bapak aku ada lori 1 tan. Dia amik aku betul-betul depan fakulti aku. Ramai jugak yang memandang. Kadang-kadang aku siap ajak best friend aku lagi!!! Bila bapak aku tanya aku sama ada aku malu ke naik lori... aku cakap kat dia tak ada malu. Apa nak dimalukan!!! (walaupun memang malu jugak masa tu... demi nak jaga hati bapak aku!).

Dulu masa mak aku besalinkan adik aku... bapak aku yang jaga aku dengan kakak aku. Seingat aku tak pernah aku dihantar ke rumah nenek untuk dijaga. Semua urusan bapak aku yang buat. Dia masakkan kami tiap-tiap hari. Hari ini dia masak telur dadar. Besok telur kicap. Lusa telur goreng. Lepas tu telur rebus... memang hari-hari makan telur. Agaknya itulah asal-usul aku hantu telur sampai sekarang!

Tapi, ada satu cerita yang aku tak boleh lupakan sampai aku mati. Aku memang menyesal. Aku tahu aku salah. Kalau aku ingat balik, aku memang menangis.

Bapak aku dapat duit KWSP. Dia tahu aku nak sangat komputer, walau aku dah habis belajar kat itm masa tu. Satu hari bapak aku ajak aku pegi kedai beli komputer. Aku suka sangat. Bila dah ada komputer, bapak aku tanya aku, macam mana sesetengah tempat, kalau nak cari nama orang, tekan aje komputer, nama tu dapat.

Aku kata komputer yang baru beli ni tak boleh... Dia keep on asking the same question day after day. Aku dah cuba terangkan kat dia, tak juga paham-paham. Lama-lama aku fade-up and tinggi suara kat dia lebih kurang cam gini lah... "Komputer ni tak boleh!!! Kalau nak jugak kena install software. Ada khas punya!"

Dengan perlahan dia cakap kat aku... "Iyelah, bapak cuma tanya aje... bapak manalah tahu pasal komputer ni. Software tu apa pun bapak tak tahu..." Lepas tu bapak aku berlalu dengan muka yang amat sedih. Lepas tu jugak dia tak pernah tanya pasal komputer sampai hari ini.

Aku tersedar waktu tu. Tergamam tak tahu nak cakap apa. Masa tulah aku sedar yang komputer tu dia yang belikan. Sanggup dia menggembirakan hati aku. Tapi, apa aku dah buat? Jahatnya aku. Setiap kali peluk dia n cium dia sekarang ni, peristiwa itu bermain-main dalam minda aku, walau aku pecaya yang dia dah pun lupa kisah tu. Bila aku minta maaf, dalam hati aku mesti ingat benda tu.

Agaknya itulah hukuman yang perlu aku tanggung, penyesalan yang tak tertanggung kerana mengguris hati bapak. Sekarang ni, bapak suka tanya aku, blog tu apa? Dia kata dia selalu dengar orang cakap pasal blog. Dia minat politik. Aku pun ceritalah kat dia apa yang aku faham tentang blog dengan kasih sayang aku pula. Aku tak mahu kisah itu berulang semula.

Apa yang bapak nak tahu sekarang ini tentang apa-apa perkara pun, akan aku terangkan dengan penuh sabar... Insya'Allah. Aku nak bapak aku gembira. Aku sayang sangat pada bapak aku.

Bapak, adik sayang sangat dengan bapak... adik bangga ada bapa seperti bapak. Adik tak akan malu memberitahu kat semua orang yang adik sayang bapak...

Wednesday, October 29, 2008

Once Upon A Time...

Waktu kecik dulu aku sering diingatkan oleh mak bapak aku tentang jangan itu & jangan ini... perlu begitu dan begini... mungkin waktu kecik dulu aku selalu muncungkan bibir... rasanya semua benda tu kalau tak ikut pun tak apa... tapi bila dah besar aku dapat rasakan semua yang mak bapak aku cakap tu memang ada kebenarannya & mendatangkan faedah... kalau korang-korang terfikir nak list down kat blog korang-korang tentang apa-apa pesanan orang tersayang tu, silalah berbuat demikian...

so here goes...

1. Bapak aku cukup marah kalau aku keluar walaupun sekejap, tak pakai kasut atau selipar... sampai sekarang aku terikut2 & tak boleh tengok tapak kaki hitam, mesti nak cuci.

2. Mak aku marah kalau aku adik beradik makan mulut kecap-kecap, berbunyi... kalau makan perlu tutup mulut biar bunyi tak kuat...

3. Menguap tutup mulut... kengkadang terlepas jugak aku... tapi lepas tu rasa macam berdosa besar jerrr...

4. Jangan suka mengicak orang lain punya makanan, mak aku akan jeling, kalau tak ada orang siaplah aku kena rotan... ini aku praktikkan sampai sekarang, aku cukup anti orang pengicak ni... kecuali kalau kita pelawa atau orang tu pelawa aku makan, aku makan lerrr...

5. Jangan menyampuk orang tua berborak... tak baik!

6. Basuh pinggan kena basuh bahagian mulut dan buntut gelas, pastu kena bau, takut hanyir... pesanan yang bagus dari mak aku.

7. Basuh pinggan jangan sampai air menjejeh-jejeh kat bawah lantai... seboleh-bolehnya biar kering... aku jumpa gak beberapa orang yang tak prihatin tentang benda nih (tak mau cakap la kan, maybe dorang ada petua mak bapak dorang tersendiri)

8. Pergi rumah orang jangan liarkan pandangan... takut orang tu perasan n tak manis.

9. Lepas buang air besar, pastikan tiada sisa yang boleh dilihat oleh orang lain... jirus sampai bersih

10. Kalau dukung baby jangan kangkangkan kaki di pinggang kita, nanti jalan tak cantik, terkengkang-kengkang... cuba dukung dengan rapatkan kaki baby tu... aku rasa ada betulnya...

Ada sesetengah orang dia tahu semua benda nih bukan sebab mak bapak dia pesan... itu sebab adakalanya mereka akan terlupa perkara-perkara sedemikian, sebab pada dorang maybe not very important, tapi lebih berkesan kalau datangnya dari pesanan mak bapak kita, seumur hidup akan menjadi pegangan, percayalah!

Cubalah ingatkan kepada anak-anak kita pula...

Wednesday, October 22, 2008

Lepas geram

AKU SAKIT HATI NAK MAMPOS!!!!!!!!!!!!!!

SAMPAI MENGGELETAR BADAN.

GERAM.

SAKIT HATI.

(AKU TENGAH MENCARUT DALAM HATI... SEMUA BENDA KELUAR!)